Kepentingan Protein kepada Kesihatan & Kecantikan
Tahukah anda bahawa selepas air, protein merupakan antara bahan yang banyak terkandung dalam tubuh manusia. Komposisi protein menduduki separuh berat kering (berat tanpa unsur cairan) tubuh manusia. Protein merupakan unsur utama sel termasuk sel otak, otot, kulit, rambut dan kuku.
Protein memainkan peranan penting dalam mengekalkan kecantikan kulit. Ini adalah kerana protein diperlukan bagi regenerasi sel kulit agar ianya kekal tegang dan awet muda. Selain itu, protein juga sangat diperlukan bagi memperbaharui hormon, enzim serta membantu fungsi sistem ketahanan badan. Kepentingan protein tidak terhad kepada perkara-perkara yang saya sebutkan di atas sahaja malah protein turut menjadi antara sumber tenaga yang penting, komponen utama tulang serta jaringan dan cairan tubuh termasuk darah. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa PROTEIN SANGAT PENTING bagi kesihatan tubuh badan.
Kesan kekurangan protein:
Kekurangan protein pada kanak-kanak boleh dikesan melalui pembesaran hati, perut buncit, rambut gugur dan inflamasi kulit. Selain itu, ianya juga dapat mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.
Keletihan, penurunan lemak tubuh, kehabisan tenaga dan mempengaruhi system imunisasi sehingga menyebabkan tubuh mudah diserang penyakit
Selalu merasa cemas dan depresi
Rasa nyeri pada kaki dan tangan, tekanan darah tinggi dan sendi menjadi kaku
Kekurangan protein dalam jangka panjang pula boleh menyebabkan kerosakan fungsi organ tubuh.Tubuh tidak dapat menghasilkan cukup antibiotic bagi melawan penyakit sehingga menyebabkan system kekebalan tubuh badan menjadi lemah
Sumber protein:
Protein boleh didapati dari pelbagai sumber makanan termasuk haiwan dan tumbuhan. Antara sumber makanan yang kaya protein adalah tauhu dan tempe yang berasal dari kacang soya, ikan, kekacang, telur, keju, dadih dan daging. Namun begitu, zat protein hanya boleh bertahan pada suhu badan dan akan musnah jika di masak atau berada pada suhu tinggi. Jadi apabila kita memasak sumber protein seperti mengoreng ikan pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak zat protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.
Oleh yang demikian, saya amat menggalakkan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) bagi memenuhi keperluan protein anda kerana zat protein yang diperolehi adalah dari sumber terbaik dan berada pada tahap yang optimum.
TESTIMONI
Hubungi:
Ernawati Toba
0146907178/Whatsapp 0138521188
SID883367
No comments:
Post a Comment