Monday, February 23, 2015

KHASIAT MADU ASLI -Perjalanan Ke Simpang Mengayau (Tip of Borneo)

21 Feb 2015- Perjalanan ke Tg. Simpang Mengayau sangat mengujakan. Pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan. Suasana yang indah, dan pantai yang membiru sungguh menunjukkan indahnya ciptaan-Nya.




cantiknya pemandangan pantai berdepan dengan Tommy's House (challet untuk pengunjung yang datang boleh stay sini)

Happy :) :)

desiran ombak membelah batu...hehe

Sepanjang perjalanan singgah sebentar dan terjumpa seorang wanita dusun menjual madu asli dan jagung bakar. Harga sebotol kaca madu asli RM35..saya tawar dan terus menawar. Akhirnya diberi saya RM25 sahaja sebotol besar madu. Memang dah lama nak beli madu asli. Akhirnya dapat jua.

 


Khasiat Madu

Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:
- Asma- Haid- Resdung
- Alahan- Jerawat- Rambut gugur
- Barah- Letih- Sakit kepala
- Buasir- Lendir kahak- Sakit pinggang
- Batuk kering- Lemah jantung- Sakit sendi
- Batuk- Mata- Sukar tidur
- Darah Tinggi- Pening
- Gastrik- Penyeri muka
Madu juga dapat:
  • Mengembalikan kekuatan tubuh badan.
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
  • Membersih dan menambah darah.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Mengelak cacing perosak dalam perut.
  • Menambah kelazatan makanan.
  • Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
  • Mudah dan cepat diserap oleh badan.
  • Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
  • Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
  • Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
  • Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
  • Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
  • Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
  • Sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
  • Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
  • Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal
  • Sumber utama vitamin dan kaya dengan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

Khasiat Madu untuk Bayi

Khasiat madu boleh dikatakan sesuai untuk semua. Sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dan tahap kesihatan yang berlainan. Madu boleh diambil untuk semua lapisan umur – kecuali satu, iaitu bayi yg berumur 6 bulan dan ke bawah.
Menurut kajian perubatan, walaupun madu adalah bahan yang neutral pada umumnya, ia mungkin boleh menyebabkan kesan alah atau alergi kepada bayi. Ini kerana, madu (termasuk madu yang telah ditapis dan dibersihkan) masih mengandungi peratusan kecil madu debunga (‘bee pollen’) yang boleh menyebabkan reaksi alergi kepada sesetengah orang.
Kepada bayi yang berusia kurang dari 6 bulan, ini boleh mendatangkan bahaya kerana sistem imun golongan bayi ini masih belum sempurna. Oleh itu, untuk langkah keselamatan, kita tidak digalakkan memberi madu kepada bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Anda mungkin juga dapat lihat amaran sebegini pada label produk madu.

Madu menurut perspektif Islam

Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a:
"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut (cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda
”Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”

Tips Menyimpan Madu

Berikut ini, diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak kehilangan manfaatnya:-
  1. Jangan biarkan madu disimpan ditempat yang terbuka, apatah lagi di udara yang lembap. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya.
  2. Simpan madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutupnya ditutup dengan rapat. Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika dimakan.
  3. Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam bekas kaca yang kedap udara. Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan. Madu jernih lebih baik di simpan di tempat yang sejuk dan dingin.
  4. Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari. Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu.
  5. Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau (durian, tempoyak, petai, belacan dan sebagainya). Ini kerana madu menyerap bau-bauan di sekelilingnya.

Tips untuk Mengetahui Keaslian Madu

Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini. Adakalanya madu lebah yang terdapat dipasaran dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna.
Berikut adalah beberapa cara yang sering digunakan untuk mengesan keaslian madu: -
  1. Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.
  2. Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.
  3. Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.
  4. Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan.Jika madu asli, ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan.
  5. Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan. Madu asli akan membentuk bulatan.
  6. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.
  7. Titiskan setitis madu ke atas kertas. Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.
Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

Wednesday, February 18, 2015

Tanda-Tanda Awal Kehamilan

As salam and Happy Chinese New Year pada yang celebrate!!!

Nak tulis entri kali ni, sebab pastinya ada yang tengah menantikan sang buah hati dalam masa terdekat ni kan? hah...apa pula cerita untuk anda yang berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkan sang buah hati?  Yang baru kahwin pastinya pengalaman mengandung ni pastinya menjadi satu keadaan yang sangat mengujakan. 



ADAKAH ANDA DI ANTARA WANITA YANG BAKAL MENDAPATKAN SANG BUAH HATI?? JOM LIHAT SEDIKIT SIMPTOM-SIMPTOM AWAL MENGANDUNG:

1. Payudara membengkak / terasa sakit 
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

2. Rasa lelah yang berlebihan / keletihan
Rasa lelah yang berlebihan akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua. 

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua.

4. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 

6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangka masa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.
Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda. 

7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh, kerana sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 
Atau paling mudah, konsisten ambil B Complex untuk membantu elakkan migrain, sakit kepala dan kelesuan.

8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil kerana beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. Konsisten ambil Ostematrix Shaklee kerana ianya banyak membantu menguatkan tulang dan mencegah sembelit semasa kehamilan.

9. Kram/ Cramp
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.

10. Ngidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 

11. Peningkatan suhu tubuh 
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 

12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat. 
(yg ni ada,en.suami da tegur..adoii,malunyer...lpas ni kne sdia perfume laa bnyk2..huhu)

13. Pusing atau pengsan 
Mungkin anda sering menonton adegan wanita hamil yang pengsan. Namun faktanya ini dapat terjadi kerana kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh kerana itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 

14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio. 

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Petikan:
“ Dari Ibnu Mas’ud RA, ia berkata : Telah bersabda kepada kami Rasulullah SAW – Beliau  adalah orang yang jujur dan terpercaya; “Sesungguhnya seorang diantara kamu (setiap kamu) benar-benar diproses kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berwujud air mani; kemudian berproses lagi selama 40 hari menjadi segumpal darah; lantas berproses lagi selama 40 hari menjadi segumpal daging; kemudian malaikat dikirim kepadanya untuk meniupkan roh kedalamnya; lantas (sang janin) itu ditetapkan dalam 4 ketentuan : 1. Ditentukan (kadar) rizkinya, 2. Ditentukan batas umurnya, 3. Ditentukan amal perbuatannya, 4. Ditentukan apakah ia tergolomg orang celaka ataukah orang yang beruntung“ 
(HR Ahmad).

Suplemen Shaklee untuk anda yang hamil

Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Google+ Followers

Total Pageviews