Tuesday, November 18, 2014

Rahim Jatuh dan Keguguran

Rahimperanakan atau uterus (daripada "uterus" bahasa Latin) ialah organ seks pembiakbakaan betina atau perempuan yang bertindak balas terhadap hormon utama kebanyakan mamalia termasuk manusia.


1: tiub Fallopio, 2: pundi kencing, 3: tulang pubis, 4: titik g, 5: kelentit, 6: salur kencing, 7: faraj, 8: ovari, 9: kolon sigmoid, 10: rahim, 11: forniks, 12: serviks, 13: rektum, 14: dubur

Rahim juga adalah organ penting di mana janin akan membesar sebelum dilahirkan. Tetapi ramai yang mengalami masalah rahim lemah, peranakan jatuh samada yang belum berkahwin, sedang merancang untuk hamil, keguguran berulang kali ataupun selepas proses bersalin.

Rahim lemah ataupun peranakan jatuh dikategorikan pada beberapa tahap iaitu:

Tahap 1: Rahim jatuh sikit pada vagina
Tahap 2: Pintu rahim jatuh hingga ternampak pada permukaan faraj
Tahap 3: Rahim terkeluar daripada permukaan faraj
Tahap 4: Keseluruhan rahim memang terkeluar. 
                Keadaan ini juga dipanggil procidentia
                Ini adalah disebabkan oleh kelemahan dalam semua otot sokongan.

Faktor-faktor terjadinya rahim lemah ini antaranya adalah:

1. Kerap mengangkat bebanan berat yang tidak mampu diangkat oleh badan.
2. Berat badan yang berlebihan yang tidak mampu ditampung oleh badan.
3. Faktor kelahiran terdahulu iaitu proses bersalin yang normal 
    menyebabkan otot-otot, ligament hilang keupayaan untuk memegang 
    rahim ataupun lantai pelvic.
4. Mempunyai sembelit (iaitu terlalu meneran apabila membuang air besar) 
    ataupun batuk kronik (asma dan bronchitis) yang mana memberi 
    tekanan tinggi pada abdomen.
5. Faktor usia seiring dengan penurunan paras hormon estrogen secara 
    semulajadi menyebabkan menopaus. 

Pencegahan
  • Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera
  • Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang
  • Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air
  • Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
  • Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
  • Sekiranya berlaku jatuh rahim maka, anda sepatutnya segera berjumpa doktor atau pakar sakit puan untuk rujukan dan saranan yang betul.
  • Amalkan makanan tambahan/vitamin semulajadi iaitu ESP, Alfalfa Complex dan Vitamin E Complex Shaklee untuk membantu menguatkan rahim anda. Jika anda telah disahkan mengandung jadi ESP sahaja yang sesuai untuk ibu mengandung. Jika anda merancang untuk hamil boleh ambil ESP, Alfalfa Complex dan Vitamin E untuk membantu menguatkan otot-otot pelvic dan ligament di sekitar rahim.

Doa untuk panduan ibu hamil:

Maksudnya: 
Ya Allah, Tuhan yang mengenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap. Genggamlah janin yang ada di rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir dengan baik dan selamat.
Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews