Pernah dengan tentang bengkak susu? Selalu dengar susu merundum kan? Kali ni kita cerita topik Ibu yang bengkak susu pula.
Bengkak susu (Engorgement) biasanya berlaku bermula hari kedua atau ketiga selepas bersalin. Diantara tanda menyusu dengan sempurna adalah Breast jadi lembik dan 'kosong' setiap kali selepas bayi menyusu.
Apakah Punca Bengkak Susu?
1. Ibu lewat mulakan penyususan selepas melahirkan bayi.
The First Golden Hour in Breastfeeding atau dikenali dengan 1st Hour breastfeeding selepas bayi lahir kedunia merupakan faktor penting dalam memulakan penyusuan ibu.
Baby memiliki sense /naluri untuk bergerak meniju ke payudara ibu untuk memulakan penyusuan. Semakin cepat ibu membenarkan bayi menyusu, semakin kurang risiko bengkak susu dan susu lambat keluar/sikit.
2. Mulut bayi tidak melekap dengan betul pada payudara ibu
Mulut bayi yang tidak melekap dengan betul menyebabkan payudara tidak dapat mengeluarkan susu dengan sepenuhnya. Maka, bayi tidak kenyang, payudara tidak kosong dan akhirnya menyebabkan bengkak susu.
Cara betul: Mulut bayi perlu terbuka luas dengan sebahagian besar daripada bahagian AEROLA, bahagian hita payudara masuk memenuhi mulut bayi.
3. Kurang Sesi Penyusuan
Semakin kurang menyusukan bayi, semakin banyak susu akan berkumpul di payudara menyebabkan bengkak susu dan menjadi punya susu ibu kering.
Kekerapan Penyusuan: Minimum 8 kali dalam masa 24 jam. Sebaiknya 12 kali (24 jam) menyusukan bayi. In Shaa Allah susu banyak dan keluar dengan lancar serta payudara tidak bengkak.
Kesan Buruk Biarkan Bengkak Susu
Apabila kita membiarkan bengkak susu, ia boleh menyebabkan payudara tersumbat dengan lemak dan susu lama. Kesan daripada itu, kuman boleh masuk ke dalam saluran susu.
Saluran susu yang terkena jangkitan kuman akan bernanah (MASTITIS). Doktor akan operate dan membuang nanah menyebabkan payudara berlubang sementara akibat luka operation. Maka dengan itu, ibu tidak dapat menyusukan bayi dengan menggunakan payudara tersebut sementara untuk sembuh. Ada juga ibu yang operate dengan kedua-dua payudara ya..
5 Cara Kurangkan Sakit Pada Payudara Akibat Bengkak Susu
1. Kurangkan sakit dulu dan lembutkan payudara yang keras dan bengkak
Gunakan cold compress untuk mengurangkan sakit payudara. Selepas itu, melembutkan payudara dengan cara menyusukan bayi. Jika tidak berjaya...
2. Gunakan sikat gigi jarang dan urut payudara ke arah AEROLA. Sapu sedikit minyak terlebih dahulu (mengandungi geranium,lavendar,melaleuca,rosemary) ke atas payudara sehingga susu menitis keluar.
3. Setelah payudara lembut, susukan bayi. Jika masih bengkak gunakan Teknik Mermet (perah guna tangan).
Teknik Perahan Susu (Mermet)
4. Gunaka kobis- tidak disyorkan kerana menyebabkan susu kering terus.
5. Ambil SET BENGKAK SUSU SHAKLEE -Vitamin E complex, Garli complex dan Lecithin. Ia dapat mencairkan lemak susu, melicinkan perjalanan susu dari liang susu ke mulut bayi. Maka, bengkak dapat dikurangkan.
No comments:
Post a Comment