Monday, December 29, 2014

Lingkaran Hitam Bawah Mata

As salam bloggers..

Kadang-kadang kita lihat ada orang yang hitam di lingkaran matanya. Ia bukan sahaja menjejaskan kecantikan mata malah ada yang malu untuk berhadapan dengan orang lain. Agak-agak kenapa berlaku lingkaran di bawah mata ini?


> Keletihan
Kurang tidur atau keletihan yang berlebihan akan membuat mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Rehat dan tidur yang cukup adalah penyelesaian yang paling baik.


> Alergi
Akibat mata yang gatal karena alergi, orang akan cenderung menggosok kulit di sekitar mata. Hal ini akan membuat darah memenuhi pembuluh-pembuluh di bawah mata, yang akan membuatnya nampak gelap. Beberapa alergi pada makanan juga menyebabkan lingkaran hitam ini. Pencegahan terhadap alergi dan membiasakan diri tidak menggosok mata perlu diingat untuk Anda yang memiliki alergi pada mata.

> Usia
Seiring dengan bertambahnya usia, kulit akan kehilangan kolagen yang membuatnya menjadi lebih tipis dan tembus pandang. Dengan demikian bayang-bayang gelap akan semakin nampak. Perawatan untuk meremajakan kulit akan mengurangi lingkaran hitam yang muncul akibat usia.
> Keturunan
Ketipisan kulit di sekitar mata berbeza pada setiap orang, biasanya hal ini disebabkan kerana keturunan. Semakin tipis kulit seseorang, maka semakin nampak jelas bayang-bayang hitam di bawah mata.

> Anemia
Kekurangan zat besi yang merupakan tipe paling umum dari anemia, juga boleh menyebabkan bayang-bayang hitam ini. Pada masa kehamilan dan menstruasi kulit akan menjadi lebih pucat karena kekurangan asupan zat besi dan hal ini menyebabkan pembuluh-pembuluh darah di bawah mata lebih jelas terlihat sebagai bayang-bayang hitam. Pengambilan suplement zat besi atau penambah darah akan mengatasi masalah ini.


Suplemen Shaklee yang dicadangkan:
1) Vitamin C 
2) B Complex
3) Zinc Complex/ Vitalea Iron Formula
atau
4) Shaklee Enfuselle Eye Treatment

Petua Tradisional:
1) Minum air putih 3 liter sehari
2) Gunakan timun atau tomato untuk ditekapkan pada mata beberpa minit sebelum masuk tidur
3) Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan

Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

Friday, December 26, 2014

Rezeki Datang Dari Allah

Rezeki adalah kurnia daripada Tuhan. Tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia. Jika Dia berkehendak tiada siapa dapat menghalang. 

Nikmat Tuhan tiada bandingan....

1) Kekayaan
2) Anak
3) Kesihatan
4) Umur yang panjang
5) Haiwan ternakan
6) Tumbuh-tumbuhan
7) Makanan yang mencukup
8) Air 
9) Udara yang segar

 Banyak lagi nikmat-Nya ..sungguh tidak terhitung oleh kita...

Apa yang perlu kita buat dengan rezeki yang Allah kurniakan?

1) Bersyukur

Bersyukurlah kerana itulah tanda kita berterima kasih kepada-Nya. Sungguh banyak nikmat dari-Nya tetapi kenapa kita tidak bersyukur? kenapa kita kufur pada-Nya? 

Dari An Nu’man bin Basyir, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 

مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ 

“Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (HR. Ahmad, 4/278. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sebagaimana dalam As Silsilah Ash Shohihah no. 667).

2) Bersedekah

Rezeki yang kita ada bukan milik kita. Beringatlah ketika susah dan senang. Berilah yang terbaik dari kita, bukan yang terburuk atau tersisa..Bersedekahlah walaupun secupak beras...sekeping doa..In Shaa Allah, Dia memberikan kita yang terbaik setelah itu..

Apabila anak Adam wafat putuslah amalnya kecuali tiga hal yaitu sedekah jariyah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain, dan anak (baik laki-laki maupun perempuan) yang mendoakannya. (HR. Muslim)

Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkeram kedua rahangnya seraya berkata, “Aku hartamu, aku pusaka simpananmu.” Kemudian nabi Saw membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: “Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya menyangka bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi.” (HR. Bukhari)

Melihat kepada kejadian dan musibah banjir besar yang menimpa saudara kita di Kelantan, Terengganu, Kedah dan di mana jua sungguh menyedihkan. Pastinya kesulitan ini sangat-sangat mendukacitakan mereka. Segala harta, tumbuh-tumbuhan, ternakan, dan harta benda hilang dan musnah. Yakinlah Allah sangat menyayangi kita dan Dia ingin menunjukkan sesuatu kepada kita. Sungguh besar kuasa-Nya. Subhanallah. Allah milik semua yang ada di langit dan bumi. 

Coretanku..
Ernawati Toba

Tuesday, December 23, 2014

Angin Dalam Badan

Angin dalam badan sangat mengganggu rasa ketidakselesaan kita seharian. Kadang-kadang rasa angin sampai ke kepala. Rasa nak muntah pun ada. Badan akan menjadi lemah.
Kentut..salah satu cara untuk lepaskan angin keluar dari badan..;)
Kita lihat sedikit diantara makanan yang menyebabkan angin adalam badan:
a. Kacang
b. Sayuran seperti brokoli
c. Kobis
d. Taugeh
e. Bawang
f. Asparagus
g. Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
h. Bijirin seperti roti gandum
i. Minuman ringan dan jus buah
j. Susu dan produk daripada susu dan keju
Apa pula tanda-tanda angin banyak dalam badan:
• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
• Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dll rasa ketidakselesaan badan.
Bagaimana untuk mengurangkan simptom angin?

1- Mengambil makanan yang menggalakkan pergerakan peristaltik usus iaitu yang yang tinggi dengan fiber. Tetapi pengambilan fiber yang berlebihan juga boleh menyebabkan angin.
2- Minum air secukupnya. Air yang cukup bukan saja penting untuk sistem pelawasan tapi untuk proses ‘pernafasan’ sel. Sel yang sihat memerlukan air secukupnya untuk menjalankan pelbagai proses.
3- Ambil sarapan yang seimbang dan minum air perahan lemon dan pudina untuk memudahkan pergerakan usus.
4- Makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap, supaya perut tidak berangin dan tidak memberatkan usus. Makan ikut jadual yang biasa kita amalkan juga penting.
5- Lakukan senaman ringan. Walaupun sekadar berjalan dan gerakan anggota yang ringan, ia amat baik untuk peredaran darah dan fungsi sistem percernaan.
6- Catatkan makanan yang anda ambil. Jadi bila berlaku masalah angin, anda boleh mengagak makanan yang menyebabkan anda angin dan boleh mengelakkannya di masa akan datang.
7- Banyakkan mengambil buah-buahan, protein dari sumber tumbuhan, dan bijirin penuh yang menggalakkan pergerakan usus yang sihat.

Garlic Shaklee mengandungi esktrak Rosemary dan Spearmint 


Peppermint Ginger Shaklee

Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

Thursday, December 18, 2014

Perbezaan Antara Chewable Vitamin C dan Sustained Release Vita C Plus

Selalu timbul pertanyaan: Chewable Vita C Plus ni hanyak untuk kanak-kanak tak? 
Sebenarnya, Chew Vita C Plus ni sesuai untuk semua peringkat umur. Ia bertujuan untuk memudahkan anda yang yang susah menelan. Mudah mengunyahnya kerana ianya berasa lemon seperti gula-gula. "Sambil driving pun boleh kunyah-kunyah, betul tak?" Hehe...Kanak-kanak pun lebih gemar sebab terasa seperti gula-gula mereka.



Chewable Vita C Plus Shaklee 100mg
Sustained Release Vita C Plus 500mg
          Mengandungi Vitamin C Plus 100mg
      Mempunyai Vitamin C – 553.00mg
       Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex – 24.00mg
       (provide 2.0mg Hesperidin)
(Provide 2.0mg Lemon Bioflavonoids)
(Provide 1.50mg Orange Biofolavonoids)
(Provide 0.50mg Grapefruit Bioflavanoids)
# Rose Hips Powder – 40.00mg
        Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex 120.00mg
         Sejenis tablet yang mudah dikunyah
        Sejenis tablet yang mudah ditelan
         Memudahkan penghadaman dengan lebih cepat
        Sesuai kepada sesiapa yang tiada masalah menelan
        Vitamin yang dikunyah akan diserap ke dalam badan secara langsung
       membebaskan 1.5 Vitamin C buah secara berterusan perlahan-lahan ke dalam badan.
         Vitamin C dalam 2 tablet mampu bertahan selama lebih kurang 5 jam dan mampu kekal dalam plasma darah kita sehingga 24 
        Perlu diambil berulang-ulang kali sehari (jika perlu). Disarankan 1 hari 1 biji.
        Tidak perlu diambil berulang-ulang kali sehari. Disarankan 1-2 biji sehari.
Persamaan
        Vitamin C akan terus dihadam oleh usus dengan cepat dan sebahagian Vitamin C akan terus dibuang dan dibazirkan sebab usus tak dapat menyerap sepenuhnya Vitamin C tersebut
        Vitamin C akan terus dihadam oleh usus dengan cepat dan sebahagian Vitamin C akan terus dibuang dan dibazirkan sebab usus tak dapat menyerap sepenuhnya Vitamin C tersebut



Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

Tuesday, December 16, 2014

Kolagen Protein Utama Menyokong Tisu Badan

As salam dan selamat malam bloggers..

Selalu bila sebut pasal kolagen mesti nak kaitkan dengan kecantikan dan kegebuaan kan? Tahukah anda tisu badan yang kian merosot dipengaruhi oleh kolagen pada tubuh badan kita. Meningkatnya usia tahap kolagen juga akan merosot. Sebab inilah, kulit menjadi kendur, sakit tuland dan rawan kian bertambah. Sekitar 30% keseluruhan protein dalam badan adalah kolagen. Ia adalah protein UTAMA menyokong tisu badan manusia. Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  gigi,  hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. Tengok macam ni pun, kita dah tahu kolagen memang sangat penting pada tubuh badan manusia.

Info penting!!

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Kita lihat pula terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I     : terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

  • Kolagen II   : tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

  • Kolagen III  : reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

  • Kolagen IV : membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

  • Kolagen V : permukaan sel, rambut dan uri.

Apa jadi bila kolagen berterusan dibekalkan kepada badan?:

  • kulit maintain anjal dan tegang
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

Apa yang anda dapat bila mencuba Collagen Shaklee Powder?
    • Collagen Powder Shaklee mengandungi 400mg proprietari RSS collagen
    • Collagen Powder Shaklee mengandungi kolagen yang tulen, berkualiti tinggi dan diektrak dari sisik ikan merah (ikan merah adalah sumber collagen terbaik kerana daya ketahanannya)
    • Dalam Collagen Powder Shaklee, molekulnya ringan untuk memudahkan diserap oleh badan bagi kesan yang cepat dan hebat
    • Collagen Powder Shaklee mengandungi 7 bahan tambahan termasuk Vitamin B dan C yang menyokong kecantikan dalaman dan luaran anda

Manfaat SCP






Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

Tulang, Sendi dan Rawan

Tahukah kita bahawa sejumlah 206 tulang membentuk sistem rangka manusia dewasa. 
Tulang dinamakan mengikut tempatnya. Semasa bayi pula, manusia mempunyai 300 
tulang. Adakah kita kehilangan 94 tulang lagi? Tidak, ketika kita membesar tulang-tulang 
ini akan bercantum dan membentuk 1 tulang yang kuat walaupun jumlah tulang dalam 
tubuh kita berkurangan.
Kita tengok sedikit apa dia 2 bahagian sistem rangka manusia:
  1. Rangka paksi
    • Tengkorak
    • Turus vertebra
    • Sangkar rusuk
  2. Rangka apendaj
    • Lengkungan pektoral
    • Lengkungan pelvis
    • Tulang-tulang anggota hadapan
    • Tulang-tulang anggota Belakang

Turus vertebra

Tulang-tulang vertebra terdiri daripada 33 ruas tulang bersendi. Pada setiap hujungnya terbentuk satu turus yang boleh luntur. 
Turus vertebra berfungsi untuk melindungi saraf tunjang yang terletak dibahagian tengahnya. 
Diantara tulang-tulang vertebra, terdapat cakera rawan yang bertindak sebagai kusyen untuk penyerap hentakan(daya) dan mengurangkan geseran semasa pergerakan.
Bahagian-bahagian turus vertebra ialah:
  • 7 vertebra serviks - Bahagian leher
  • 12 vertebra toraks - Bahagian toraks
  • 5 vertebra lumbar - Bahagian pinggang
  • 5 vertebra sakrum - Bahagian punggung
  • 4 vertebra koksiks - Bahagian hujung tulang belakang
Nampak tak, tulang-tulang kita disokong oleh sendi-sendi dan rawan yang sangat penting bagi membantu pergerakan kita. Oleh sebab itu, kita seharusnya menjaga dan mengekalkan kesihatan tulang badan kita sejak di usia awal kanak-kanak lagi. 
Pada hakikatnya kini, ramai diantara kita mula mengalami sakit sendi dan saraf di usia dewasa ini. Orang tua yang mengalami sakit lutut dan tulang belakang yang membongkok menunjukkan simptom nyata bahawa badan kita kekurangan kalsium dalam tubuh. Dah tua-tua baru kita nak ambik kisah dan banyakkan minum susu. Kenapa tidak diusia awal lagi?
Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang; selain membolehkan kita menggerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna.
Saya sharekan sedikit kepentingan Ostematrix dan AJHT dan bagaimana ia berfungsi:
Ostematrix:
OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

 Advance Joint Health Tablet

  • Ialah formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat
  • Diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi
  • Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi
  • Shaklee Joint Health Tablet adalah 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan tumbuhan dan mineral.


Pilih yang terbaik!!


Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

Saturday, December 13, 2014

Siapa yang harus dipersalahkan?

As salam bloggers...selamat pagi..

Semalam dengar khabar dari kakak ipar saya, seorang polis lelaki telah membunuh diri dengan menggunakan pistol Walter P99 . Pada awalnya, beliau telah bergaduh dengan isterinya di rumah ibu mentuanya. Beliau telah disahkan meninggal dunia di rumahnya di mana isteri dan anak perempuannya ada pada masa itu.

Dikatakan setelah beliau balik daripada menjalankan rondaan pada malam kejadian, beliau terus balik ke rumah dan diberitahu beliau sembahyang terlebih dahulu sebelum menembak kepalanya dan rebah di tempat sembahyang. Beliau sering bergaduh dengan isterinya disebabkan perasaan cemburu di antara satu sama lain. Jenazah dibawa balik ke Perak untuk disemadikan.

Apa pendapat anda mengenai kejadian seperti ini? Siapa yang harus dipersalahkan? 
Adakah si mati? si isteri? atau orang ketiga?

Pada pendapat saya, si mati terlalu mengikut perasaan. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Si mati telah melakukan dosa besar kerana membunuh diri. Tapi, siapa kita untuk menghukum kan? Mungkin terlalu berat baginya untuk menghadapi masalah besar seperti ini apa lagi ia berkait rapat dengan masa depan keluarganya. Beliau seharusnya berkongsi dan merujuk kepada orang tuanya atau pun kepada orang yang berilmu agama agar dapat meluahkan masalah dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Kasihan orang tua di kampung yang pada hakikatnya bukan mereka mengharapkan menunggu jenazah sampai ke rumah. Si isteri juga seharusnya taat pada suami dan menjalankan tanggungjawabnya asalkan tidak bertentangan dengan agama. Banyak lagi jalan penyelesaian terbaik yang boleh dilakukan daripada mencari orang ke 3 dalam perhubungan suami isteri. Begitu juga si suami. Janganlah mencari perempuan luar selain isteri anda yang sememangnya anda tahu ia bakal meruntuhkan rumahtangga anda. Pihak ke 3 ini pula, tidak kisah anda si perempuan atau si lelaki tersebut fikirlah baik-baik sebelum anda melangkah jauh di dalam perhubungan rumahtangga orang lain. Apakah perasaan anda sekiranya anda berada di tempat si mati atau si isteri? Pastinya anda juga tidak menginginkan perkara ini berlaku kan??

Sangat menyedihkan sekiranya ianya berlaku dipihak kita. Apakah pula yang perlu dilakukan?


Rezeki yang halal dan berkat juga menjamin kebahagian keluarga



Ernawati Toba

Thursday, December 11, 2014

Beauty Comes From Within

As salam bloggers...

Sebelum kita mengetahui lebih lanjut pasal kecantikan ni, kita nak tahu dulu apa yang mengakibatkan kerosakan dan menjejaskan kecantikan serta kesihatan sel kulit ni...

Apa itu ANTI-OKSIDANT?

Anti-oksidant adalah agen yang meneutral kesan oksida daripada radikal bebas, iaitu molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kering tidak bermaya, garis halus dan kedut.

Apa pula RADIKAL BEBAS?


Atom di dalam badan kita akan cuba untuk mengekalkan bilangan elektron dalan kuantiti genap untuk menstabilkan diri. Jika atom mempunyai elekton dalam kuantiti yang ganjil, ia akan 'mencuri' elektron dari atom yang lain untuk menstabilkan diri. Sekiranya kulit anda terdedah kepada fator luaran seperti sinaran UV, pencemaran udara, asao dan sebagainya, badan akan secara automatik menghasilkan radikal bebas dengan sendirinya. Radikal bebas ini merupakan atom bebas yang tidak stabil dan cenderung menyerang atom lain untuk mendapatkan elektron tadi. 1 radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta aom melalui tindakbalas berantai (radical propagation). Jika kandungan radikal bebas ini berlebihan berbanding anti-oksidant dalan badan akan mengakibatkan keadaan iaitu oxidative stress.

Proses pengoksidaan tidak terkawal ini mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kulit berkedut, pembentukan katarak, pengerasan dinding arteri, pengerasan sendi, peningkatan kolesterol LDL, kanser dan lain-lain lagi.





Bagaimana Vitamin E dapat mencantikkan kulit?

1. Ia berfungsi meneutralkan radikal bebas dan mengelak daripada terjadinya kerosakan selular. 
2. Ia adalah anti-oksidant yang kuat. TETAPI, ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita.
3. Diperolehi daripada pemakanan seharian dan suplemen Vitamin E
4. Ia boleh membantu mengelakkan pramatang penuaan pramatang kulit dan kerosakan DNA kita.
5. Ia juga mebantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran matahari (sunburn)

Bagaimana Vitamin C mencantikkan kulit?

1. Ia adalah anti-oksidant yang hebat untuk melawan penuaan sel kulit
2. Ia penting untuk menggalakkan pembentukan kolagen iaitu sejenis protein untuk menegangkan kulit dan merawat bintik hitam, jeragat dan tona kulit tidak sekata.

Bagaimana Vitamin A (Carotomax) mencantikkan kulit?

1. Ia memelihara kulit sihat, cantik dan awet muda.
2. Kekurangan Vitamin A menyebabkan masalah kulit bersisik, kering dan berjeragat.
3. Ia membantu memulihkan tisu yang rosak dan menggalakkan pembentukan kulit baru dan sihat.
4. Pesakit PSORIASIS sangat memerlukan Vitamin A.

PSORIASIS


Psoriasis sebenarnya adalah keaddaan di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja.

Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.

Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah.

5. Jika VITAMIN A berlebihan diambil boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini. PASTIKAN anda mengambil Vitamin A dalam bentuk beta-carotene kerana ia hanya akan diaktifkan apabila badan kekurangan Vitamin A. Badan kita akan sentiasa mendapat bekalan Vitamin A apabila diperlukan.

Bagaimana B Complex dapat mencantikkan kulit?

1. B Complex membantu mengekalkan kelembapan kulit
2. Membantu mengurangkan kedutan kulit
3. Membantu menghilangkan garis-garis halus pada kulit
4. Membantu menghilangkan stress yang boleh menyebabkan kulit berkedut dan nampak cepat tua.

Klik link: Set Kesihatan dan Kecantikan Kulit

Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews