Cuba kita lihat terlebih dahulu apa kandungan rokok yang akan memudaratkan kesihatan anda? Beribu-ribu bahan kimia dan toksik di dalam asap rokok.
Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai:
Bahan kimia dalam rokok
|
Sumber bahan kimia
|
---|---|
Metanol | Bahan Api |
Nitrobenzena | Gasolin |
Karbon Monoksida | Asap kereta |
Butana | Cecair pemetik api |
Raksa | Logam dalam jangka suhu |
Vinil Klorida | Bahan utama plastik |
Toulena | Pelarut industri |
Ammonia | Pencuci lantai |
Arsenik | Racun tikus |
Kadmium | Bahan utama bateri alkali |
Stearik | Bahan utama dalam lilin |
Sianida | Racun berbisa |
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
- 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
- Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
- Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
- 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
- Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
- Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
ASAP ROKOK MENGANCAM KANAK-KANAK
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Kesan asap rokok pada kanak-kanak:
1) Cenderung mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
2) Anak terpengaruh dengan tabiat merokok adalah normal
3) Daya fikiran lembap
ROKOK MENYEBABKAN MATI PUCUK
- Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
- Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
- Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
- Kualiti sperma anda akan terganggu.
- Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
MEROKOK - HUBUNGAN SEKS TERGANGGU
- Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
- Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
- Selamatkan diri anda dari mati pucuk
- Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
- Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
Merokok Mengakibatkan Strok
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
Merokok Mengakibatkan Strok
- Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
- Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
- Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
- Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
- Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.
Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.
Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.
Berhenti Merokok!!!
- Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
- Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
- Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
- Luahkannya dengan cara positif.
- Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Apa pula merokok menurut pandangan ulama':
Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar juga telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
No comments:
Post a Comment