Ada terbaca pasal kafein ni...ni nak share...:)
Apakah sifat kafein?
Sifat kafein yang merangsang dan diuretik mengakibatkan kenaikan tekanan darah dan kadar pergerakan jantung serta kekerapan untuk kencing.
Majoriti dikalangan kita ni bila sebut kafein akan teringat kopi sajakan? Ternyata hal ini salah. Orang yang terlalu banyak bekerja dan kurang tidur dapat menggunakan kafein sebagai pemberi energi/tenaga dan tidak mengantuk. 250 miligram kafein per hari dapat membuat otak tetap terjaga, meningkatkan konsentrasi dan mengurangi stress.
Seperti saya sebelum ini adalah penggemar kopi 3 in 1. Tidak sah kalau sehari saya tidak minum kopi. Hal ini buat saya ketagih. Tapi, setelah beberapa pembacaan saya dapati meminum kopi 3 in 1 adalah tidak baik dan membahayakan tulang, lalu saya berhenti mengambilnya. Antara kesan awal yang saya rasa, setiap pagi tangan saya akan rasa sedikit menggeletar walau apa pun yang saya pegang. Rasa mengantuk dan badan jadi lesu. Tapi, setelah beberapa lama keadaan badan saya kembali normal dan saya kini tidak lagi memerlukan minuman kafein ini. Kalau saya ambik pun mungkin sekali dalam seminggu. It's ok la tu kan...:)
Oleh yang demikian, kita seharusnya memerhatikan pengambilan kafein agar tidak menimbulkan ketagihan. Anda mungkin sudah mengurangkan jumlah kopi dan teh yang anda ambik, tetapi tahukah bahawa ada beberapa jenis makanan dan minuman lain yang ternyata mengandungi kafein?
Jumlah kafein dalam secawan kopi dan teh berbeza-beza bergantung kepada sama ada kopi itu ditumbuk atau daun teh itu direndam atau adakah ia kopi atau teh segera. Ia juga bergantung kepada kepekatannya. Kola dan minuman-minuman lain juga berbeza kandungan kafeinnya. Senarai di bawah untuk mengetahui purata jumlah kafein dalam beberapa jenis makanan dan minuman. Anda mungkin terkejut bagaimana mudahnya anda boleh mendapat kafein dalam dos tinggi.
- 1 cawan besar kopi segera = 100mg
- 1 cawan kecil kopi segera = 75mg
- 1 cawan kecil kopi dibru = 100mg
- 1 cawan kecil teh = 50g
- 1 tin minuman kola = 40mg
- 1 tin minuman tenaga = 80mg
- 1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg
- 1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg
Berikut di antara jenis-jenis sumber kafein yang perlu kita ketahui seperti dinyatakan dalam majalah health, Rabu (11/4/2012) antara lain:
1. Minuman Bersoda
Cola dan minuman bersoda memang mengandungi kafein. Minuman jeruk yang bersoda ternyata memiliki kandungan kafein yang besar iaitu sebanyak 41 miligram.
2. Coklat
Kafein ditemukan secara alami dalam biji kakao, sehingga coklat apapun memiliki kandungan kafein. Permen coklat umumnya mengandung kafein kurang dari 10 miligram, tetapi semakin gelap coklat, semakin tinggi kandungan kafeinnya.
Produk coklat diperkaya dengan kafein tambahan yang memiliki kandungan kafein sampai 60 miligram, hampir sama dengan kafein dalam secawan teh.
Produk coklat diperkaya dengan kafein tambahan yang memiliki kandungan kafein sampai 60 miligram, hampir sama dengan kafein dalam secawan teh.
3. Ais krim
Banyak aiskrim memiliki rasa kopi dan coklat yang mengandung antara 30 dan 45 miligram kafein yang hampir sama dengan 1 tin minuman bersoda.
4. Pil penurun berat badan
Kafein memang tidak berpengaruh dalam usaha menurunkan berat badan anda. Tetapi pil diet umumnya mengandungi kafein dalam jumlah yang besar.
Pada tahun 2005, Consumer Lab melakukan analisa terhadap dos harian ubat diet jenis Zantrex-3 sebanyak 1.223 miligram mengandungi kafein hampir sama dengan kafein pada 12 cawan kopi.
Pada tahun 2005, Consumer Lab melakukan analisa terhadap dos harian ubat diet jenis Zantrex-3 sebanyak 1.223 miligram mengandungi kafein hampir sama dengan kafein pada 12 cawan kopi.
5. Pil penahan sakit
Sedikit kafein dapat mengurangkan sakit kepala, tapi kafein dalam jumlah besar akan berbahaya. Pil penahan sakit menggunakan kafein dalam jumlah besar untuk meringankan rasa sakit.
Untuk menggunakan pil ini, sebaiknya baca kandungan dan arahan pada ubatan terlebih dahulu. Dua tablet Excedrin, pil penahan sakit migrain memiliki 130 miligram kafein sama dengan secawan kopi.
Untuk menggunakan pil ini, sebaiknya baca kandungan dan arahan pada ubatan terlebih dahulu. Dua tablet Excedrin, pil penahan sakit migrain memiliki 130 miligram kafein sama dengan secawan kopi.
6. Minuman penambah tenaga
Beberapa minuman penambah tenaga dalam tin mengandung kafein sama banyaknya secawan kopi.
7. Penyegar nafas
Dua potong tablet penyegar nafas mengandung kafein yang sama dengan secawan kopi.
8. Kuaci
Kuaci dari biji bunga matahari mengandungi folat, vitamin B6, dan vitamin E. Tapi satu bungkus kuaci mengandungi 140 miligram kafein, kurang lebih sama dengan empat tin minuman bersoda.
Adakah saya perlu berhenti mengambil kafein memandangkan kini saya hamil?
Tidak perlu berhenti mengambil kafein, tetapi anda mungkin mahu mengurangkannya. Jika anda mengambil terlalu banyak kafein, bayi anda mungkin lahir kecil daripada sepatutnya. Bayi yang dilahirkan kecil berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan ketika dilahirkan dan hari-hari seterusnya. Ada juga kemungkinan bahawa tahap kafein yang tinggi boleh menyebabkan keguguran. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang sedikit pun mungkin mempunyai kaitan dengan keguguran.
Pakar mencadangkan wanita hamil mengambil tidak lebih daripada 200mg kafein sehari. Ini bersamaan dengan dua cawan besar kopi atau empat cawan kecil teh atau lima tin minuman kola sehari.
Apakah kesan sebenar kafein pada badan kita?
Kafein ialah sejenis stimulan. Ia meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme, dan ini boleh menjejaskan bayi anda yang sedang berkembang. Walaupun begitu, sedikit stress pada bayi, seperti apa yang bayi anda rasakan selepas anda minum secawan kopi, tidak membahayakannya. Ia serupa dengan apa yang berlaku apabila anda meluru masuk ke dalam bas, satu lagi situasi yang meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme seketika.
Sesiapa yang kerap minum kopi tahu bahawa mereka boleh jadi ketagih dan jika terlalu banyak boleh menyebabkan insomnia, keresahan dan sakit kepala. Ia juga bersifat diuretik membuatkan anda perlu sering membuang air dan ini boleh menyebabkan badan anda kehilangan air dan cecair lain yang kesemuanya perlu untuk mengekalkan kesihatan anda semasa hamil.
Teh dan kopi juga boleh menjejaskan keupayaan badan menyerap zat besi jika anda meminumnya semasa makan atau dalam masa sejam selepas waktu makan.
Sebagai jalan selamat, saya ingin berhenti mengambil kafein. Ada tip-tip tertentu?
Anda mungkin dapati deria rasa anda yang akan membantu. Ramai wanita mendapati keinginan untuk minum secawan kopi terhenti semasa trimester pertama apabila deria rasa mereka berubah dan loya boleh berlaku.
Selain itu, untuk mengurangkan jumlah kafein dalam minuman panas anda di rumah, rendamnya sebentar sahaja. Jika anda gemar minum teh Earl Grey, merendamnya selama satu minit berbanding lima minit mengurangkan jumlah kafein sebanyak separuh. Sesetengah pengeluar teh kini menawarkan teh hitam tanpa kafein atau teh hijau.
Walaupun teh herba biasanya tidak mengandungi kafein, pastikan anda membaca senarai bahan-bahan di dalamnya. Anda mungkin mahu mengelakkan jumlah kafein yang tinggi dan juga sesetengah herba dan perasa yang mungkin tidak selamat diambil semasa hamil. (Baca lebih lanjut mengenai herba dan kehamilan.)
Jika anda penggemar kopi atau minuman kola, berhenti mengambil kafein bukan perkara mudah. Untuk meminimakan simptom-simptomnya, yang termasuk sakit kepala, keletihan, lemah badan dan mengantuk, lakukannya secara beransur-ansur. Kurangkan sebanyak setengah cawan setiap hari. Anda juga boleh cuba tukar daripada kopi yang dibru segar kepada kopi segera.
Jika kopi memuaskan keperluan emosi anda, contohnya sebagai masa rehat atau sebagai ritual pagi atau penamat kepada hidangan makanan, anda boleh menukarkannya kepada secawan kopi atau teh tanpa kafein. Jika anda teringinkan minuman kola sejuk, belilah yang tanpa kafein sekali-sekala atau lebih baik lagi, cubalah segelas air mineral dengan sedikit kordial limau.
(http://www.babycenter.com.my/a1052968/kafein-dan-kehamilan-apakah-yang-selamat#ixzz3GSClPNIJ)
No comments:
Post a Comment