Saturday, February 18, 2017

Menantu Idaman Isteri diSayang

As salam dan selamat pagi uollss..

Pagi- pagi ni terdetik nak share dan bincangkan macam mana nak jadi menantu pilihan mentua. Sesungguhnya hubungan kekeluargaan yang baik sangat mempengaruhi corak kehidupan kita seharian. Ibu bapa pasangan kita juga merupakan ibu bapa kita sejak mula kita bernikah dengan pasangan kita.


Bagi yang baru nak mendirikan rumah tangga mesti berdebar-debar dan terfikir macam mana nak biasakan diri dengan keluarga pasangan kita nanti kan? So, let share and learn some tips below:

1) Sentiasa berfikir positif

Bayangkan keluarga atau ibu bapa pasangan kita adalah seperti ibu bapa kita sendiri. Ini penting agar kita akan lebih berasa diterima dan tidak asing dalam keluarga pasangan kita tersebut. Beramah mesralah dan belajar untuk memahami apa yang disukai atau tidak disukai oleh mentua kita. Jangan takut untuk melakukan sesuatu yang baik untuk mentua kita sebab fikiran positif memberi kesan dan tindakan yang positif.

2) Sentiasa Memahami dan Peka

Menghormati privasi dan mahu untuk menerima nasihat daripada mentua kita akan menjadikan mereka rasa labih dihargai. Setiap pendapat mentua kita sesungguhnya tiada lain untuk kebaikan anaknya dan pekalah terhadap apa jua yang disukai atau tidak. Contohnya, hal selera makanan, selera pakaian malah aktiviti hariannya. In Shaa Allah mentua akan mengingati dan rasa kepedulian kita terhadap mereka.

3) Melayani dan Temukan Kesamaan

Macam mana nak layan mentua walaupun kita tidak duduk sembumbung? Pada hari-hari cuti, datanglah membantu hal-hal kerja rumah, bersihkan kawasan rumah, menemani untuk berbelanja dan rawatlah mereka semasa sakit. Hal positif inilah yang akan menjadikan mentua kita akan mengasihi kita dan pasangan kita akan lebih menyayangi kita. Cari persamaan minat anda dengan mentua mungkin berkebun, bisnes atau pun minat yang lain. Pengalaman yang dimiliki mentua anda dapat anda manfaatkan untuk masa depan anda sekeluarga.

4) Komunikasi yang Baik

Sesungguhnya komunikasi yang baik sangat penting dalam hal-hal kekeluargaan. Menantu yang mempunyai komunikasi yang baik dengan mentua akan meningkatkan lagi keakraban dan kemesraan. Mintalah pendapat mentua sekiranya pasangan anda mengalami kesukaran yang kita tidak dapat atasi. Diskusikan hal-hal kekeluargaan kerana ada hal-hal yang mentua kita lagi tahu mengenai pasangan kita. In Shaa Allah kita akan rasa lebih dekat dan saling penduli. Hal sukar menjadi mudah kerana masalah dapat diselesaikan bersama-sama. In Shaa Allah.

Okay..sampai sini sharing saya. Ni pun, ambik kira isu-isu yang berlaku disekeliling kita dan ilmu-ilmu bermanfaat untuk jadi pedoman bersama.

Terima Kasih,

Erna

1 comment:

  1. Nice sharing...moga menjadi menantu baik perempuan atau lelaki yang baik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews