Sunday, November 16, 2014

Lelaki Juga Nak Kulit Sihat

As salam dan selamat pagi..


Siapa kata perempuan saja perlu jaga kecantikan kulit? Hohoho...sekarang ni lelaki lebih mementingkan kecantikan kulit berbanding wanita. Setuju atau tidak itulah realitinya. Kenapa? Faktor persekitaran yang makin hari makin kurang bersih membebaskan radikal dan kesan yang kurang baik pada luaran kita terutamanya pada kulit. Selain itu, pengambilan produk kecantikan seperti pencuci dan pelembap (moisturizer) muka juga memberikan kesan sedikit sebanyak mengikut kesesuaian kulit.  Lelaki pun nak kulit sihat betul tak? 

Menggunakan produk yang sesuai dengan kulit amatlah penting. Kita tak nak kulit yang makin bertambah teruk. Anda kena tahu yang produk baik digunakan oleh kawan kita tidak semestinya sesuai dengan kulit kita. Contohnya, jika muka terasa tegang selepas mencuci muka tidak bermakna kulit kita sangat bersih kerana secara langsung produk tersebut telah membuang kelembapan semulajadi kulit anda. Jika penggunaan berterusan kemungkinan ia akan menjurus kepada masalah kulit yang lain.

Jika kulit kita jenis yang berminyak dan kita mencuci muka berkali-kali setiap hari juga akan menghilangkan kelembapan semulajadi kulit anda. Ia akan mambawa kemudaratan pada kulit kita. Ini menyebabkan badan menghantar "alert" yang kulit kita kering dan signal dihantar untuk memberitahu yang kulit anda perlukan kelembapan. Jika signal ini berterusan, ia boleh menyebabkan kulit anda lebih berminyak dan masalah seperti jerawat akan timbul lebih banyak. Sebaiknya, jika kulit muka anda jenis yang terlalu berminyak pastikan anda mencuci muka tidak lebih 2 kali sehari dan untuk menghilangkan minyak pada muka memadai jika menggunakan air biasa atau lap dengan tisu muka. 

Penggunaan pelembap (moisturizer) sangatlah digalakkan. Ia bertujuan untuk memastikan kulit anda sentiasa segar. Penggunaan pelembap adalah asas untuk melambatkan kulit muka kusam dan berkedut. Jangan dah berkedut baru nak jaga, kemungkinan ia sudah terlambat.


Faktor pemakanan juga memainkan peranan penting. Pengambilan Vitamin C setiap hari sangat penting untuk memastikan anda memiliki kulit yang sihat, cegah dari radikal bebas dan menjaga pertahanan tubuh. Vitamin C yang kita ambik akan hilang setiap hari. Oleh itu, pengambilan Vitamin C 500mg setiap hari seperti yang terkandung dalam Sustained Release Vita C Plus 500mg banyak membantu anda. Ini kerana, pembebasan Vitamin C adalah 100mg setiap jam. Kandungan 500mg vitamin c dapat menampung vitamin c dalam badan anda selama 5 jam setiap hari. Ia lebih baik berbanding Vitamin C yang lain yang dijual di pasaran yang akan hilang dari badan dengan cepatnya. Info lanjut: http://caprierna87.blogspot.com/2014/04/sustained-release-vita-c-plus.html

Apakah pula peranan protin untuk kecantikan? Protin penting dalam pembinaan sel-sel kulit. Ia membantu dalam regenerasi sel kulit agar ianya kelihatan tegang dan awet muda. Tambahan lagi, Protein merupakan unsur utama sel termasuk sel otak, otot, kulit, rambut dan kuku. Info lanjut: http://caprierna87.blogspot.com/2014/01/protein-dan-kesihatan-serta-kecantikan.html

Renungan*****

~Lelaki yang cantik bukanlah hanya pada fizikalnya, tetapi juga pada murni rohaninya
Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews