As salamualaikum dan selamat pagi...
Sangat penting bagi kita untuk mengetahui apakah kategori vitamin yang kita makan bagi memudahkan penyerapan dalam badan. Ini disebabkan ramai yang mengeluh kerana perubahan yang lambat walaupun setelah beberapa bulan mengambil suplemen atau vitamin. Walaupun selalu dicadangkan untuk mengambil vitamin/suplemen just before sleep kerana pada masa ini badan dalam keadaan rehat dan penyerapan adalah optimum. Namun, tidak semua dapat mengambil vitamin pada masa tersebut. Di sinilah penjadualan pengambilan vitamin/suplemen perlu kita buat.
Jenis vitamin
|
Fungsi
|
Larut dalam
lemak :
Vitamin A |
Menggalakkan
pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit
serta mengelakkan rabun.
|
Pertumbuhan normal,
meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan
penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
|
|
Sangat penting untuk
mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada
rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan
struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida,
vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan
penuaan.
|
|
Bagus untuk mereka
yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh
baru dan menyembuhkan jahitan.
|
|
Larut dalam air:
Vitamin C |
Membantu
mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat
besi, membentuk tulang dan gigi.
|
Vitamin B (B1,
B2, B3, B5, B6, B12)
|
Membantu pertumbuhan
dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan
membantu proses metabolisma.
|
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) :
-Larut dalam air
-Terdiri dari Vitamin C, vitamin B
-Biasanya tdk disimpan dalam tubuh
dan dikeluarkan melalui urin dalam jumlah kecil
-Banyak hilang dalam proses
pemasakan
-Membantu dlm metabolisme energi
>Pengambilan bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan
berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K)
- Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.
- Pengambilan selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
OSTEMATRIX (Kalsium)
> Pengambilan bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
No comments:
Post a Comment