Friday, November 7, 2014

Botak Kepala Rambut Gugur!!

Mungkin kita kurang mengambil tahu bahawa setiap zat dan nutrien makanan yang kita ambik seharian juga mempengaruhi kekuatan rambut. Bukan hanya menggunakan shampoo, scalp dan pelembap yang mungkin memerlukan anda berbelanja mahal untuk produk yang terbaik. Hakikatnya, pemakanan penting untuk memberi kesan pada kekuatan rambut kita. 


Pada kebiasaanya, kekurangan protein, zinc dan vitamin B mempengaruhi keguguran rambut sehingga ada yang mengalami botak di bahagian-bahagian kecil kepala. Sekiranya anda perempuan dan lelaki yang menitikberatkan imej dan penampilan pastinya ia boleh memberi kesan pada diri.. Mungkin anda akan malu untuk bertemu rakan-rakan malah kemungkinan ia mengganggu emosi dan tekanan diri.

Mari kita lihat KEPENTINGAN zat dan vitamin untuk KEKUATAN RAMBUT:

1. PROTEIN (Energizing Soy Protein)


Kekurangan protein dalam badan adalah antara punca rambut tak sihat, gugur dan rapuh, kerana rambut dibuat daripada protein! Tapi banyak mana protein yang kita perlukan dalam sehari? Bergantung sebenarnya kepada peratus lemak dalam badan, berat badan dan aktiviti fizikal seharian kita. lebih banyak aktiviti fizikal, lebih banyak protein diperlukan dalam diet harian, bagi membolehkan protein memperbaiki dan membentuk otot badan. dan lebih banyak protein diperlukan untuk ibu hamil atau mereka yang terdedah kepada radiasi, mereka yang mudah dapat jangkitan penyakit. antibodi yang kita perlukan untuk melawan penyakit dibuat daripada protein. sebab tu kita perlu jumlah yang cukup untuk keperluan harian dan badan kita.



2. ZINC COMPLEX




Kekurangan zinc (dan mineral lain) berkait dengan keguguran rambut kerana ia boleh menyebabkan helaian rambut menjadi lemah dan lambat untuk tumbuh semula. apabila kita ada zinc yang cukup, ia membantu mempercepatkan pembentukan semula sel, pembinaan tisu dan pembaikan semual tisu yang rosak. zinc juga penting untuk maintain pengeluaran minyak di kelenjar yang melekat pada folllicle rambut, jadi rambut jadi lebih kuat.



3. B COMPLEX



Biotin dalam b-complex adalah sumber yg paling penting bagi pertumbuhan semula rambut. Bagaimana b-complex membantu masalah keguguran rambut? Pengambilan b-complex memastikan pengumpulan kolestrol pada kulit kepala dapat dikawal, memperbaiki aliran darah ke kulit kepala, menggalakkan pertumbuhan rambut, melindungi rambut dan kulit kepala kepada radikal-radikal bebas yg merosakkan, melebatkan rambut dan menyihatkan rambut supaya ia bersinar dan tidak rapuh


Untuk kesan yang lebih baik boleh mencuba SET PENJAGAAN RAMBUT PROSANTE dari Shaklee

Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews