Monday, January 26, 2015

Puncanya dari Hati

Hati rosak
Hati dengki
Hati sakit
Hati mati
Hati sedih
Hati sengsara
Hati marah
Hati gembira
Hati terdesak

HATI????



Soalnya dari hati. Bila kesabaran hilang, maka tergugatlah hati, rosaklah semuanya kerana tindakan yang tidak sepatutnya kita lakukan. TAPI, kadang-kadang kerana hati, ia mendesak kita untuk mendapatkan apa yang sebaiknya untuk kita juga untuk orang tersayang di sekeliling kita. APA yang perlu adalah TINDAKAN dan kita YAKIN IA BENAR dan TERBAIK.

SYAITAN akan terus menghantui kita dan terus mendesak hati manusia untuk leka dan lalai dengan duniawi. Soalnya adakah kita akan terus membiarkan ia bermaharajalela. Sentiasalah mengimgati-Nya. In Shaa Allah, Dia juga akan sentiasa mengingati kita.

BIlA KAU SEDIH, INGATLAH DIA
BILA KAU HAMPA, INGATLAH DIA
BILA KAU KECEWA, INGATLAH DIA
BILA KAU GEMBIRA, INGATLAH DIA
BILA KAU GUSAR, INGATLAH DIA

YA ALLAH, MATIKAN KAMI DALAM SYAHID DAN KHUSNOL KHATIMAH. AMIN..


Ernawati Toba

Saturday, January 24, 2015

Berkedut kah kita???

As salam dan Selamat malam blogers...



Topik hari ni sangat ringkas dan mudah untuk difahami. Tapi, yang nak hadapi tu yang payah..:) Maklumlah, sekarang ni semua orang nak cantik..tak nak berkedut-kedut. Yang pastinya bila umur meningkat, penuaan akan berlaku dan pastinya akan dialami oleh semua orang.Tua dan mati itu pasti. TETAPI, penuaan ni kita dapat lambatkan jika kena caranya. Bukan main hentam saja produk di pasaran tu tak tau baik dan bahayanya...Ish ish ish...kerana nak cantik dan mulus, badan binasa..Cubalah produk yang semulajadi dan baiki dari dalaman ya. Bak orang kata, kecantikan dalaman akan menampakkan kecantikan luaran. Inner beauty gitu...;)

Kenali punca kulit berkedut..apabila paras hormon dalam badan berkurangan, sel-sel badan akan jadi kurang aktif. Maka, struktur semulajadi kulit akan jadi kurang anjal dan terdedah dengan radikal bebas. Bagi wanita yang telah menopous, hormon estrogen berperanan penting dalam penghasilan kologen akan berkurangan dan menyebabkan kulit hilang keanjalan. PASTINYA, vitamin seperti Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E sangat-sangat perlu bagi membantu melambatkan penuaan dan memelihara kulit kita.

Punca kedut dan penuaan:

  • Produk kosmetik
Memakai alat solek memang boleh menjadikan anda kelihatan cantik dan menarik, tetapi bahan yang terkandung dalam produk kosmetik biasa atau produk kosmetik organik tetap mempunyai kesan terhadap kulit anda. Lebih baik jika biar kulit tidak disolek.

Atau lebih baik lagi, guna bahan-bahan semulajadi untuk menyerlahkan kecantikan kulit anda.

  • Terdedah kepada cahaya matahari
Sinaran matahari pagi sangat bagus untuk kulit kerana kulit perlu vitamin E semulajadi tetapi sinaran yang terik dan berlebihan boleh merosakkan kulit anda dan menyebabkan berlakunya kedutan.

  • Merokok
Mufti-mufti di Malaysia mengistiharkan MEROKOK ADALAH HARAM. Tapi, kami hairan kenapa masih ramai Muslim masih merokok. Faedahnya jelas tiada, membazirkan duit dan memudaratkan kesihatan diri sendiri dan persekitaran. Malah kulit akan cepat berkedut kerana merokok menyebabkan bekalan darah berkurangan di dalam badan. 
  • Penuaan
Kulit telah hilang kelembapan dan keanjalan apabila usia meningkat. Banyak produk di pasaran untuk "awet muda".. siapa yang tidak suka jika umur sudah 50-an, tetapi kulit mukanya seakan-akan 30-an?
  • Kafein
Ada yang berkata teh dan kopi yang berlebihan boleh menyebabkan kulit berkedut...tetapi saya sangat suka minum kedua-duanya cuba kurangkan..lebih baik tinggal terus..:)

PETUA ORANG DULU-DULU...

Cuba sapu madu asli setiap malam sebagai ganti kepada krim-krim di pasaran..Dah sapu dalam beberapa minit basuhkan. Jangan biar lama, takut-takut banyak semut pula..;)

VITAMIN YANG PERLU UNTUK LAMBATKAN PENUAAN:
1) Vitamin C
2) Vitamin E
3) Vitamin B
4) ESP
ATAU
4) VIVIX




Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

Wednesday, January 21, 2015

Makanan Berkhasiat Semasa Hamil Menurut Rasulullah S.A.W

Hamil adalah sesuatu yang sangat-sangat dinanti begi setiap pasangan yang baru berkahwin. Malah, ada juga yang telah lama berkahwin tapi masih lagi belum dikurniakan zuriat. Sabar dan berdoalah pada Tuhan. Mudah-mudahan ada hari-hari doa anda dimakbulkan. 

Kerap kali bakal ibu-ibu mula runsing semasa hamil kerana takut makanan yang dimakan tidak cukup nutrien dan zat untuk ibu dan anak dalam kandungan. Di sini, kita semak sedikit apa saranan Rasulullah untuk wanita-wanita hamil untuk pastikan anak sihat dan membesar dengan baiknya.

Rasulullah S.A.W, memberikan tuntunan makanan apa saja yang berkhasiat untuk bayi sejak dalam kandungan. Dan sebagai umat Islam hendaknya kita meyakini serta mengamalkan tuntunan tersebut. Berikut ini info tentang makanan dan buah-buahan serta khasiatnya untuk bayi menurut Rasulullah SAW:

Buah Kurma
Kurma adalah tanaman yang hidup di daerah kering semenanjung arab. Memiliki buah yang berwarna coklat kehitaman, lonjong dan berdiameter 2-3 cm. Kandungan glukosa, fruktosa serta zat cair didalamnya sangat mudah diserap oleh tubuh. Oleh karena itu buah kurma juga beberapa kali disebutkan di dalam Al-Quran sebagai buah yang memiliki kelebihan dibanding buah lain. Berikut khasiat kurma menurut Rasulullah SAW:

Rasulullah S.A.W bersabda, “Berilah makan kurma wanita yang sedang hamil pada bulan-bulan terakhir kehamilannya supaya anaknya menjadi anak yang penyabar dan suci.”

Amirul Mukminin as berkata, “Barni adalah sebagus-bagusnya kurma. Berilah ia kepada para wanita yang sedang dalam masa nifas, supaya anaknya menjadi anak yang penyabar dan bijak.”

Imam Ja`far Shadiq as berkata, “Berilah makan barni (sejenis kurma) wanita yang telah melahirkan (pada masa nifas) supaya anaknya menjadi anak yang berakal dan murah hati.”

Lu'ban
Lu'ban adalah sejenis kemenyan khas arab yang biasa dipakai sebagai bahan pengharum dan parfum arab. Kandungan utamanya adalah unsur utama dari resin benzoin berbagai tanaman dari genus Styrax. Dengan memberikan lu'ban, bayi dalam rahim akan memperoleh banyak manfaat. maka Berikut Khasiat lu'ban menurut Rasulullah SAW:

Rasulullah saw bersabda, “Berilah makan lubân wanita yang sedang hamil, karena janin yang memakan lubân dalam perut ibunya akan menjadi kuat akalnya. Jika ia laki-laki ia akan menjadi seorang pemberani, jika ia perempuan ia akan menjadi perempuan yang besar pinggulnya dan dicintai suaminya.”

Imam Ali Ridha as berkata, “Berilah makan lubân wanita yang sedang hamil. Karena, jika ia anak laki-laki ia akan menjadi laki-laki yang cerdas, pintar dan pemberani, dan jika ia anak perempuan ia akan menjadi perempuan yang berakhlak baik, cantik, berpinggul besar dan dicintai suaminya.”

Buah Safarjal
Safarjal adalah buah sejenis apel dengan nama latin Cydonia oblonga. Buahnya banyak mengandungi khasiat, di Amerika disebut dengan nama Quince.

Makanan Berkhasiat Untuk Kehamilan Menurut Rasulullah S.A.W, Kehamilan, hamil, tips makanan semasa hamil,
Buah Safarjal

Rasulullah SAW bersabda"Berilah makan buah safarjal (sejenis apel) kepada wanita yang sedang hamil, karena ia dapat menghasilkan akhlak baik anak yang akan dilahirkan."

Semangka/Tembikai
Semangka adalah buah dari tanaman merambat yang serumpun dengan labu, melon dan ketimun. Buahnya yang banyak mengandung air membuatnya sering dijadikan jus. Daging buahnya berwarna merah dan kuning.

Rasulullah SAW memberikan anjuran agar ibu hamil mengkonsumsi semangka sebagaimana sabda beliau: "Setiap wanita hamil yang makan buah semangka maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya."


Suplemen juga boleh diamalkan ketika hamil bagi menggantikan makanan agar dapat membekalkan zat dan nutrien yang cukup untuk ibu dan bayi:


Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

Sunday, January 11, 2015

Kenapa Anak Sukar Makan?

As salam bloggers...

Jika kita teliti kembali kenapa anak-anak kita sukar untuk makan apa lagi makanan berkhasiat? Di antara puncanya:

1.SIKAP SUKA MEMILIH MAKANAN

Pada di awal usia setahun anak mula memilih makanan. Terapkan makanan berkhasiat pada anak-anak anda. Tapi, jangan pula memaksa mereka mencuba makanan baru. Beri makanan kegemaran tetapi berkhasiat

2.MEMUJUK ANAK DENGAN MEMBERIKAN MAKANAN TIDAK BERKHASIAT

Selalunya para ibu bapa menjanjikan anak-anak dengan makanan seperti coklat atau gula-gula sekiranya mereka menghabiskan makanan mereka. Akan tetapi, disebaliknya perkara ini akan membuatkan lagi lebih gemar untuk mengambil makanan tidak berkhasiat ini.

3.RUPA MAKANAN YANG DISEDIAKAN TIDAK MENARIK

Selalunya anak-anak lebih gemar makan makanan yang dihiasi dengan warna-warna terang dan menarik perhatian seperti hiasan lobak dan sayur-sayuran yang berwarna-warni.

4.ANAK MAKAN KERANA DIPAKSA

Cuba galakkan anak anda makan dengan lebih banyak dengan memujuk mereka secara lembut TANPA mengungut atau memarahi mereka.

5.BERITAHU 15 MINIT LEBIH AWAL

Cuba beritahu anak anda awal 15 minit supaya anak anda alert tanpa mengganggu masa mereka bermain.

6.MAKANAN YANG SAMA SETIAP HARI

Selalunya anak-anak lebih gemar makan  makanan yang dihidangkan berlainan setiap hari. Walaupun masa makan 3 kali sehari, pastikan mereka mengambil nasi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Makanan lain yang boleh dihidangkan seperti biskut 'whole grain', keju, yogurt, epal dan makanan lain yang berkahsiat.

7.MASA MAKAN TETAP

Masa makan yang baik mestilah ditetapkan dan menjadi rutin harian kerana anak-anak sudah biasa dan lebih mudah lapar pada masa yang telah ditetapkan.

8.SUASANA SEMASA MAKAN

Jadikan suasana makan yang gembira untuk memberi semangat kepada anak anda untuk makan lebih banyak dan menghabiskan makanan mereka.

JIKA ANAK ANDA SUKAR MAKAN, ANDA JUGA BOLEH MEMBERIKAN MEREKA MAKANAN TAMBAHAN YANG SEDAP DAN PENUH VITAMIN DAN MINERAL SEPERTI:








Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

Tuesday, January 6, 2015

Vita-lea For Children Chewable

Apa yang pentingnya Vita-lea for Children Chewable ni?

- ada 19 vitamin dan mineral yang perlu untuk anak-anak
- sesuai untuk kanak-kanak 4-12 tahun
- multivitamin kunyah, tulen dan halal
- 100% nilai harian vitamin C
- 150% nilai harian vitamin D-600 IU setiap hidangan
- sumber kalsium, magnesium dan banyak lagi untuk menyokong dan membina tulang
- perisa masam manis yang enak
- sumber harian tambahan vitamin B


Siapa yang perlukan? 

kanak-kanak berumur 4-12 tahun (anak-anak 2-3 tahun yang pandai makan dengan pengawasan orang dewasa)
anak susah makan yang berkhasiat
anak aktif


Fungsi Vita-lea for Children Chewable:

Tahukah Anda?
  • Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
  • Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
  • Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
  • Antara umur 11 dan 16 tahun,  satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.
Kandungan Sebotol      : 65 biji
Cadangan Pengambilan : 1 atau 2 biji sehari




Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Google+ Followers

Total Pageviews