Tuesday, December 16, 2014

Kolagen Protein Utama Menyokong Tisu Badan

As salam dan selamat malam bloggers..

Selalu bila sebut pasal kolagen mesti nak kaitkan dengan kecantikan dan kegebuaan kan? Tahukah anda tisu badan yang kian merosot dipengaruhi oleh kolagen pada tubuh badan kita. Meningkatnya usia tahap kolagen juga akan merosot. Sebab inilah, kulit menjadi kendur, sakit tuland dan rawan kian bertambah. Sekitar 30% keseluruhan protein dalam badan adalah kolagen. Ia adalah protein UTAMA menyokong tisu badan manusia. Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  gigi,  hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. Tengok macam ni pun, kita dah tahu kolagen memang sangat penting pada tubuh badan manusia.

Info penting!!

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Kita lihat pula terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I     : terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

  • Kolagen II   : tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

  • Kolagen III  : reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

  • Kolagen IV : membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

  • Kolagen V : permukaan sel, rambut dan uri.

Apa jadi bila kolagen berterusan dibekalkan kepada badan?:

  • kulit maintain anjal dan tegang
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

Apa yang anda dapat bila mencuba Collagen Shaklee Powder?
    • Collagen Powder Shaklee mengandungi 400mg proprietari RSS collagen
    • Collagen Powder Shaklee mengandungi kolagen yang tulen, berkualiti tinggi dan diektrak dari sisik ikan merah (ikan merah adalah sumber collagen terbaik kerana daya ketahanannya)
    • Dalam Collagen Powder Shaklee, molekulnya ringan untuk memudahkan diserap oleh badan bagi kesan yang cepat dan hebat
    • Collagen Powder Shaklee mengandungi 7 bahan tambahan termasuk Vitamin B dan C yang menyokong kecantikan dalaman dan luaran anda

Manfaat SCP






Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews