Wednesday, September 30, 2015

Vitamin E dalam Garlic Shaklee

As salam....

Korang tau tak?

Istimewanya Garlic Shaklee kerana ia dihasilkan pada suhu bilik TANPA HABA untuk memastikan pengekalan 100% ALLICIN AKTIF. Nak tahu tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif okay..

Nak kawal bau garlic Shaklee telah gunakan dwi-teknologi. Perisa herbanya pula terhasil daripada kombinasi 2 ekstrak herba iaitu Rosemary and Spearmint.

Yang terbaik lagi? Pelbagai Vitamin E didalamnya meningkatkan sebatian garlic dan keberkesanannya dalam tubuh kita.

2 tablet Garlic Shaklee = 1000mg ektrak garlic tulen = 2 ulas garlic segar.



Apa manfaat Garlic Shaklee?

Meningkatkan sistem penghadaman, Antibiotik semulajadi, menghalang Alergi, menurunkan tekanan darah tinggi, detoksifikasi, menurunkan kolesterol, mencegah kanser dan menstabilkan Glukos.

#kttshaklee
#korangtautakshaklee

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Tuesday, September 29, 2015

Cupcake Cheese Homemade Saya

As salam..

Hari ni nak share resepi Cupcake Cheese Homemade saya buat semalam...siap 12 cupcake...sedap tak sedap sendiri rasa..Hehe...



Bahan-bahan ( 12-15 biji )

200 g tepung gandum (2 cwn rata )
150 g mentega lembut (15 sb rata atau 1/2 buku mentega)
150 g gula kastor/halus (15 sb rata)
2 biji telur - dikocok
2 sk baking powder
60 g cream cheese

Cara-cara

1.Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan.
2.Pukul mentega dan gula hingga kembang lalu masukkan telur sedikit2 sambil dipukul terus.
3.Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau dengan senduk hingga rata.
4.Sediakan mangkuk kertas beralas acuan dan isi adunan kek 1/2 penuh,isi 1/2 sudu kecil cream cheese dan tutup lagi dgn adunan kek.(cup dia saya beli dekat Kaison ja).
5.Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu selama 20-30 min. pada suhu 180C atau ikut kepanasan suhu oven masing2.
6. Cek-cek bila dah masak...sejukkan dan sedia untuk disantap dengan teh panas...hehe
**Cream cheese boleh jugak diganti cheddar cheese atau cheese slice yg dipotong kecil,ikut selera.

FB :Ernawati Toba
Erna 0146907178

Monday, September 28, 2015

Apa Kesan Kekurangan Protin?

As salam...

Seharian tak bersiaran dekat blog rasa macam sebulan...hehe

Korang tau tak?

Protin sangat penting dan menjadi bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama hormon manusia.


Apa jadi bila protin kurang dalam badan?
1. Lemah sistem imun melawan penyakit
2. Masalah lebiham air tinggi dalam badan
3. Kehilangan kepejalan otot (menggelebeh)
4. Perubahan warna rambut
5. Terbantut tumbesaran
6. Masalah penghadaman
7. Masalah penghasilan darah dan hormon
8. Kegagalan fungsi organ
9. Kematian

#kttshaklee
#korangtautakshaklee

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Saturday, September 26, 2015

Apa Pentingnya Asid Amino?

As salam...

Korang tau tak?

Lebih daripada 20 jenis asid amino Protin yang mana setiap satunya akan menghasilkan protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan tubuh manusia.

Ada juga asid amino tertentu yang boleh dihasilkan sendiri tubuh manusia yang dikenali Asid-Amino Tak Perlu. Asid Amino Perlu harus diperolehi daripada sumber pemakanan. Di mana nak dapatkan kesemua asid-amino perlu ni? Haaaa...Shaklee ada menyediakannya.

Kacang soya yang dihasilkan dalam ESP Shaklee melalui proses pensijilan tersendiri dikenali Identity Preserved Program (IPP). Soya ni bebas daripada pendedahan perubahan genetik daripada benih sehingga pengeluarannya.

#kttshaklee
#korangtautakshaklee

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Friday, September 25, 2015

GLA Complex untuk siapa?

As salam..

Ramai yang masih belum tahu kelebihan GLA Complex Shaklee kan? 

GLA Complex mampu membantu anda yang mengalami cyst, fibroid malah haid yang tidak teratur. Masalah senggugut yang teruk juga memberi kesan buruk pada setiap wanita. GLA membantu mengawal atur hormon.

Ingat! GLA complex juga perlu untuk lelaki. Lelaki dan wanita boleh mengambilnya. Membantu masalah prostat. Ia membentuk Prostaglandin dan membantu mengawal atur hormon estrogen dan progesteron.


Omega 6 dalam GLA Complex bagus untuk sesiapa yang DIABETIS. Ia mengurangkan rasa kebas-kebas malah merangsang peredaran darah, sistem saraf serta refleksi.

Dah tau ka idok? Hehe...

#kttshaklee
#korangtautakshaklee
Erna 0146907178

Thursday, September 24, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha

As salam...


Makanan tradisi orang Bugis..Hari Aidilfitri mahupun Aidil Adha. BURAS, TUMBUK dan BEJABUK (Serunding) tetap menjadi menu utama.


Kalau korang nak tau...Buras ni buat dari beras ja dicampur dengan santan kelapa. Dibungkus dengan daun pisang dan dimasak dalam air yang panas berjam-jam sehingga masak. 

Daging kicap pula masak ja macam biasa. Actually, ada menu wajib lain juga untuk orang Bugis ni time raya..iaitu Ayam Masak Likkuk (lengkuas) dan Ayam Masak Merah. 

So nyummy...

#Harirayaaidiladha
#kttshaklee
Erna 0146907178

Wednesday, September 23, 2015

Mealshakes 24 Jenis Vitamin, Mineral dan Zat Perlu

As salam...

Korang tau tak?

Buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, Lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Apa itu Lactalbumin? Ia adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam tubuh dari peringkat bayi hingga ke dewasa.


Untuk siapa Mealshakes?
1. Bayi
2. Pelajar
3. Kanak-kanak membesar
4. Ibu mengandung
5. Atlit
6. Pengamal sayuran (vegetarian)
7. Orang sakit
8. Orang yang sibuk bekerja
9. Orang yang makan makanan segera

#kttshaklee
#korangtautakshaklee

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Tuesday, September 22, 2015

Vitamin E Selamat atau Tidak?

As salam..

Korang tau tak?

Kajian bertahun-tahun oleh Universiti Harvard ke atas lelaki dan wanita membuktikan Vitamin E mampu mengurangkan risiko Penyakit Jantung hampir 41% dan Strok 33%. Dos selamat adalah 3,200IU.


1 Caplet Vitamin E Complex Shaklee = 400IU vitamin E

Menurut buku "Prescription for Longevity" oleh Dr.James Scala terdapat diskusi mengenai Vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih 1,000 laporan perubatan mengenai keberkesanan dan keselamatan Vitamin E.

#kttshaklee
#korangtautakshaklee

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Monday, September 21, 2015

Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Highway

As salam...

Hari ni terasa kestressan melakukan tugasan hakiki. Pagi-pagi meeting dari 8.30am sampai tengah hari. Lepas tu gerak melawat site warehouse baru syarikat. Bukan syarikat saya, tapi syarikat my bos..hehehe..maybe 1 day saya pun ada syarikat sendiri..Amin..In Shaa Allah. Manatau kan?

Balik office jam 2pm...terus sambung buat proposal for new project starting Nov tahun ni..balik kerja 5.30pm ke branch Shaklee beli order customer..How hectic i am..fuh! Rasa stress hari ni..

Tapi, ingatkan balik diri ni. "Orang yang berjaya adalah orang yang terus berusaha dan bertahan! " Kena fikir positf dan tetap bersemangat. Tiada kejayaan tanpa melalui dugaan yang berat.

Itulah kehidupan

Wassalam..

Nukilan,
Erna


Sunday, September 20, 2015

Bagaimana Memilih Kalsium Terbaik?

As salam...

Korang tau tak?

2 Caplets Osteomatrix terbukti secara klinikal mampu diserap ke dalam darah untuk 12 jam.

Ia terbukti memberi manfaat:
1. Menguatkan tulang
2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
3. Meringankan STRESS
4. Memperbaiki masalah HAID
5. Pengalkalian tubuh untuk mengimbangi pH tubuh.
6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik
7. Membekalkan VITAMIN D, MAGNESIUM, ZINC, BORON, MANGANES DAN KUPRUM dalam mencegah RICKETS, METABOLISME KERANGKA, MEMBAIKI TULANG, RAWAN DAN MENCEGAH ARTHITIS.

Pilihlah Kalsium TERBAIK
1. Pilih produk yang ada VITAMIN D dan MAGNESIUM
2. Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untum mengelakkan KERACUNAN PLUMBUM
3. Elakkan MINERAL CHELATED kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


Pahamkah dah paham? Hehehe..so, berhati-hati pilih Kalsium anda!

#kttshaklee
#korangtautakshaklee

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Saturday, September 19, 2015

Badan Tidak Dapat Hasilkan Asid Lemak Omega 3

As salam...

Korang tau tak?

Perlu kita tahu bahawa badan kita ni tidak dapat hasilkan Omega 3 sendiri. Mesti kena ambil daripada makanan. Tahukah lagi bahawa Omega 3 dari asas tumbuhan tidak dapat menukarkan EPA kepada DHA secara berkesan oleh badan. Omega 3 ini juga membantu mengimbangi HORMON WANITA yang menyebabkan PMS, beri kelicinan dan kulit akan  kelihatan kemerah-merahan

Apa pentingnya DHA dan EPA?
Ia perlu untuk menentang Thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan saluran dan melancarkan pengaliran darah. So, sangat penting untuk obesiti dan masalah sakit jantung.


DHA yang tinggi ni juga sangat penting disaat 3 bulan terakhir KANDUNGAN IBU untuk perkembangan otak janin. Malah ia diperlukan oleh SUSU IBU untuk meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran bayi.

DHA yang tinggi membantu untuk mencegah Alzheimer(nyanyuk), memelihara penglihatan dan pendengaran serta mencegah MIGRAIN.

#kttshaklee
#korangtautakshaklee

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Friday, September 18, 2015

Korang tau tak CARA PEMPROSESAN Protein Soya yang Anda Minum Selalu?

As salam...

Korang tau tak?

Pentingnya kita mengetahui CARA PEMPROSESAN Protein soya yang kita minum. Kita nak minum Protein soya yang kaya Isoflavon genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan kita dengan keseluruhan kebaikan soya. Kita bimbang kerana sesetengah protein soya ni diproses dengan ALKOHOL yang menghilangkan Isoflavon malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan.


Protein Soya sangat penting. Nak tahu lagi kenapa protein soya yang baik penting untuk tubuh?
1, dapat mengekalkan awet muda
2. memperbaiki hormon wanita
3. merendahkan paras kolesterol
4. baik untuk prostat
5. keremajaan kulit
6. pembekal tenaga yang berpanjangan
7. membaiki memori
8. mencegah insomnia
9. migrain
10. baik untuk prostat.

#kttshaklee
#korangtautak

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Thursday, September 17, 2015

Spaggeti Mee Kuning Suka Hati Homemade

As salam...

Aku yang masak, ko yang panas! Hehehe

Saya nak share resepi Spaggeti saya semalam..


Bahan-bahan:
A) Mee kuning

B) Kuah sos:
Sayur sawi dipotong kecik
Tomato segar dipotong dadu
Isi ayam dicincang
Sos cili
Bawang besar dihiris tipis
Bawang putih dihiris tipis
Cili padi ditumbuk
Serbuk lada hitam
Serbuk perasa

Cara masak:
1. Mee kuning dimasak dengan air mendidih. Gaulkan supaya tidak melekat. Apabila mee sudah lembut sedikit, toskan. Tuangkan minyak sedikit dan gaulkan supaya mee tidak kering dan melekat.
2. Tumiskan bahan-bahan (B) dimulakan dengan menumis bawang besar,bawang putih dan cili padi. Kemudian campurkan kesemua bahan. Apabila sos sedikit pekat matikan api.
3. Letakkan mee ke dalam pinggan dan tuangkan sos ke atas mee. Sedia untuk di santap! Hehehe..

#kttshaklee
#korangtautak

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Basic H2 organic Untuk Beribu-ribu Pekerjaan Isi Rumah

As salam...

Korang tau tak?

Banyak bahan pencuci rumah kita mengandungi TOKSIN. Toksin ni boleh meresap melalui kulit atau Sistem Pernafasan dan masuk ke dalam badan kita.

Tahu tak? Bahan pelarut sintetik boleh menggangu keseimbangan hormon.Contohnya: Butyl Cellosolve adalah sejenis Neurotsin yang boleh merengsakan hidung.


Apa lagi??
●Morfolin pula toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.
●Ammonia yang ada dalam bahan pencuci kaca adalah sejenis racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Apa yang bermanfaat Basic H2 ni, ia TIDAK mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan BAHAYA yang lain.

#kttshaklee
#korangtautak

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Wednesday, September 16, 2015

Saya miliki Get Clean Water Pitcher (Penapis Air Shaklee)

As salam..

Nak share pengalaman menggunakan penapis air Shaklee.

Korang tau tak?

Bulan 5 yang lepas saya dapat juga miliki Penapis Air Shaklee ni. Dari sejak itu saya gunakannya. Tau tak pakej penapis air ni termasuk Jak penapis air dan 1 penapis malah disertakan lagi dengan 3 penapis blok karbon EXTRA. Sangat jimat.

Apa yang menariknya sampai hari ni saya masih gunakan hanya 1 penapis yang disertakan. Nak tau macam mana nak tau masa untuk tukar penapis blok karbon tu? Cuma lihat pada meter bacaan sehingga 80. Bila sudah sampai ke angka 80 barulah tukar penapisnya.


Tahu berapa banyak 1 penapis karbon tu boleh menuras air? 303 liter bersamaan 80 gelen okay...2kali ganda lebih banyak berbanding penapis air jenama lain.

Apa yang paling penting semasa memilih Penapis Air, pastikan penapis air kita dapat menapis LOGAM BERAT, PENCEMARAN INDUSTRI, RACUN PEROSAK DAN BAHAN CEMAR BERBAHAYA yang lain. Kita mahukan penapis air yang mencegah daripada pendedahan Plumbum pda manusia.

#kttshaklee
#korangtautakshaklee

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Tuesday, September 15, 2015

Protein Soya Faktor Utama Kesihatan Unggul

As salam...

Korang tau tak?

Dr.Shaklee orang pertama yang mencipta pengasingan protein dan mendapati ianya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan unggul.


ENERGYSING SOY PROTEIN (ESP) diiktiraf seluruh dunia kerana kajian klinikalnya sangat intensif dan komprehensif malah menghasilkan kualiti protin yang tinggi.

Apa lagi korang perlu tau?

Kacang soya dihasilkan hanya Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism) dimana ia diproses dengan kadar suhu rendah. Setiap 850g (1 tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

#kttshaklee
#korangtautak

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Monday, September 14, 2015

Multi-vitamin dan Mineral Pertama

As salam....

Korang tau tak?

Lebih 100 tahun dulunya Vitalea Iron Formula dikenali dengan 'Vitalize Mineral" dalam bentuk cecair. Kini ia dikenali dengan Vitalea Iron Formula dalan bentuk tablet disaluti dengan serbuk putih-spirulina.


Korang tau tak pengambilan Vitalea selama 1 tahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65% malah ia dipilih oleh Centre for Science (Amerika Syarikat) sebagai The Best Multivitamin di dalam Public Interest tahun 2000.

Nutrisi di dalam Vitalea:
1.Vita A
2.Vita D
3.Vita E
4.Vita C
5.Asid Folik
6.Vita B1,B2,B3,B5,B6,B12,
7.Biotin
8.Kalsium
9.Fosforus
10.Iodin
11.Zat besi
12.Magnesium
13.Copper
14.Zink

#kttshaklee
#korangtautak

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Sunday, September 13, 2015

KENAPA PILIH IKAN AIR LAUT DALAM?

As salam...

Hari ni saya nak share pula kisah si ikan air laut dalam..

KENAPA PILIH IKAN AIR LAUT DALAM?

Ikuti sedikit kisah seorang saintis Amerika, 1970 yang menjadi pemenang Nobel Price telah menemui SATU RAHSIA..

Beliau mendapati bahawa orang Eskimo yang hidup dalam persekitaran berbeza mempunyai tahap kesihatan berbeza. Orang Eskimo di Greenland, Denmark bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis.


Manakala kaum Eskimo di Amerika Utara bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka adalah daging memberi kesan buruk kepada penyakit kolesterol dan menghadapi masalah penyakit jantung.

Malah penyelidikan mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ia mengandungi Asid Lemak Tidak Tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan DHA yang merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

So, OMEGA GUARD Shaklee merupakan minyak ikan terbaik dunia dimana ia diektrak dari ikan laut air sejuk di perairan Jepun.

#kttshaklee
#korangtautak

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Saturday, September 12, 2015

MUSCADINE GRAPE Anggur Hebat di Alam Semulajadi

As salam...

MUSCADINE GRAPE...

Tau tak tumbuhan ni? Pernah dengar?

Saya share sedikit kehebatan tumbuhan ciptaan Tuhan ni..

1. Satu-satunya tumbuhan yang mempunyai lebih dari 1 kromosom
2. Profil Polyphenol yang berpotensi untuk manfaat kesihatan
3. Mengandungi asid ellagik kepekatan tinggi, phyto-nutrien untuk menghentikan kimia sebab kanser, anti virus dan anti bakteria.
4. Extrak bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi dalam siri ujian makmal untuk ANTI PENUAAN.
5. Digabungkan dengan Resveratrol  yang lampautulen untuk bertindak unik sebagai ANTI PENUAAN SELLULAR VIVIX

Ramuan Semulajadi Lain:
1. Purpele Carrot - antioksidan mustajab
2. Elderberry (Sambucus Nigra) - mengukuhkan sistem imun
3. Polygonum Cuspidatum - anti penuaan seperti yang banyak digunakan dalam perubatan Cina


Saintifik ka idok? Tapi,ni semua ilmu kan. Nak makan sesuatu produk tu biarlah kita tahu serba sedikit kandungannya. Jangan main serkap jarang ja. Nanti merana badan... hehehe...macam lagu pulak..

#kttshaklee
#korangtautak

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Friday, September 11, 2015

KITARAN DIET YANG DITAKUTI

As salam...

Kebanyakan diet kita akan kehilangan lemak dan otot padahal otot inilah yang sangat penting kerana berupaya membakar lemak yang akhirnya merendahkan kadar metabolisme anda.

Otot = metabolisme

Apabila kita tidak meneruskan lagi diet tersebut, maka kalori tidak dapat dibakar seperti yang kita lakukan sebelum ini. Berat badan akan bertambah dan jika kitaran ini berulang maka kesan Yo-yo berlaku.


Sebab itu sangat-sangat disarankan ambil Cinch Shake kerana ia berkesan:

1. Mengekalkan jisim otot tanpa lemak
2. Menghilangkan berat daripada lemak
3. Diperkasa dengan Leucine (Keep muscle you have, Burn fat you don't want and Lose inches you don't want)
4. Mengawal rasa lapar
5. Menyokong metabolisme
6. Memberi kepuasan kepada pengguna
7. Terbukti secara klinikal

#kttshaklee
#korangtautak

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Thursday, September 10, 2015

Sistem MLM Mengikut Perspektif Islam

As salam..

MLM bila dengar terus bawa diri jauh-jauh..tak nak dengar..Kalau kita ambil sedikit ilmu pasal MLM ni at least kita dah ada point nak follow or leave it kan? 


Strategi pemasaran MLM inilah yang diaplikasikan di zaman Rasulullah S.A.W untuk menyebarkan dakwah iaitu dengan cara dari 'Mulut ke mulut', penyampaian dari sahabat kepada sahabat.

Strategi Pemasaran MLM mengikut perspektif Islam

1. Sistem bertingkat yang menerapkan unsur-unsur positif, diisi dengan nilai-nilai Islam dan sistem Syari'ah Islam.

2. Perniagaan yang dijalankan mengikut kreativi dan inovasi pemasaran melibatkan pengguna/ahli.

3. Setiap pengguna menikmati manfaat produk, manfaat financial (insentif), hadiah haji dan umrah, perlindungan Insurance, simpanan hari tua juga pemilikan saham perniagaan.

4. Pemasaran perniagaan bebas dari unsur 
a) Dharar (bahaya)
b) Jahalah (ketidakjelasan)
C) Zhulm (merugikan/tidak adil terhadap salah satu pihak)

5. Dari segi pemberian insentif/bonus :
a) Adil
b) Tidak menzalimi
c) Tidak hanya menguntungkan orang di level atas

Apa itu UNSUR MAGHRIB?

MLM bebas daripada 1) Maysir (judi), 2) Gharar (penipuan)
3) Haram, 4) Riba (bunga), 5) Bathil

Ciri-ciri Perniagaan MLM yang terbaik:

1) Penjualan harus HALAL
2) Tidak syubhat (sesuatu yang meragukan)
3) Merapatkan silaturrahim
4) Adil, tiada exploitasi dan tidak menzalimi
5)Tiada EXCESSIVE mark up harga barang 2X ganda (tak padan dengan kualiti dan manfaat)
6) Bonus dibahagikan dengan mencerminkan usaha anggota masing-masing

Kenapa pilih MLM Bisness Shaklee?

1) Yuran pendaftaran RM69 sahaja seumur hidup, dapat Member Kit dan tidak membebankan kita daripada membayar beribu-ribu seperti MLM lain yang mana kita tak tahu duit tu masuk dalam bisness company tersebut yang digunakan untuk kepentingan company tu saja bukan untuk kepentingan atau dikembalikan kepada ahli.

2. Setiap ahli layak menikmati manfaat produk vitamin dan mineral Shaklee? Produk yang dikenali dunia malah sudah bertapak 100 tahun lamanya. Produk yang sentiasa dikaji, diinovasikan dan dijaga rapi kualitinya. Tiada paksaan untuk berbisness atau tujuan mengamalkan makanan tambahan Shaklee dalam kehidupan harian.

3. Keuntungan atau bonus ahli adalah berdasarkan performance masing-masing setiap bulan. Bermula dengan 5% bonus. Buat lebih dapat lebih..so, ahli bawah berpeluang untuk melepasi upline dan menikmati insentif yang layak. 

4. Tiada istilah 'mak makan anak. 'Anak' layak melepasi rank dari ahli biasa, supervisor dan akhirnya Master Shaklee..menikmati bonus dan insentif seperti pakej umrah, pelancongan, bonus kereta dan macam-macam lagi.

5. Ahli berhak dan bebas untuk menguruskan bisness MLM masing-masing dengan pendekatan sendiri yang mana mereka sentiasa dibimbing oleh upline masing-masing. Unsur kekeluargaan memang amat diterapkan dimana selalu diadakan kelas bimbingan untuk semua yang mahu mendapatkan ilmu kesihatan dan perniagaan yang mendalam dalam Shaklee. Sama ada ilmu menerusi muka ke muka ataupun melalui alam maya.

Dah paham ka idok? Tidak apa, tanya saya lagi. In Shaa Allah saya tolong.

Shaklee Independant Distributor Anda
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba

#shaklee
#kttshaklee
#kelabbloggerjutawan

Wednesday, September 9, 2015

Fakta atau Auta. Renung-renungkan...

As salam..

Pagi ni terbaca info daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Topik yang sangat kerap diperkatakan kerana majoriti rakyat Malaysia menghidap DIABETIS.


Suka saya share lagi info hal ni yang sepatutnya kita ambik panduan:

DIABETIS/KENCING MANIS:

1) 3.6 Juta rakyat menghidapnya.
2) dikecilkan lagi kumpulan ini, 1 daripada 5 orang menghidapnya.
3) Ia dipengaruhi oleh pemakanan dan cara hidup tidak sihat..risiko pada yang ada berat badan berlebihan.
4) Penghidapnya adalah mereka yang selalu mengambil makanan yang manis seperti KEK, AISKRIM, DONUT, TEH TARIK (10 SUDU GULA) dan yang paling TINGGI GULA adalah MINUMAN BIKARBONAT (BERGAS- 56 SUDU GULA) seperti COKE
5) Ada 3 jenis Diabetes. GULA DITUKAR KEPADA GLUKOS. Pancreas menghasilkan insulin. 
6) Ianya berlaku apabila hormon Insulin yang bertidak sebagai KUNCI bagi membenarkan GLUKOS masuk ke sel-sel badan tidak lagi bertidak dengan baik. Sama ada, badan tidak dapat menghasilkan Insulin atau pun tahap GLUKOS dalam darah terlalu TINGGI disebabkan pengambilan gula/karbo yang berlebihan. 
7) Apabila sel badan tidak menerima glukos ini maka salur darah terlalu banyak glukos kerana ianya tidak ditukarkan dengan baik kepada tenaga. Oleh itu, tahap gula dalam darah akan meningkat dan DIABETIS berlaku. 
8) AGE protein yang wujud dalam salur darah akan bergabung dengan glukos berlebihan dan ianya boleh mengakibatkan salur darah tersumbat dan anda mungkin mengalami penyakit jantung. Malah AGE protein yang jahat boleh merosakkan salur darah anda. 

Apa yang perlu anda lakukan apabila anda menjadi salah seorang dari 5 orang kelompok tu??? Diam atau cari penyelesaian?

Hubungi saya
Erna 0146907178
SID883367

Tuesday, September 8, 2015

Tidak Tahu Fungsi 9 Asid Amino? Jom baca..

As salam...

Hari ni kita study sikit...fakta ohhh fakta..


9 Asid Amino perlu ni badan manusia tak dapat hasilkan. That's why kita kena ambil dari sumber lain. Untungnya ESP Shaklee ada 9 Asid Amino ni..Jom kita belajar sikit pasal PROTEIN 9 ASID AMINO:

1) Histidine - penting dalam pembentukan dan replikasi/penggantian sel.

2) Isoleucine - gabungan Leucine dan Vline ni penting dalam memperbaiki dan membina otot selepas senaman. Ia juga penting dalam pembentukan Hemoglobin dan membantu peredaran tahap gula dan tenaga dalam darah selain penting dalam pembentukan rangkaian atau jaringan darah.

3) Leucine - membantu pembebasan Insulin dari Pankreas, melindungi otot dan meningkatkan tisu serta baiki struktur kulit.

4) Lysine - bantu melindungi badan dari terkena penyakit Herpes (sakit kulit).

5) Methionine - berfungsi dalam metabolisme badan, mengemulsi lemak dan merupakan unsur asas sulfur di dalam tubuh. Ia perlu dalam menyingkirkan logam berat (lead dan merkuri)

6) Phenylalanine - berguna apabila tubuh menukar Phenylalanine kepada Tyrosine, sejenis Asid Amino yang perlu dalam proses sintesis Protein, zat kimia otak termasuklah L-DOPA, adrenalin, noradrenalin dan hormon Tiroid.

7) Threonine - membantu membentuk Kolagen dan elastin dalam kulit....nak kulit cantik dan gebu cubalah ESP...

8) Trythophan - adalah hasil daripada Niacin yang berfungsi menghasilkan Serotonin penting untuk fungsi saraf dan otak. Serotonin penting untuk tidur, menstabilkan emosi, mengawal sakit inflamasi dan lain-lain.

9) Valine - stimulasi dan diperlukan unuk metabolisme otot, memperbaiki dan pertumbuhan kulit serta memelihara keseimbangan Nitrogen dalam tubuh.

Penting kah tak penting PROTEIN 9 ASID AMINO ni???

Rebut peluang promosi ESP bulan ini!

Hubungi
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba

Monday, September 7, 2015

Lempeng Kelapa Homemade

As salam..

Malam ni saya teringin sangat makan lempeng kelapa. Dapatlah berbuka puasa dengan lempeng ni...cara nak cuba resepi saya sangat mudah..


Bahan:
Tepung gandum 2 cup
Kelapa parut...agak2 la..ikut citarasa
Susu cair
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Soda bikarbonat 1/2 sudu kecil
Minyak untuk oles ke kuali

Cara Memasak:
1. Adunkan tepung, kelapa parut, garam, soda bikarbonat, gula, susu cair dengan air sehingga semua larut dan tepung tidak berketul-ketul.
2. Oleskan sedikit minyak ke kuali. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali. Ratakan sehingga nipis dan berbentuk bulat.
3. Apabila warna lempeng bertukar keperang-perangan bolehlah diangkat ke pinggan.
4. Bolehlah makan dan cecah susu atau makan dengan kari ayam..nyummmsss

Masaklah lempeng ala-ala kampung gitu...

Tidak Tahan Bau Busuk Keputihan!

As salam..

Masalah keputihan dengan wanita tidak asing lagi. Warna dan bau yang menyebabkan ketidakselesaan. Malah keadaan begini juga boleh mempengaruhi keintiman suami isteri kan?


Jom cari cara pencegahan:

1. Selalulah bersihkan organ intim anda. Utamakan produk pembersihan yang ada kandungan susu untuk jaga keseimbangan pH.

2. Elakkan gunakan bedak pada vagina sebab bedak ni sangat halus dan mudah terselit dan tidak dapat dibersihkan.

3. Pastikan vagina sentiasa kering selepas mandi atau membasuh.

4. Elakkan guna seluar yang ketat kerana ia menyekat pengudaraan dalam seluar anda.

5. Guna seluar cotton supaya mudah menyerap peluh.

6. Selalu menukar kain tuala wanita anda ketika haid.

7. Gunakan panty liner bila perlu saja ok. Elakkan guna terlalu lama.

8. Kurangkan STRESS yang boleh merangsang keputihan.

Amalkan suplemen untuk bersihkan organ dalaman..

Hubungi saya:
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba


Sunday, September 6, 2015

Pertandingan Abam Sado Tapi Tak Sado Sangat!

As salam...

Hari ni ada sambutan Bazaar Music Festival dekat Starcity Kota Kinabalu..Lebih 100 booth dibuka. Ada booth tudung, pakaian, Bundle, makanan, produk kesihatan, persembahan nyanyian dan juga pertandingan. Bazaar ini dibuka 2 hari dari semalam 5 Sept-6 Sept 2015, dari pukul 10am-10pm. Tahu tak..Afdlin Shauki pun ada buka booth...jual seluar yang kembang tu.(tak tau nama..hehe..).


Di antara pertandingan yang diadakan..ni dia...Pertandingan Abam Sado...6th pax..ketul-ketul badan tu. Ditanya pada mereka memang ambik masa 3 bulan hingga bertahun nak bina badan macam tu...pemakanan mesti nak jaga..


Sado ke tak sado! Nak bina 6th pax, sumber Protein yang baik sangat perlu disamping aktiviti senaman bina badan.

Pemakanan yang sihat menjamin kesihatan..
Promosi bulan ini?? PROTEIN SOYA-NON GMO TERBAIK!


Hubungi saya
Erna 0146907178
SID 883367
FB : Ernawati Toba

Saturday, September 5, 2015

Dia Gemarinya...

As salam..

Sharing daripada nenek saya sendiri..beliau menghidap Rheumatic, kolesterol tinggi dan berat badan berlebihan. Bendalir rawan dekat tulang lutut sudah kering. Lepas dari pergi berjumpa doktor, dimaklumkan yang lutut nak operate masukkan bendalir supaya dapat tampung berat badan. Tahu berapa kos? RM10,000 untuk 1 lutut....oh no! Mahalnya...nenek saya bagitau doktor tak perluĺah nak operate..tak mampu...


Pengalaman nenek saya mengambil Energysing Soy Protein (ESP) sejak tahun lalu lagi. Syukur, nenek saya rasa sesuai dan badan rasa ringan berbanding dulu serta lehih bertenaga. Indeks Glisemik rendah baik untuk badan yang terlebih berat. Ianya juga membantu menstabilkan berat badan.

Apa lagi? Rebut peluang bulan ini!

Beli 2 dapat 5% diskaun
Beli 6 dapat 7 tub sebab 1 tub FREE jimat RM150...sapa nak kasi kan?

Hubungi saya
Erna 0146907178
SID883367

Friday, September 4, 2015

Mengidam ESP Lagi Bulan Ni

As salam..

Ramainya mengidam ESP bulan ni. Apa tak nya promosi gila-gila ESP bulan ni :
1) Beli 2 dapat 5% diskaun
2) Beli 7 bayar 6 saja

Ramainya yang perlukan ESP. Tidak kira siapa pun anda


Untuk member/ahli Shaklee pula ada hadiah menanti bagi sapa-sapa yang bergambar dengan ESP..


Banyak yang menanti...

Hubungi Shaklee Distributor Anda Hari Ini!
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba

Thursday, September 3, 2015

11 Tips Mendidik Anak yang Baik, Betul dan Efektif

As salam...

Anak adalah anugerah. Anak yang berjaya pastinya dari didikan yang baik.

Diantara tips yang boleh menjadi panduan para ibu bapa dalam mendidik anak-anak:

1. Bersikap lembut dan tunjukkan kasih sayang tulus pada mereka. Cth: katakan anda sayang pada mereka.
2. Jadilah pendengar yang baik dan berikan sokongan positif. Jadilah penyokong dan pendengar setia untuk mendengar keluh kesahnya.
3. Membina kreativiti dengan bermain bersama dengan ini memberikan peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru dari diri anda.
4. Hindarkan perkataan 'Jangan'. Gunakan kata lain yang lebih bermakna postif.
Cth: Jangan menjerit-> Ibu dapat dengar kamu sayang. Cuba kecilkan suara.
5. Menjadi idola/contoh baik untuk anak.
6. Berikan peluang bersuara dalam perbicangan dan bersikap keterbukaan.
7. Timbulkan sikap hormat menghormati tidak kira dengan sesiapa pun.
8. Mendidik rasa bertanggungjawab terhadap diri mereka dan cuba berikan alasan yang mudah difahami bagi setiap persoalan.
9. Mendidik mereka untuk meminta maaf terhadap kesalahan yang dilakukan agar anak menyedari tindakannya adalah terpuji.
10. Jangan berbohong dan menakut nakutkan anak supaya anak cenderung untuk terus berdikari, kreatif dan sentiasa bersikap benar.
11. Jangan berkeras dan mengugut terutamanya pada anak-anak yang degil dan nakal. Cuba kawal emosi anda dan bertindak bijaksana.

Berikan vitamin bijak untuk anak anda...

Erna 0146907178
SID883367


Wednesday, September 2, 2015

Amalan Ketika Sedang Berpantang

As salam..

Dalam masyarakat Melayu, tempoh berpantang adalah 100 hari iaitu berpantang makanan, perlakuan dan hubungan seks.

Diantara amalan semasa berpantang adalah:

1. Mengamalkan minuman herba untuk kerapian bahagian sulit. Dicadangkan mengambil Alfalfa Complex suplemen 1001 herba.
2. Amalan mandian rebusan daun-daun berkhasiat seperti pucuk daun jambu batu, daun serai wangi, daun kunyit dan daun mengkudu untuk memberikan haruman segar pada tubuh.
3. Berurut penting untuk mengembalikan peranakan kepada asal, mengurangkan ketegangan selepas bersalin, melancarkan darah, membuang angin dan mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum mengandung.
4. Adalah penting untuk berbengkung dengan betul sebagai sokongan kepada perut ibu untuk memudahkan pergerakan,memberikan sokongan kepada tulang belakang malah membantu untuk mengembalikan bentuk badan ibu.
5. Memakai pakaian yang sesuai dan memakai stokin untuk mengelakkan dimasuki angin.

Berpantang dalan Hukum Syarak.
1. Dilarang menunaikan solat, berpuasa, membaca dan memegang Al-Quran, bertawaf, 'bersama suami' dan duduk dalam masjid selagi belum suci dara hadas.
2. Hendaklah si ibu mandi hadas besar setelah 30 hari dimana darah berhenti untuk membolehkan solat tanpa menunggu 10 hari lagi. Maksimum adalah 60 hari untuk darah nifas keluar. Sekiranya masih ada darah lagi selepas 60 hari, ia dianggap Istihadah/darah penyakit. Maka hendaklah si ibu mandi hadas besar dan solat.


Suplemen yang dicadangakan semas berpantang: ESP,OMEGA GUARD, ALFALFA COMPLEX

ADD ON: ZINC COMPLEX, VITALEA, B COMPLEX, OSTEMATRIX

Dah share, nak cuba? HUBUNGI SAYA

Erna 0146907178
SID883367
FB:Ernawati Toba

Tuesday, September 1, 2015

Testimoni untuk Masalah Keputihan dan Gatal-gatal pada Miss 'V'

As salam..

Sharing Testimoni dari Shaklee2u untuk panduan kiita semua..

Alhamdulillah, selepas 3 hari rakan kita ni consume Alfalfa, ambik 3 biji pagi dan 3 biji malam..keputihan dan gatal-gatal berkurang..

Alfalfa Complex yang kita sudah ketahui merupakan 1001 herba selain fungsinya seperti 'Kacip Fatimah'.

Okay...nak cuba? Hubungi saya

Erna 0146907178
SID883367
FB:Ernawati Toba

Cara Memilih Kasut Ketika Hamil

As salam..


Macam mana nak pilih kasut yang sesuai semasa hamil? Beberapa kepentingan memilih kasut anda:
1. Kesesuaian bergerak dengan postur yang betul
2. Memberikan sokongan dan kestabilan pada tubuh
3. Elakkan tergelncir
4. Elakkan edema/bengkak kaki
7. Elakkan membongkok
8. Mengurangkan meminta bantuan semasa memakai kasut
9. Elakkan tersadung



Cara memilih:
1. Memilih tapak rata
2. Memilih tapak kasut yang tidak licin
3. Selesa dipakai
4. Mudah disarung (tidak bertali)
5. Kasut pilihan stylish dan bergaya

Ketika hamil pun masih boleh bergaya ye...

Shaklee Independent Distributor
Erna 0146907178
SID883367
http://caprierna87.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews