Monday, September 7, 2015

Lempeng Kelapa Homemade

As salam..

Malam ni saya teringin sangat makan lempeng kelapa. Dapatlah berbuka puasa dengan lempeng ni...cara nak cuba resepi saya sangat mudah..


Bahan:
Tepung gandum 2 cup
Kelapa parut...agak2 la..ikut citarasa
Susu cair
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Soda bikarbonat 1/2 sudu kecil
Minyak untuk oles ke kuali

Cara Memasak:
1. Adunkan tepung, kelapa parut, garam, soda bikarbonat, gula, susu cair dengan air sehingga semua larut dan tepung tidak berketul-ketul.
2. Oleskan sedikit minyak ke kuali. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali. Ratakan sehingga nipis dan berbentuk bulat.
3. Apabila warna lempeng bertukar keperang-perangan bolehlah diangkat ke pinggan.
4. Bolehlah makan dan cecah susu atau makan dengan kari ayam..nyummmsss

Masaklah lempeng ala-ala kampung gitu...

4 comments:

  1. Salam ukhwah Ernawati,

    Ohh lempeng kelapa is my favorite.. Pekena dgn sambal tumis mmg terbaek! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh!! My fevret tooo....Belajar dengan mak..yang lain olah sendiri ja...

      Delete
  2. Replies
    1. Sedap...ikut resepi mak...yang lain oleh sendiri ja...fevret lempeng kelapa..😊😊😊😊

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Google+ Followers

Total Pageviews