Friday, October 30, 2015

Emosi Terganggu Semasa Haid

As salam...

Korang tau tak?

Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa haid ialah 70ml.

Manakala jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah diantara 60-200ml. So, kena makesure minum air putih banyak untuk gantikan cecair yang hilang dari badan.

Tahu tak lagi?

Sesetengah wanita mengalami simptom/gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid (4-7 hari). Ada yang mengalami masalah sakit kepala, penggumpalan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.

GLA Complex penting untuk wanita ia membantu memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan/senggugut, mood swing, retensi air dan sakit payudara. Bonusnya, membantu kulit terus lebih muda dan memperbaiki rambut kering dan gugur.

#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Wednesday, October 28, 2015

Suka minum Jus Avocado?Apa khasiatnya?

As salam..

Korang tau tak?

Avocado sangat berkhsiat untuk dijadikan minuman harian. 


10 Khasiat Dan Kelebihan Memakan Buah Avokado

1) Mengawal tekanan darah

Avokado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.


2) Menggalakkan kesihatan mata

Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.


3) Melindungi daripada kanser

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.


4) Menyembuhkan nafas berbau

Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.


5) Ciri-ciri anti -penuaan

Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.


6) Penjagaan Kulit

Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.


7) Berat badan

Avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.


8) Mengekalkan kesihatan jantung

Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.


9) Vitamin E Powerhouse

Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.


10) Mengandungi banyak vitamin


Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.

#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Tuesday, October 27, 2015

16 Ramuan Botani Hebat yang Mujarab dalam Nutriwhite

As salam..

Korang tau tak?

Shaklee telah menjelajah seluruh dunia untuk mencari nutrien yang paling tulen dan herba paling berkuasa untuk menghasilkan Nutriwhite.


Apa 16 ramuan botani yang hebat dalam Nutriwhite Shaklee?

1. BEARBERRY - meringankan, firma, melegakan dan mengurangkan keradangan

2. SOYBEAN - mencerahkan, melembutkan, melembab dan  mengurangkan tompok.

3. SKULLCAP - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid

4. BEECH TREE - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit

5. STRAWBERRY BEGONIA- mencerahkan dan pigmentasi

6. MULBERRY - mencegah kerosakan disebabkan matahari dan melembab.

7. PEONY - mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan

8. ROSEMARY - mengetatkan, merangsang dan mengurangkan keradangan.

9. ALOE VERA - melegakan, melembap, mengurangkan keradangan.

10. MOUNTAIN ARNICA - mengurangkan keradangan dengan flavones.

11. CAT'S CLAW - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin.

12. KUDZU LEAF & ROOTS - menegang dan mengurangkan keradangan dengan isoflavon

13. LINDEN - menyuburkan dan menghidrat diperingkat dalam.

14. MARSMALLOW - melebabkan dengan tanin.

15. SEAWEED - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan.

16. GREEN ALGAE - menyahtoksin dan melembabkan.

#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Monday, October 26, 2015

Ada masalah Kulit dan Alahan?

As salam..

Korang tau tak?

Omega 3 sangat penting untuk kesihatan kulit dan membantu mencegah alahan.


Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan masalah kulit seperti kulit kasar, liang roma tersumbat, dan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan penuaan pramasa seperti kulit berkedut akibat kurang sirkulasi darah dalam tubuh. Wajah yang berseri menunjukkan peredaran darah dalam tubuh lancar!

Ada masalah alahan? Memang kena cukup Omega 3. Alahan adalah dipenfaruhi oleh sensitiviti tubuh terhadap bahan-bahan tertentu contohnya seperti habuk, makanan, ubat dan sebagainya. Dengan menambah pengambilan Omega-3 dalam diet, masalah alahan dapat dikurangkan...In Shaa Allah.

#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Sunday, October 25, 2015

Ahad Yang Indah..makan saja..

As salam...

Apa plan hari ni?

Rajin pula kita hari ni tau...sempat siap 2 menu...campak-campak ja...


Mee kuning
Isi ayam potong dadu
Bawang merah, bawang putih
Cili padi
Kicap 
Perencah rasa Maggie
Minyak


Isi ayam potong dadu
Sayur bendi
Bunga kantan
Serai
Air asam jawa
Bawang merah, bawang putih,bawang besar
Halia
Cili boh
Cili padi
Perencah rasa Maggie
(*lupa letak belacan..hehe)

Okay....enjoy Sunday!
caprierna87.blogspot.com
0146907178

Saturday, October 24, 2015

7 Langkah-Langkah Mencegah Demam Kepialu

As salam

Korang tau tak?

Demam kepialu atau typhoid adalah salah satu jangkitan yang dibawa oleh makanan. Perkara tersebut disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).

Bagi individu yang dijangkiti oleh demam kepialu, bakteria tersebut dibawa di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.

Penyakit ini tidak boleh diambil ringan kerana ia boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya. Individu yang tiada tanda untuk sembuh dari demam kepialu juga boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (pembawa typhoid).

Menurut laporan Astro Awani, sebanyak 32 kes demam kepialu telah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) setakat 18 Oktober, menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Langkah berjaga-jaga harus diambil serius oleh semua pihak agar penyakit demam kepialu dapat dielakkan. Portal Murai menyenaraikan tujuh langkah untuk mencegah demam kepialu:

1. Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan.

2. Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya.

3. Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah, ulam-ulaman, buah-buahan, makanan dari penjaja dan minuman berais semasa berlakunya wabak.

4. Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.

5. Elakkan meminum minuman berais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.

6. Mendapatkan pelalian vaksin demam kepialu.

7. Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan.

Sumber: Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Artikel oleh: Kamaruddin Razal.


#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

IG: Ernawati Toba

Friday, October 23, 2015

Gambaran Matahari di Dalam Kubur Seolah-olah Ia Tenggelam

As salam...

Jom luangkan masa...

Hadis terdapat dalam al-Musnad dan Sahih Abu Hatim, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Sesungguhnya jika mayat diletakkan di dalam kubur, maka dia boleh mendengar bunyi kasut orang yang pergi meninggalkannya.

Jika orang itu beriman, maka solat berada berhampiran kepalanya, puasa berada di sebelah kanannya, zakat berada di sebelah kirinya dan amalan lain seperti sedekah, silaturrahim amar makruf dan akhlak baik berada berhampiran kakinya.

"Lalu dia didatangi dari arah kepalanya, maka solat pun berkata, 'Dari arahku tidak ada jalan masuk'. Kemudian dia didatangi dari sebelah kanannya, maka puasa pun berkata,'Dari arahku tidak ada jalan masuk'.

Kemudian dia didatangi dari arah kirinya, maka zakat pun berkata, 'Dari arahku tidak ada jalan masuk'. Kemudian dia didatangi dari arah kedua-dua kakinya, maka amalan yang berupa sedekah, silaturrahim,amar makruf dan akhlak baik itu pun juga berkata,'Dari arahku tidak ada jalan masuk'.

"Seterusnya dikatakan kepadanya, 'Duduklah'. Maka dia pun duduk seperti matahari yang hampir tenggelam. Lalu dikatakan kepadanya,'Apa pandanganmu terhadap lelaki ini yang dulu berada antara kamu? Apa yang dikatakan tentangnya dan apakah persaksianmu terhadapnya?

"Dia berkata, 'Biarkan aku hingga solat'. Mereka berkata, 'Engkau hendak solat. Beritahukan dulu kepada kami mengenai hal-hal yang kami tanyakan. Apa pandanganmu terhadap lelaki ini yang duku berada di tengah-tengah kamu? Apakah yang kau katakan tentangnya dan apa persaksian terhadapnya?

"Dia menjawab, 'Dia ialah Muhammad. Aku bersaksi baginda adalah utusan Allah. Datang dengan membawa kebenaran dari sisi Allah".

Subhanallah...Muhammad SAW...

(Ar-Roh:Hidup Selepas Mati)

Thursday, October 22, 2015

Faktor-faktor Kolesterol Meningkat

As salam..

Korang tau tak?

TERDAPAT 2 FAKTOR PENYEBAB KOLESTEROL MENINGKAT :

Faktor yang tidak dapat dikawal

1. Keturunan
Apabila ada keluarga yang berkolesterol tinggi, maka besar kemungkinannya anak bakal mempunyai kolesterol yang tinggi, risiko adanya suatu gangguan kesihatan biasa 6 kali lebih besar menimpa anak dibanding orang tua.

2. Usia
Setelah usia 20, kolesterol cenderung meningkat. Buat kaum hawa, kolesterol akan mudah naik setelah umur 50 tahun dan pada wanita, kolesterol akan mudah untuk naik setelah menopause.

Faktor yang dapat dikawal

1. Makanan telalu banyak lemak, seperti mentega, biskut, dan fast food.
2. Lebih berat badan
3. Kurang bersenam
4. Merokok
5. Gaya hidup yang tidak sihat
6. Stress
7. Diabetes mellitus
8. Minum kafein yang berlebihan
9. Diet yang salah
10. Obesiti

APA KEISTIMEWAAN PHYTOCOL-ST?


Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.

BAGAIMANA FOTISTEROL BERTINDAK?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda.

#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Wednesday, October 21, 2015

Tangan terkena minyak dan melecur?

As salam...

Korang tau tak?

Pernah cuba guna Basic H2. Ada yang melecur kena air panas, terus cepat-cepat cuci guna Basic H2 untuk kecemasan. Caranya: Sapukan terus basic H2 ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk. 




Apa lagi kegunaan Basic H2 Masa Kecemasan?

1. Hapuskan kutu di kepala

Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas 

2. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan sbg.
 
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

3. Demam panas

Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala. 

4. Sakit gigi

Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

5. Gatal kulit atau badan

Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

6. Ulser dan mulut berbau

Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

7. Penyubur tanaman dan penggembur tanah

Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

8. Menghilangkan karay dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sbg.

Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru. 


#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Tuesday, October 20, 2015

Suka Makan Mee Segera?

As salam...

Kirang tau tak?


Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

Betul tak petikan ni? Apa kata anda?

#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Monday, October 19, 2015

DenganMu Aku Tenang - Opick

As salam..

Aku selidiki lirik lagu ni..cukup meruntun jiwa..

DenganMu Aku Tenang - Opick


Tuhan sentuh aku dengan cinta-Mu
Basuh rindu dendam hatiku
Berlari mencari diri-Mu
Terbatas meraba di fatamorgana dunia

Tuhan ampun bila hamba terlena arungi sang hidup
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa

Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang

Berlari mencari terlempar tak pasti
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa

Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Aku tenang
Aku tenang

Banyak suka dan duka dilalui..kadang-kadang memerlukan diri kita merenung sejenak di mana kah kita di mata Allah?

ERNA

Sunday, October 18, 2015

Asid Lemak untuk Wanita

As salam...

Korang tau tak?



Pengambilan Asid Lemak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti peningkatan usia, kesihatan, pemakanan dan gaya hidup masa kini. Pengambilan minyak Evening Primrose boleh memberi manfaat yang penting kepada wanita sama da untuk kesihatan mahupun kecantikan umunya.

Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.

Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.


#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Saturday, October 17, 2015

Singgah Makan Kari Kambing..nyumsss

As salam..

Apa plan hari ni?

Rutin Saturday saya dan adik, balik kerja dan singgah restoran fevret. Tau sebab apa? Sebab kari kambing yang nyaman...

Dah habis dah...baru nak gambar...hehe

Restoran Thansila, Country Heights Kota Kinabalu

Dah makan kambing tu..jangan lupa minum lemon suam...detoks..detoks...

#sayasukakambing
#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Friday, October 16, 2015

Rebut Promosi Buy 1 Free 1 Vitamin E Complex

As salam..

Korang tau tak?

Vitamin E Complex Shaklee bulan ni promosi Beli 1 Percuma 1?

Saya dah rembat. Anda bila lagi?

Bersama adik ke branch Shaklee

Apa tunggu lagi???

#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Thursday, October 15, 2015

Panadol Tinggal Dalam Tubuh 5 Tahun?

As salam..

Korang tau tak?

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. 

Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. 

Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita.

Apa kata anda? Tinggalkan komen anda...

#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Wednesday, October 14, 2015

Omega-3 Untuk AUTISME

As salam...

Korang tau tak?

Omega-3 penting untuk membantu mengelakkan AUTISME?

Kajian mendapati ibu mengandung yang mengambil suplemen Omega-3 semasa hamil kurang berisiko mendapat anak autisme kerana kandungan DHA yang tinggi. Ia juga mampu meningkatkan tumpuan dan memori anak2 autisme juga pengidap sindrom hiperaktif (ADHD).


#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Omega-3 Penting untuk Kekuatan Jantung

As salam..

Korang tau tak?

Omega-3 berfungsi menguatkan struktur sel pada organ jantung. Ia juga melancarkan peredaran darah terutamanya aliran keluar masuk dari jantung dengan mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL.

Apa jadi kalau Omega-3 tidak cukup dalam badan?

Arteri akan mengeras, pengaliran darah menjadi perlahan, dan ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi juga serangan jantung. Oh, tidak!

Nak dapat daripada mana Omega-3 ni?

Boleh cuba Omega Guard Shaklee. Promosi bulan ni!!!


#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Tuesday, October 13, 2015

Salam Maal Hijrah 1437

As salam..

Salam Maal Hijrah buat semua...semoga tahun baru ini membawa penghijrahan kita ke arah yang lebih baik dan bermanfaat. In Shaa Allah..


Erna 0146907178
Shaklee Independant Distributor

Monday, October 12, 2015

Makan Kek Hari Jadi...nyumss....

As salam...

Korang tau tak?
 Sungguh nyaman makan kek coklat...hehehe

Ni adek saya...comel tak? Hehe

 Kawn-kawan semua hapoy...


Now...still in the office finish up my work...

Sunday, October 11, 2015

Perbezaan Vitamin E Shaklee dengan Vitamin E sintetik

As salam..

Korang tau tak?

Vitamin E Shaklee mengandungi d-alpha tocopherol. 'd' bermaksud semulajadi manakala jika anda lihat pada label botol vitamin sintetik/buatan ada 'dl'.

Kenapa Perlu semulajadi?

Penyerapannya adalah 2x lebih baik, lebih jimat,minyak sayuran asli dan mengandungi selenium untuk melengkapi fungsinya. Grape seed extract 20x lebih baik dari vitamin E dan 50x ganda lebih baik dari vitamin C.


#kttshaklee
#korangtautakshaklee
Erna 0146907178
SID883367



Saturday, October 10, 2015

Kenapa Air Kencing Berbuih?

As salam..

Korang tau tak?

MENGAPA AIR KENCING ANDA BERBUIH?

Pernahkah anda melihat air kencing anda mengandungi buih yang banyak?

Tahukah pula anda mengapa munculnya buih tersebut di dalam air kencing anda?

Jika anda menganggap ianya adalah perkara biasa, anda telah melakukan kesilapan.

Apabila air kencing anda berbuih, itu menunjukkan buah pinggang anda telah mula rosak.

Mengapa pula demikian?

Tahukah anda bahawa munculnya buih yang banyak tersebut menunjukkan bahawa air kencing anda mengandungi protein.

Inilah suatu gejala yang dikenali sebagai proteinuria.

Bagaimana pula wujudnya protein di dalamurin menjadi tanda buah pinggang telah rosak?

Fungsi buah pinggang yang sihat ialah menapis keluar bahan-bahan buangan dari darah.

Tetapi protein dan bahan yang diperlukan oleh tubuh akan ditinggalkan di dalam darah.

Kebanyakan zat-zat protin tidak sepatutnya melalui penapis buah pinggang.

Namun,sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang sudah pun rosak.Di mana protein dari dalam darah yang diperlukan oleh tubuh akan bocor dan keluar bersama urin.

Protein yang selalunya dikesan muncul di dalam kandungan urin ialah albumin.

Albuminuria adalah istilah yang sering digunakan
ketika ujian untuk mengesan kewujudannya di
dalam urin.

Jadi selepas ini berwaspadalah dengan kehadiran
buih di dalam air kencing anda.

Kerana ia mungkin tanda buah pinggang anda sudah mulai rosak.

Semoga info ini berguna buat semua.

#stayhealthy
Erna 0146907178

Sabtu nan redup....

As salam..

Apa plan hari ni?

Rasa busy akhir-akhir ni...tidak cukup tidur, migrain 2+1 semua. Hari ni kerja half day. Balik kerja jam 2pm sebab nak siapkan sikit kerja untuk meeting Isnin ni..



Cuaca agak mendung. Migrain datang lagi. Ni kes tak telan B Complex dan Vitamin C la ni..kejap lagi lah sampai rumah.

Sebelum balik rumah, singgah kejap ke Car wash..cuci 'buah hati' yang agak berhabuk. Sambil-sambil singgah restoran mamak minum teh tarik..nyaman..

BE POSITIVE. KEEP UP THE GOOD WORK!

#kttshaklee
FB/IG :Ernawati Toba
0146907178

Hilang Parut

As salam...

Korang tau tak?

ALOE VERA atau lidah buaya dapat menghilangkan kulit berparut?


Kalau secara tradisionalnya, kita memang sudah lama diterapkan oleh nenek moyang petua tradisi macam ni. Malah ada ynag bercucuk tanam lidah buaya supaya mudah untuk mendapatkannnya.

Sapa yang tak nak cantik kan?...

Okay, macam cara nak guna?
Ambila lidah buaya, potongkan dan ambil lendirnya. Lepas tu, sapukan pada parut. Ia boleh diamalkan setiap hari dn sehingga parut hilang.

Murah, jimat dan mudah.

Nak share juga, peta produk Shaklee...

Tahu Vutamin E Complex Shaklee? Kalau nak rawat parut, ambil sebiji vitamin E. Pecahkan dengan mencucuk jarum untuk mengeluarkan isinya. Kemudian, sapukan cecair tersebut pada parut anda. In Shaa Allah, kulit berparut akan hilang malah struktur kulit bertambah baik. Bonusnya, awet muda gitu...


#kttshaklee
#korangtautakshaklee
Erna 0146907178
SID883367
IG: Ernawati Toba

Thursday, October 8, 2015

Lelaki Juga Perlukan GLA Complex

As salam..

Korang tau tak?

GLA complex membantu MENGAWAL SELIA ESTROGEN DAN TESTOSTERON. Tak paham? Okay..saya bantu explain. Antara lain fungsi GLA Complex ni adalah membentuk Prostaglandin yang penting untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita. Malah, ia juga penting untuk membantu memperbaiki masalah Prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

So, jangan salah anggap...GLA Complex ni sama pentingnya seperti Asid amino lain yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan hanya didapati daripada makanan. Ia membantu melambatkan Andropos (lelaki) dan Menopaus (wanita).

Paling penting lagi, untuk wanita ia membantu memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan/senggugut, mood swing, retensi air dan sakit payudara. Bonusnya, membantu kulit terus lebih muda dan memperbaiki rambut kering dan gugur.

#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Kerja? Takkan Pernah Habis...

As salam..

Penat kerja?

Mestilah penat..mental dan fizikal..kerja dengan orang atau kerja sendiri..
Yang pasti kerja takkan pernah habis...

Tapi nak tanya ni..kita kerja untuk siapa?

Untuk bos anda?
Untuk syarikat?
Untuk diri?
Untuk keluarga?
Untuk masa depan?
Untuk bayar hutang?

Masing-masing ada alasan sendiri..tepuk dada tanya minda..
Kalau tak kerja macam mana kan nak tampung hidup...

#sabar
#janganputusasa
Erna 0146907178
Shaklee Independan Distributor

Wednesday, October 7, 2015

Omega Guard Omega 3 Tulen

As salam...

Korang tau tak?

Omega 3 yang tulen dan semulajadi ada dalam Omega Guard. Iaitu yang mampu menyingkirkan  bahan berbahaya seperti Plumbum, Merkuri, Arsenik, Kadmium, Dioksin dan PCB (Polychlorinated Biphenyl) iaitu bahan kimia industri yang sangat toksik.

Nak tahu lagi?

Tumbesaran dan perkembangan otak janin serta perkembangan memori sangat bergantung  kepada DHA dalam Omega Guard. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA sangat tinggi dalam susu ibu.

1 hidangan Omega guard=905mg Asid lemak omega 3 EPA 
                                                 dan DHA.

#kttshaklee
#korangtautakshaklee
#promoOmega

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Tuesday, October 6, 2015

GLA COMPLEX Herba Tradisi

As salam...

Korang tau tak?

GLA COMPLEX adalah herba tradisi yang dipercayai?

Borage adalah kegemaran orang Barat yang mana ia membantu merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.


#kttshaklee
#korangtautakshaklee
Erna 0146907178
SID883367

Cyst dan wanita

As salam...

Korang tau tak?

Sista (Cyst) Ovari adalah Ancaman Wanita Dalam Diam...

Lama tidak cerita pasal isu ni..

Apa simptom masalah sista ni?
1. haid tidak teratur
2. bengkak dalam abdomen
3. tumbuh bulu roma pada wajah

Bila berlaku ovulasi, kitaran menstruasi berlaku di mana telur yang dikeluarkan akan masuk melalui tiub fallopian ke rahim.

Ovarilah yang akan mengawal atur hormon estrogen dan progesteron wanita. Jadi, apabila anda mula berhadapan dengan simptom di atas, berjaga-jaga ada kemungkinan anda berisiko sista ovari.

Bahaya tak sista ovari ni?

Sista ovari bersifat benigma yang tidak akan berubah menjadi barah. TETAPI, sebahagiannya perlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti kebiasaannya.

Sista atau ketumbuhan ovari merupakan kantung cecair dalam ovari. Ia bagaimanapun boleh berada di mana-mana saja dalam tubuh seseorang. Jika ia berada dalam ovari, sista yang terbentuk biasanya bersifat ‘functional cyst’ .

Beli 6 PERCUMA 1
Promo Oktober

#promoGLAComplex
#kttshaklee
#korangtautakshaklee
Erna 0146907178

Monday, October 5, 2015

Vitalea FREE Sampai Hujung Bulan 10 ni!

As salam..

Korang tau tak?

VITALEA IRON FORMULA FREE hanya sampai bulan ni saja.

Macam mana nak dapat free? Ragister hari ni, manfaat seumur hidup..


Siapa yang tidak mau sihat kan?

Daftar sekarang,

Erna 014690178
SID883367


Amalan-Amalan Pembuka Pintu Rezeki

As salam...

Jom share amalan menjemput rezeki..


1. Membiasakan diri dalam keadaan beribadah kepada Allah

“Wahai Hamba-hambaku, hendaknya kalian memenuhi waktu (fokus) dengan ibadah, kalau kalian melakukannya Aku akan memenuhi dada kalian dengan kekayaan, dan Aku akan menutupi kefakiran kalian. Kalau kalian tidak melakukannya, Aku akan memenuhi dada kalian dengan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kefakiran kalian.” (HR Ahmad & Tirmidzi)

2. Taubat dan perbanyak istighfar

"... dan seorang hamba dicegah baginya rezeki karena dosa yang dibuatnya." (HR at-Tirmizi)

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (HR Ahmad & Abu Daud)

3. Menjaga diri agar senantiasa bertakwa

“...Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. ...” (QS Ath Thalaaq : 2-3)

4. Belajarlah tawakkal kepada Allah

"... Barang siapa bertawakal kepada Allah , niscaya Allah akan mencukupkan (segala keperluannya)" (QS Ath-Thalaaq: 3)

“Andaikata kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, sungguh kalian akan Kami beri rizki sebagaimana burung diberi rizky. Di pagi hari keluar dalam keadaan perut kosong dan kembali dalam keadaan kenyang.”
(HR Ahmad)

5. Hendaknya kita mula belajar berbisnis walaupun kecil-kecilan.

"Hendaklah kalian berdagang, karena di dalamnya terdapat 9 dari 10 pintu rezeki." (HR.Ahmad)

"Sesungguhnya sebaik-baik mata pencarian adalah seorang pedagang" (HR.Baihaqy)

Semoga kita semua mendapat manfaat.

Amin Ya Rabb.

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Sunday, October 4, 2015

Apabila Ajal Menjemput...

As salam...

Apabila ajal menjemput, tiada siapa dapat menghalang. Hanya Dia yang menentukan segalanya.
Saya terpaksa mengambil emergency kerana berita buruk saya terima dari Tawau kerana perginya Almarhuma macik saya pada malam Jumaat, 1 Oktober 2016 untuk menghadap ilahi.

Beliau mengalami sakit darah berkuman, lemah jantung dan batu karang serius. Kerana koma dan antara sedar atau tidak badan arwah tak dapat nak tanggung penyakit dan beliau menemui ajal pada pukul 10 lebih, malam Jumaat.

Sedih dan duka dialami oleh saya, apatah lagi apa yang dirasakan oleh anak-anak arwah iaitu sepupu-sepupu saya kan...perginya ibu yang disayangi dan dikasihi.

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Yang hidup pasti mati. Tidak kira tua atau muda. Tidak kira cepat atau lambat. Tidak kira sakit atau sihat. Tidak kira kaya atau miskin.

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Thursday, October 1, 2015

Berbezanya Sustained Release Vita C Plus 500mg

As salam..

Korang tau tak?

Dr.Shaklee telah mereka secara saintifiknya Vitamin C yang dibebaskan berterusan secara semulajadi. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulit (500mg) dan pembebasan 1.5 Vitamin C ke dalam tubuh setiap jam.

Secara klinikalnya, dibuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee (dalam jarak masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah selama 24 jam.

Setiap tablet mengandungi 120mg Bioflavonoid (25% dari Bioflavonoid diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mampu meningkatkan keberkesanan Vitamin C didalam tubuh kita, MELEGAKAN INFLAMASI, MENENTANG INFEKSI BAKTERIA dan RADIKAL BEBAS.


#kttshaklee
#korangtautakshaklee

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Google+ Followers

Total Pageviews