Semalam dengar khabar dari kakak ipar saya, seorang polis lelaki telah membunuh diri dengan menggunakan pistol Walter P99 . Pada awalnya, beliau telah bergaduh dengan isterinya di rumah ibu mentuanya. Beliau telah disahkan meninggal dunia di rumahnya di mana isteri dan anak perempuannya ada pada masa itu.
Dikatakan setelah beliau balik daripada menjalankan rondaan pada malam kejadian, beliau terus balik ke rumah dan diberitahu beliau sembahyang terlebih dahulu sebelum menembak kepalanya dan rebah di tempat sembahyang. Beliau sering bergaduh dengan isterinya disebabkan perasaan cemburu di antara satu sama lain. Jenazah dibawa balik ke Perak untuk disemadikan.
Apa pendapat anda mengenai kejadian seperti ini? Siapa yang harus dipersalahkan?
Adakah si mati? si isteri? atau orang ketiga?
Pada pendapat saya, si mati terlalu mengikut perasaan. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Si mati telah melakukan dosa besar kerana membunuh diri. Tapi, siapa kita untuk menghukum kan? Mungkin terlalu berat baginya untuk menghadapi masalah besar seperti ini apa lagi ia berkait rapat dengan masa depan keluarganya. Beliau seharusnya berkongsi dan merujuk kepada orang tuanya atau pun kepada orang yang berilmu agama agar dapat meluahkan masalah dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Kasihan orang tua di kampung yang pada hakikatnya bukan mereka mengharapkan menunggu jenazah sampai ke rumah. Si isteri juga seharusnya taat pada suami dan menjalankan tanggungjawabnya asalkan tidak bertentangan dengan agama. Banyak lagi jalan penyelesaian terbaik yang boleh dilakukan daripada mencari orang ke 3 dalam perhubungan suami isteri. Begitu juga si suami. Janganlah mencari perempuan luar selain isteri anda yang sememangnya anda tahu ia bakal meruntuhkan rumahtangga anda. Pihak ke 3 ini pula, tidak kisah anda si perempuan atau si lelaki tersebut fikirlah baik-baik sebelum anda melangkah jauh di dalam perhubungan rumahtangga orang lain. Apakah perasaan anda sekiranya anda berada di tempat si mati atau si isteri? Pastinya anda juga tidak menginginkan perkara ini berlaku kan??
Sangat menyedihkan sekiranya ianya berlaku dipihak kita. Apakah pula yang perlu dilakukan?
Rezeki yang halal dan berkat juga menjamin kebahagian keluarga
Ernawati Toba
No comments:
Post a Comment