Monday, November 24, 2014

Apa itu Penyakit G6PD?

As salam dan salam 1 Malaysia...



Tahukah kita bahawa dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah penyakit G6PD. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X dan masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki manakala perempuan adalah pembawa.



Kenali terlebih dahulu apa itu G6PD?
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.
Biasanya, ujian darah dijalankan sebaik sahaja kelahiran bayi adalah perkara yang telah diamalkan sejak dulu lagi di negara kita. Ini adalah bertujuan untuk menguji tahap penyakit G6PD ini.

Jaundis (kuning) pada bayi dan G6PD?

Antara masalah yang mungkin timbul pada bayi baru lahir adalah jaundis. Kekurangan enzim itu akan menyebabkan sel darah merah bayi mudah pecah. Hemolisis yang tinggi menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.

Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah. Tanda-tanda jaundis juga boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.

                                                                   Rawatan fototerapi
Tanda-Tanda Sel darah merah pecah (Hemolisis) – kekurangan darah:
  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada
Apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda mengesan G6PD?
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.
Langkah-langkah Pencegahan:
1.   Jauhi kanak-kanak dan dewasa yang kekurangan enzim G6PD daripada ubat-ubatan tertentu
2.   Elakkan makan kacang parang (Fava beans, soya dan kekacang)
3.   Elakkan menggunakan ubat gegat pada pakaian
4.   Ibu elakkan ubat-ubatan tertentu dan teruskan penyusuan bayi yang kekurangan enzim G6PD
5.   Elakkan jangkitan kuman
6.   Maklumkan kepada doktor untuk dapatkan nasihat mengenai kesesuaian ubat yang anda ambik sekiranya anda/anak anda menghidap kekurangan enzim G6PD.






Kacang parang
Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis
Makanan dan herba yang perlu dielakkan
Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik
·         Kacang parang (fava beans)
·         Ubat China

  • Chuen Lin
  • San Chi
  • 13 herbs
  • 12 herbs
·         Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)
Bahan lain yang mesti dielakkan
·         Ubat gegat (moth balls)
·         Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang mesti dielakkan
·         Acetanilide
·         Doxorubicin
·         Furazolidene
·         Methylene Blue
·         Nalidixic acid
·         Niridazole
·         Nitrofurantoin
·         Phenozopyridine
·         Primaquine
·         Sulfamethoxazole
·         Bactrim
·          Paracetamol
·         Ascorbic acid
·         Aspirin
·         Chloramphenicol
·         Chloroquine
·         Colchicine
·         Diphenhydramine
·         Isoniazid
·         Phenacetin
·         Phenylbutazone
·         Phenytoin
·         Probenecid
·         Procainamide
·         Pyrimethamine
·         Quinidine
·         Streptomycin
·         Sulfisoxazole
·         Trimethoprim
·         Tripelennamine
·         Vitamin K
·         Mefloquine
(Sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/kekurangan-enzim-g6pd)


Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews