Saturday, November 15, 2014

MUKUS berlebihan memberi masalah kesihatan

MUKUS ("hingus") ialah rembesan licin yang dihasilkan dan diliputi oleh selaput hingus. Cecair mukus biasanya dihasilkan dari sel-sel mukus yang terdapat dalam kelenjar mukus.

Mukus adalah sejenis cecair licin yang membantu melindungi dan melembapkan mulut, hidung, peparu, tekak dan tisu penghadaman.

Tapi baiklah kita ingatkan bahawa Mukus yang berlebihan akan memberi masalah kesihatan. Ia boleh mengganggu pernafasan secara normal contohnya: Apabila Mukus berlebihan menyebabkan tekak kurang selesa, batuk dan Mukus yang menebal akhirnya bertukar menjadi kahak.

Inilah yang membimbangkan para ibu apabila kanak-kanak mengalami batuk berkahak, padahal mereka masih belum pandai untuk mengeluarkan kahak sendiri dan jika ia dibiarkan berlanjutan kemungkinan boleh menyebabkan Bronchitis!

Di antara tips pemakanan yang perlu untuk mengurangkan Mukus:

1. Elakkan makanan yang membina mukus (hingus & kahak) dan banyakkan makanan yang boleh membuang mukus.

2. Berikan anak makan banyak protein terutama sekali bahagian tengah ayam.

3. Berikan anak makan sup kaki ayam dan sup tulang ayam/ayam yang telah direnih selama lebih 18 jam.

Nota : Kumpulan permakanan adalah berdasarkan umur anak.

Jika KAHAK berlaku, fahami Warnanya:

1) Jika hijau - dijangkiti bakteria
2) Jika kuning - dijangkiti bakteria atau virus

Jom kita lihat apakah diantara pemakanan SEMULAJADI yang dapat mengurangkan penghasilan Mukus berlebihan:

1) Buah-buahan dan sayur-sayuran

Pilihlah yang semulajadi! Makanan ini terbukti bersifat Anti-Oksidan. Sumber seperti Beta-Carotene dan Vitamin C sangat perlu untuk menguatkan mekanisme pertahanan atau imuniti badan. Ia juga membantu penyembuhan daripada demam, selesema dan jangkitan yang lain yang menghasilkan Mukus berlebihan.

Cth: Bawang merah, bawang putih, seleri, parsley, lemon, beri, ceri, buah sitrus, tomato, kiwi, brokoli dan sayuran hijau.

Pengambilan kentang,pisang dan kobis yang menggalakkan penghasilan Mukus- KURANGKAN!


2) Cecair Suam

Cecair suam (sedikit panas) ini boleh membantu untuk mencairkan Mukus, mengurangkan keperitan sakit tekak dan selesema dan demam. Contohnya: air suam, teh herba, coklat panas dan sup panas (sup sayur dan sup ayam).

Pengambilan minuman berkafein, bersusu (memekatkan cecair mukus)- KURANGKAN!

3) Minyak Ikan air laut sejuk

Ia mengandungi Asid Lemak Omega-3 yang sangat tinggi yang boleh mengurangkan keradangan dan penghasilan Mukus berbanding makanan lain. Contohnya: Ikan Salmon, Tuna, Herring Lake Trout, Flounder, Halibut, Sardin dan Mackerel.

Nak tahu tak? Shaklee Omega Guard merupakan suplemen atau makanan tambahan minyak ikan berkualiti tinggi. Ia dihasilkan daripada ikan air laut sejuk yang disuling dengan 3 peringkat sulingan dan ianya berkualiti tinggi. Ia boleh diamalkan oleh seisi keluarga, daripada kanak-kanak sehingga dewasa.

4) Kekacang dan bijian

Makanan seperti kekacang dan bijian merupakan anti-radang dan anti-oksida Vitamin E. Kacang badam/minyak kacang badam, mentega kacang daripada sumber kacang tanah, Almond atau Cashew yang mempunyai tekstur lebih lembut juga baik jika anda sedang mengalami sakit tekak.

Suplemen semulajadi Shaklee Anti-Oksidan seperti Sustained Released Vita C Plus 500mg dan Garlic Complex pula untuk meningkatkan antibodi badan.

Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews