Monday, November 17, 2014

Bongkar Rahsia Orang Korea dan Jepun Miliki Kulit Cantik dan Sihat

Agak-agak kenapa orang Korea dan Jepun milki kulit yang cantik? Pastinya perkara yang bermain difikiran kita sebab mereka buat suntikan dan pembedahan plastikkan? Maklumlah teknologi yang negara mereka miliki jauh labih maju dan canggih berbanding negara kita. BUKAN semua menjalani pembedahan plastik ok....:)


Nak tahu lebih terperinci lagi macam mana mereka jaga kulit? 

1. Minum Teh Hijau
Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.


2. Mencuci Muka dengan Pencuci Muka (Cleansing Oil)
Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea seperti Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

3. Menggunakan penyegar Wajah
Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcoholrubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

4. Menggunakan Pelembap Muka
Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

5. Senaman Wajah - "Ma Me Mi Mo Mu"
Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.

6. Urutan Kulit Muka
Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.

7. Gunakan pupur (topeng muka/mask) yang sesuai
Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).


Kalau dah amalkan yang di atas ni, cantiklah kulit seperti wanita Korea dan Jepun..:) INGAT! Kecantikan kulit juga bermula daripada dalaman. Apa yang masuk ke dalam mulut itulah yang menjadikan kita.

Info lanjut:

Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews