Tuesday, October 21, 2014

Masalah yang sering berlaku semasa mengandung

Ramai wanita yang baru hamil mula membuat persediaan untuk menghadapi masalah-masalah yang bakal dihadapi semasa tempoh kehamilan.  Bakal ibu-ibu perlu banyak membaca untuk menambahkan ilmu. Apa lagi wanita-wanita yang hamil di masa muda. Kita semua sedia maklum ada wanita kini yang berkahwin dalam umur belasan tahun lagi. Pastinya ilmu-ilmu mengenai kehamilan mungkin kurang dan di sinilah juga pentingnya sokongan dan bantuan oleh orang di sekeliling terutamanya suami dan ibu bapa.


Sedikit info untuk sharing bersama iaitu APAKAH MASALAH-MASALAH YANG SERING BERLAKU SEMASA KEHAMILAN? 

Banyak perkara lain yang berlaku yang tidak ramai yang tahu. Berikut adalah masalah yang dialami ketika wanita mengandung:


1. Masalah penglihatan

Pertambahan hormon menyebabkan mata kering, gatal dan tidak selesa bagi perempuan yang menggunakan kanta lekap. Ini disebabkan penumpukan cairan yang menyebabkan kornea menjadi bengkak. Untuk rasa lebih selesa, kurangkan waktu bekerja di depan komputer dan cuci mata dengan lebih kerap.

2. Payudara ngilu

Ini mungkin masalah pertama yang akan dialami oleh wanita mengandung, bahkan sebelum menstruasi berhenti. Payudara akan bersiap lebih awal untuk kelahiran anak dan mungkin terasa lembut jika disentuh. Belahan dada juga akan terlihat lebih lebar saat mengandung.

3. Rambut lebih lebat

Banyak wanita hamil rambutnya akan berkilau dan lebih lebat. Tidak hanya pada rambut kepala, rambut di seluruh tubuh juga lebih lebat. Namun jangan khuatir, rambut yang tumbuh banyak di tubuh saat mengandung akan gugur dengan sendirinya setelah melahirkan anak.

4. Gusi berdarah

Gusi berdarah sering terjadi sewaktu kehamilan. Sangat penting untuk menjaga kebersihan mulut sewaktu mengandung. Sumber seperti susu sangat penting untuk membantu mengelakkan masalah ini.

5. Lupa

Masalah ini hanya sementara sahaja tapi ada sesetengah kes masalah ini berkekalan. Gejala mengulang pembicaraan dan lupa akhir kata sendiri merupakan salah satu masalah yang mungkin dialami.

6. Kulit hitam

Ketika mengandung dan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari, wanita tersebut mungkin mengalami bercak gelap di dahi atau di bahagian tubuh lain. Masalah ini dikenali sebagai chloasma atau melasma dan sering disebut sebagai 'topeng kehamilan' dan disebabkan oleh hormon yang mengganggu pigmentasi kulit. Hal ini memang tidak berbahaya tetapi mungkin akan mengubah penampilan diri.

7. Tangan kejang

Masalah lain yang terjadi sewaktu hamil adalah mengalami kejang tangan sewaktu bangun tidur. Hal ini terjadi disebabkan nadi yang tertekan sehingga terasa seperti ditusuk jarum dan kebas. Ada sesetengah kes kaki juga akan mengalami masalah kejang baik ketika tidut mahupun ketika bangun tidur. Walaupun perkara ini menyebabkan ketidakselesaan namun sama seperti masalah lain, masalah ini akan hilang setelah melahirkan bayi.

8. Perut terasa panas

Perut terasa panas adalah derita umum bagi setiap wanita mengandung, terutama pada akhir-akhir bulan kehamilan. Hal ini sering terjadi kerana makan atau minum sebelum tidur.

9. Sembelit

Masalah sembelit sering dialami oleh wanita yang mengandung. Banyakkan makan makanan berserat dan minum air putih yang banyak. Jika tidak berhasil, mungkin dinasihatkan untuk mengambil ubat.

Masalah-masalah lain menurut pengalaman sesetengah wanita hamil dan melalui pembacaan:

1. Diabetis gestasi - kencing manis semasa mengandung. Bila badan tidak boleh  menghasilkan insulin yang cukup, maka kandungan gula dalam darah meningkat. So, ia akan merentasi plasenta dan memberikan risiko kepada bayi menyebabkan saiz bayi terlalu besar. Bagaimana nak kesan? Biasanya semasa check up, ibu mengandung kena minum air gula.

2. Tekanan darah tinggi
Masalah ni terjadi bila salur darah dalam uri tak berkembang seperti yang sepatutnya lalu menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan sempurna. Bila kurang aliran darah ke plasenta, maka bayi tak dapat nutrisi dan oksigen yang secukupnya. Ini boleh menyebabkan perkembangan bayi menjadi perlahan atau kelahiran pramatang.

3. Hemoglobin rendah / anemia
Puncanya ialah kekurangan zat besi. Hb normal bagi ibu mengandung adalah 11g/dl dan ke atas. Bagi mereka yang jenis hb rendah, boleh cuba makan makanan yang tinggi zat besi seperti sayuran hijau, kekacang, hati, bijirin penuh dan buah-buahan kering seperti prun dan kismis.



4. Plasenta previa
Keadaan uri berada di bahagian bawah dalam uterus yang menutupi bahagian serviks. Masalah ini boleh dikesan melalui ujian ultrasound. Doktor akan tengok di mana uri berada. Kalau uri berada di bawah, maka bersalin melalui pembedahan terpaksa dilakukan.

5. Bayi songsang / melintang
Kedudukan bayi yang normal haruslah kepala di bawah, badan di atas. Masalah ni pun boleh dikesan melalui ujian ultrasound. Kadang-kadang doktor boleh pusingkan kedudukan bayi secara manual yang mana kaedahnya dipanggil external cephalic. Tapi kalau tak dapat pusing pulak, terpaksa bersalin melalui pembedahan jugak.

6. Tumpah darah 
Pendarahan yang berlaku sebelum sampai masa bersalin. Yang ni boleh tahan bahaya dan biasanya terpaksa di tahan dekat wad. Mungkin disebabkan ibu terlalu lasak, terjatuh atau kandungan mengalami masalah.

7. Air ketuban kurang - oligohydramnio
Mungkin disebabkan kebocoran tanpa sedar. Kes ni berlaku pada diri sendiri. Risikonya, baby boleh lemas. So, kena lebihkan minum air putih. Saya amalkan air zam-zam jugak. Ada yang cadangkan minum air kelapa, dan banyakkan minuman berais. 

8. Air ketuban terlalu banyak - polyhydramnio
Mungkin disebabkan bayi kurang menelan air ketuban tapi banyak mengeluarkan air kencing, darah ibu dan bayi tidak serasi (Rh factor) atau kandungan kembar. Kesannya kedudukan bayi tak stabil, kelahiran pramatang atau kandungan terlalu berat.

9. Air ketuban keluar sebelum tempoh bersalin.
Fungsi air ketuban adalah untuk melindungi bayi. Jadi, bila air ketuban keluar dengan banyak tanpa henti, ia boleh membahayakan sebab baby akan lemas. Biasanya doktor akan induce untuk selamatkan baby even belum sampai waktu bersalin.

10. Ibu mengidap penyakit berisiko
Ibu yang mempunyai penyakit sebelum mengandung seperti jantung, buah pinggang dan seumpanya yang boleh membahayakan nyawa. Kalau kes macam ni, memang pihak klinik atau hospital akan selalu monitor ibu tersebut. 

Di antara tips penjagaan semasa kehamilan:

1.Banyakkan berdoa semoga kita dan anak dalam kandungan sihat. Kadang-kadang Allah s.w.t nak uji, so terima dengan hati yang terbuka di samping banyak muhasabah diri supaya kita dapat baiki amalan kita sebelum ni.
Don't worry, be happy and enjoy your pregnancy..

2. Makan makanan yang seimbang 

- kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

3. Jaga tingkah laku,jaga amalan

- pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah. Mengucapkan kata-kata yang baik selalu.  Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.

4. Sedekahkan Al-Fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam 

- Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti. Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu.  Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.

5. Jaga pantang larang 

- Berpantang makan yang berbisa dan tajam.  Pantang larang yang sebenar tetapi pantang larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan.  Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu kandung atau ibu mentua masing-masing.  Pernah dengar tentang terkenan? Atau terkena kenan? Bermaksud kena jaga tingkahlaku terutamanya pada binatang. Kata orang tua-tua, kalau kita buat jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan memberi kesan pada anak yang dikandung. Kalau kaki kucing tadi terkehel, kaki anak kita jugak jadi abnormal. Kebenaran ini masih tidak dapat dikenal pasti, tapi lebih baik dielakkan. Jangan aniaya binatang.

6. Lakukan senaman ringan
Baik untuk ibu dan bayi untuk kekal sihat, melatih sistem pernafasan untuk memudahkan proses kelahiran.

7. Elakkan tekanan

- Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas. Macam mana pulak dengan tekanan kerja.? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja kena masak lagi untuk suami, penatnya. Dengan ini, suami haruslah, hulurkan tangan ringankan beban.  


Koleksi ayat-ayat yang digalakkan untuk pembacaan para ibu sepanjang proses kehamilan. 

“Saidul (penghulu) Istighfar 
Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)”
“Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )”
“Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)”
“Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)”
“Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)”
“Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)”
“Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)”
“Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)”
 “Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)” 
“Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)”,
 “Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati) dan buat si suami amalkan surah yang sama, semoga beroleh rahmat dariNYA.


Suplemen yang dicadangkan untuk membantu melengkapkan keperluan nutirisi ibu dan bayi di dalam kandungan:




PM 0146907178
SID883367
FB: Ernawati binti Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews