Thursday, December 11, 2014

Beauty Comes From Within

As salam bloggers...

Sebelum kita mengetahui lebih lanjut pasal kecantikan ni, kita nak tahu dulu apa yang mengakibatkan kerosakan dan menjejaskan kecantikan serta kesihatan sel kulit ni...

Apa itu ANTI-OKSIDANT?

Anti-oksidant adalah agen yang meneutral kesan oksida daripada radikal bebas, iaitu molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kering tidak bermaya, garis halus dan kedut.

Apa pula RADIKAL BEBAS?


Atom di dalam badan kita akan cuba untuk mengekalkan bilangan elektron dalan kuantiti genap untuk menstabilkan diri. Jika atom mempunyai elekton dalam kuantiti yang ganjil, ia akan 'mencuri' elektron dari atom yang lain untuk menstabilkan diri. Sekiranya kulit anda terdedah kepada fator luaran seperti sinaran UV, pencemaran udara, asao dan sebagainya, badan akan secara automatik menghasilkan radikal bebas dengan sendirinya. Radikal bebas ini merupakan atom bebas yang tidak stabil dan cenderung menyerang atom lain untuk mendapatkan elektron tadi. 1 radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta aom melalui tindakbalas berantai (radical propagation). Jika kandungan radikal bebas ini berlebihan berbanding anti-oksidant dalan badan akan mengakibatkan keadaan iaitu oxidative stress.

Proses pengoksidaan tidak terkawal ini mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kulit berkedut, pembentukan katarak, pengerasan dinding arteri, pengerasan sendi, peningkatan kolesterol LDL, kanser dan lain-lain lagi.





Bagaimana Vitamin E dapat mencantikkan kulit?

1. Ia berfungsi meneutralkan radikal bebas dan mengelak daripada terjadinya kerosakan selular. 
2. Ia adalah anti-oksidant yang kuat. TETAPI, ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita.
3. Diperolehi daripada pemakanan seharian dan suplemen Vitamin E
4. Ia boleh membantu mengelakkan pramatang penuaan pramatang kulit dan kerosakan DNA kita.
5. Ia juga mebantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran matahari (sunburn)

Bagaimana Vitamin C mencantikkan kulit?

1. Ia adalah anti-oksidant yang hebat untuk melawan penuaan sel kulit
2. Ia penting untuk menggalakkan pembentukan kolagen iaitu sejenis protein untuk menegangkan kulit dan merawat bintik hitam, jeragat dan tona kulit tidak sekata.

Bagaimana Vitamin A (Carotomax) mencantikkan kulit?

1. Ia memelihara kulit sihat, cantik dan awet muda.
2. Kekurangan Vitamin A menyebabkan masalah kulit bersisik, kering dan berjeragat.
3. Ia membantu memulihkan tisu yang rosak dan menggalakkan pembentukan kulit baru dan sihat.
4. Pesakit PSORIASIS sangat memerlukan Vitamin A.

PSORIASIS


Psoriasis sebenarnya adalah keaddaan di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja.

Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.

Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah.

5. Jika VITAMIN A berlebihan diambil boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini. PASTIKAN anda mengambil Vitamin A dalam bentuk beta-carotene kerana ia hanya akan diaktifkan apabila badan kekurangan Vitamin A. Badan kita akan sentiasa mendapat bekalan Vitamin A apabila diperlukan.

Bagaimana B Complex dapat mencantikkan kulit?

1. B Complex membantu mengekalkan kelembapan kulit
2. Membantu mengurangkan kedutan kulit
3. Membantu menghilangkan garis-garis halus pada kulit
4. Membantu menghilangkan stress yang boleh menyebabkan kulit berkedut dan nampak cepat tua.

Klik link: Set Kesihatan dan Kecantikan Kulit

Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews