Saturday, October 10, 2015

Kenapa Air Kencing Berbuih?

As salam..

Korang tau tak?

MENGAPA AIR KENCING ANDA BERBUIH?

Pernahkah anda melihat air kencing anda mengandungi buih yang banyak?

Tahukah pula anda mengapa munculnya buih tersebut di dalam air kencing anda?

Jika anda menganggap ianya adalah perkara biasa, anda telah melakukan kesilapan.

Apabila air kencing anda berbuih, itu menunjukkan buah pinggang anda telah mula rosak.

Mengapa pula demikian?

Tahukah anda bahawa munculnya buih yang banyak tersebut menunjukkan bahawa air kencing anda mengandungi protein.

Inilah suatu gejala yang dikenali sebagai proteinuria.

Bagaimana pula wujudnya protein di dalamurin menjadi tanda buah pinggang telah rosak?

Fungsi buah pinggang yang sihat ialah menapis keluar bahan-bahan buangan dari darah.

Tetapi protein dan bahan yang diperlukan oleh tubuh akan ditinggalkan di dalam darah.

Kebanyakan zat-zat protin tidak sepatutnya melalui penapis buah pinggang.

Namun,sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang sudah pun rosak.Di mana protein dari dalam darah yang diperlukan oleh tubuh akan bocor dan keluar bersama urin.

Protein yang selalunya dikesan muncul di dalam kandungan urin ialah albumin.

Albuminuria adalah istilah yang sering digunakan
ketika ujian untuk mengesan kewujudannya di
dalam urin.

Jadi selepas ini berwaspadalah dengan kehadiran
buih di dalam air kencing anda.

Kerana ia mungkin tanda buah pinggang anda sudah mulai rosak.

Semoga info ini berguna buat semua.

#stayhealthy
Erna 0146907178

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Google+ Followers

Total Pageviews