Tuesday, December 9, 2014

Jogging VS Berjalan Kaki

BERJOGGING


Jogging biasanya dilakukan pada waktu siang atau petang. Malah jogging ini menjadi aktiviti harian yang tidak asing lagi disemua peringkat umur. Banyak tujuan dan kebaikan berjogging. Berjogging boleh kurus tak? Khususnya, jogging banyak membantu kita untuk menjaga kesihatan. Apabila berjogging badan akan menegluarkan peluh sekaligus membantu menyingkirkan toksin daripada badan.

Jogging dan Kesihatan
* Jogging membantu menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot, melenturkannya dan menolong mencegah serangan penyakit arthritis apabila tua.

Amaran:

* Jangan berlari jika terasa sakit. Anggota badan yang sakit itu adalah tanda bahawa anda harus BERHENTI. Jika anda tidak mempedulikan amaran itu dan terus berlari, anda akan mengalami kerosakan anggota yang kekal dan mungkin juga menemui ajal.


* Jika anda berjogging di jalan raya, anda akan menghadapi risiko dilanggar. Di Amerika Syarikat, Persatuan Automobil pernah melaporkan dalam tempoh 12 bulan sahaja, 8,300 orang yang berjogging terbunuh dilanggar kereta manakala 100,000 lagi cedera. Untuk menggelakkan risiko ini, anda perlu berjogging jauh daripada kawasan kenderaan atau sekurang-kurangnya pastikan anda memakai pakaian yang mempunyai tanda-tanda amaran keselamatan jalan raya ketika keluar pada waktu malam.

Kebaikan berjogging:


* Senaman yang kerap akan meningkatkan tenaga dan kekuatan denyutan jantung dan mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Jogging merupakan salah satu senaman yang baik untuk kesihatan anda.

* Jika anda terlalu gemuk, anda boleh membakar kalori yang tidak diperlukan dengan berjogging.

* Kadar denyutan otot anda dapat dipertingkatkan dengan membuat senaman yang kerap dan ia juga dapat mengurangkan risiko menghadapi kekejangan atau masalah lain.

* Jika anda menghadapi sistem pencernaan yang tidak baik, pedih hulu hati atau masalah yang seakan-akan dengannya, senaman yang kerap membantu anda menyelesaikan masalah berkenaan. Ia juga membantu mengurangkan tahap tekanan, malah boleh membantu mencegah sakit ulcer.

* Jogging membantu sistem pernafasan dengan larian dan latihan pernafasan yang betul.

* Jika kerja harian membuatkan anda stress, jogging adalah baik untuk anda. Dengan memperuntukkan satu hingga dua jam seminggu untuk berjogging, anda boleh menghalang berlakunya tekanan dan stress yang dialami setiap hari.  Ingat! Tidak ramai orang berjogging membawa bersama telefon bimbit. 


BERJALAN KAKI


Berjalan kaki adalah senaman paling mudah untuk anda lakukan setiap hari walau di mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa. Cari tempat yang sesuai, tetapkan masa dan tempat serta menambah kesukaran seperti menambah kelajuan berjalan. Nak seronok lagi, mari ajak keluarga anda bersama-sama menikmati keindahan taman rekreasi dengan berjalan kaki pada waktu petang atau hujung minggu. 

Faedah berjalan kaki 
1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
5. Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
6. Mengekalkan kekuatan otot.
7. Mengurangkan risiko osteoporosis
8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
9. Mampu meningkatkan keyakinan diri. 


Jika kita lihat antara berjogging dan berjalan kaki yang mana lebih mudah? Bagi saya, berjalan kaki lebih mudah. Ianya boleh dilakukan di tempat kerja, jangan hanya duduk menhadap komputer sahaja. Malah, aktiviti mengemas rumah juga boleh membantu anda meningkatkan aktiviti berjalan kaki. TETAPI, aktiviti berjogging akan memberi lebih banyak manfaat jika dilakukan 3 kali seminggu kerana aktiviti berlari lebih banyak membantu sistem pernafasan malah membakar kalori berlebihan dalam badan dengan lebih cepat. 

PASTIKAN anda minum air paling kurang 3 liter sehari untuk menggantikan cecair yang hilang dari tubuh anda semasa berjogging atau berjalan kaki. Anda boleh cuba minuman "Performance Drinks" Shaklee untuk mengekalkan elektrolit dalam tubuh. Protin juga perlu untuk mengekalkan bentuk tubuh yang tidak menggelebeh. Vitamin C pula penting untuk meningkatkan tahap imuniti badan terhadap radikal bebas dipersekitaran anda.

Suplemen Shaklee yang dicadangkan:
1) Performance Drinks
2) ESP atau Cinch Shake
3) Ostematrix
3) Vitamin C 


Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews