Saturday, October 24, 2015

7 Langkah-Langkah Mencegah Demam Kepialu

As salam

Korang tau tak?

Demam kepialu atau typhoid adalah salah satu jangkitan yang dibawa oleh makanan. Perkara tersebut disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).

Bagi individu yang dijangkiti oleh demam kepialu, bakteria tersebut dibawa di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.

Penyakit ini tidak boleh diambil ringan kerana ia boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya. Individu yang tiada tanda untuk sembuh dari demam kepialu juga boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (pembawa typhoid).

Menurut laporan Astro Awani, sebanyak 32 kes demam kepialu telah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) setakat 18 Oktober, menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Langkah berjaga-jaga harus diambil serius oleh semua pihak agar penyakit demam kepialu dapat dielakkan. Portal Murai menyenaraikan tujuh langkah untuk mencegah demam kepialu:

1. Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan.

2. Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya.

3. Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah, ulam-ulaman, buah-buahan, makanan dari penjaja dan minuman berais semasa berlakunya wabak.

4. Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.

5. Elakkan meminum minuman berais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.

6. Mendapatkan pelalian vaksin demam kepialu.

7. Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan.

Sumber: Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Artikel oleh: Kamaruddin Razal.


#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

IG: Ernawati Toba

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews