Thursday, September 25, 2014

Senyum :)

Assalamualaikum dan selamat petang..

Hari ni rasa agak stress. Tapi, bila ingat semula "kalau tak senyum pasti rasa rugi"..terus rasa nak senyum-senyum ja lepas tu..Hai perasaan gelisah dan stress..shhhuuuuu!. Hilang sedikit duka dan stress..Perasaan lebih bersemangat! Yes, I can do it!


Apakah itu Senyum? 

Senyum? Macam benda merepekkan bila fikir nak cerita pasal SENYUM ni?..Kenapa kita senyum?
 
Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Penting tak senyum ni? Kalau tak selalu senyum, tak lama lagi kedut-kedutlah muka tu..hehe..Nak awet muda, senyumlah selalu...:)..Jom lihat APAKAH HIKMAHNYA SENYUM ni...:-

:) Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah

:)  Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

:) :) Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

:) Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 


Senyum dan Sains

:)  Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

:)  Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

:)  Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
 
:)  Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

:)  Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. 

 
PM kita pun gallakkan kita senyum..so, no worry ya..:)


 “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
 

SO, dah tahu kelebihan senyum tak? Senyum bukan saja baik untuk kesihatan malah baik untuk menjaga silaturrahim.  Ketegangan dalan kerja selalu memberi impak stress pada diri saya. Apa tak nya, nak urus planning, nak urus pekerja lagi, nak urus dokumen lagi...tp, dah set dalam minda "cabaran hanya datang pada orang yang kuat dan bertuah, dan sayalah orang itu"..mesti senyum, tenang dan rileks saja...Apa yang saya buat bila stress:

1) senyum :)
2) tarik nafas panjang dan hembus (3x)
3) pegi buat air panas (kopi, milo atau teh)..minum...santai..
4) kalau lepas sarapan, saya akan ambik B Complex dan Vitamin C
5) fikir semula strategi dan planning terbaik untuk settlekan kerja
6) berbual-bual cerita lawak dengan kawan sekerja..(p/s: jangan pula bawa bos cerita-cerita kelakar..nanti lain pula jadinya..hehe)

Ok. Setakat ni entri petang ni ya..Jangan lupa nak senyum ok :)

Ernawati Toba
0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba


Wednesday, September 24, 2014

Mencapai Matlamat Hidup

Setiap diantara kita punyai matlamat hidup. Mungkin ada juga yang tiada matlamat hidup..hehe..tak boleh jadi begini ok.. Bermanfaatkah hidup kita untuk orang lain? Kita lagi kenal diri kita. Kita tahu apa kelebihan dan kelemahan kita. Kita tahu apa keinginan kita? Nak sihat? kaya? sedekah berapa? masuk syurga?...Sudah semestinya ini semua harapan kita kan...Mari set matlamat hidup kita:


1) Nak hidup nak jadi apa?
2) Nak hidup capai matlamat macam mana?
3) Nak hidup nak kaya macam mana?
4) Nak hidup nak sihat macam mana?
5) Nak hidup nak dapat ilmu macam mana?
6) Nak hidup nak sedekah berapa?
7) Nak hidup nak kenal siapa? Nak komunikasi macam mana?
8) Nak hidup siap sedia untuk akhirat macam mana?

Macam-macam benda bermain dikepala? Inilah manusia..kehidupan sebagai seorang manusia..Tetapi, yang paling utama bagi saya ada kesihatan yang baik, kekayaan dan ilmu untuk hadapi akhirat.

"Tidak disebut kaya kerana banyak hartanya, tetapi yang disebut kaya (yang sebenarnya) adalah kekayaan jiwa" (HR Bukhari)

Nak pelihara kesihatan yang baik, pastikanlah apa jua yang masuk ke dalam mulut adalah yang bersih, selamat dan halal.

Nak kekayaan yang banyak, pastikan banyakkan sedekah dan amal jariah. Senyum pun 1 sedekah, apatah lagi kita bersedekah harta benda..Sedekah RM1 pun dengan seikhlasnya janji Allah pahala bagimu..In Shaa Allah..jangan pula mengungkit apa yang kita sudah beri ya..:)

Nak ilmu yang bermanfaat, kejarlah ilmu. Ilmu pasal apa? Ilmu persediaan menuju akhirat. Ilmu kesihatan, ilmu alam malah ilmu kemanusiaan.

Nak kenali ramai orang, jalinkan silaturrahim..Bertegur sapa dan tahu adab-adab pergaulan.

Saya mencintai perniagaan Shaklee kerana saya mahu sihat,saya mahu tambahkan pendapatan, saya mahu orang ramai juga sihat,orang ramai juga menikmati kekayaan walaupun tidaklah sebanyak yang ada pada orang lain yang lebih senang dan berjaya. Rakan-rakan yang baik dalam susur galur Shaklee sememangnya membantu malah banyak menekankan amal sedekah dan doa walaupun mereka sudah bergelar jutawan. Apakah rahsia? Biarlah segala nikmat kita kongsikan. Nikmat di dunia adalah sementara. Akhirat jualah yang pasti kekal selamanya.

Oh indahnya dunia. Kita saling berusaha, bekerjaya dan berjaya..Tetapi, indah lagi alam syurga. Subhanallah..

Ernawati Toba
0146907178
Shaklee ID 883367


Tuesday, September 23, 2014

Usus Tidak Bersih Menyumbang Masalah Usus

Hari ni kita cerita pasal usus atau ianya dikenali sebagai kolon. Usus kita bersih atau tidak? Tadi terbaca entri kawan-kawan cerita pasal usus ni..kesian usus kita sebab banyak benda nak proses sebelum ianya dibuang dari badan. Nak tahu? 90% penyakit berpunca daripada usus tidak bersih.

Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas menyerap air dan mengasingkan nutrien daripada makanan serta menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis. Penatlah si USUS...bertahun-tahun jalankan tugas dia..


Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, namun ia amat berkaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.  

Kanser Usus sangat berkait rapat apabila usus kita sudah mengalami sakit yang dikira kritikal kesan usus yang kotor setelah sekian lamanya. Ia merupakan kanser ke-3 paling kerap di seluruh dunia. Ia adalah kanser malignan di dinding usus besar yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan berubah menjadi kanser. Tumor boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.

Antara simptom kanser usus :


1) berak berdarah
2) perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis)
3) perut memulas
4) terasa asyik hendak buang air besar
5) perut tidak selesa
6) kembung atau senak
7) muntah
8) hilang selera makan 
9) cepat penat.

Pada keadaan serius pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar. Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, gejala ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik. 


Cukup membimbangkan kita kan? Kita tidak tahu tahap usus kita di tahap ok, selamat atau berbahaya kerana mungkin ada diantara kita yang mengambil ringan simptom-simptom usus seperti di atas. 

Pada wanita, kanser usus kini berada pada tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Bagi kaum Adam pula, inilah kanser paling kerap berlaku dan lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 40 hingga 50 tahun ke atas. (Mymetro-04032013)


Rawatan
1) Pembedahan - barah di usus dan kelenjar limfa di sekelilingnya akan dibuang.
Usus yang tertinggal akan dicantum semula bagi membolehkan pesakit membuang najis secara normal selepas pembedahan. Jika usus tidak boleh dicantum secara keseluruhan, sebahagian daripadanya mungkin dicantum dengan dinding abdomen pesakit yang membentuk laluan najis.

2) Kolonoskopi - memasukkan alat berkamera melalui dubur untuk melihat secara langsung keadaan atau penyakit yang terdapat pada permukaan dalam saluran usus besar. Polip yang bertukar kepada tumor/kanser dan dikesan pada peringkat awal boleh dibuang dengan cara menyedutnya menerusi teknik ini.

3) Kolostomi - pembedahan pembukaan melalui abdomen untuk menyalurkan najis keluar melalui beg yang dipakai pesakit. Biasanya ia berbentuk sementara atau kekal bagi sesetengah kes.

4) Kimoterapi

5) Radioterapi


(Sumber: Mymetro-04032012)

Serius membimbangkan...kena jaga makan..ambik suplemen buang toksin dari badan..

Kesian..bukan ini yang dipinta. Tapi, kena akur dengan Qada' dan Qadar'..hargailah dan jagalah tubuh badan kita dari awal lagi. Sebelum sumbat sesuatu ke dalam mulut ni, kita fikir dahulu.


 


Kita lihat fungsi-fungsi organ dalam badan kita..


Suplemen Herb Lax mengandungi herba Alfalfa semoga dapat membantu masalah sembelit..

Peppermint Ginger Plus membantu penghadaman anda...
Ernawati Toba
0146907178/0138521188
Shaklee ID 883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle With Ernawati Toba
Email: ernawati1901@gmail.com


Monday, September 22, 2014

Makanan Sihat Makanan Sunnah

Kita bercerita pasal makanan sunnah petang ni..Semua kenal makanan sunnah kan? Ada yang senang didapati dan ada pula yang sukar. Hakikatnya, makanan sunnah adalah makanan yang berkhasiat tinggi, semulajadi, selamat dan halal.


Apakah makanan sunnah tu....

1. BARLI
 - Bijirin pertama yg ditanam di Timur Tengah kira2 9000taun ini adalah sumber terbaik serat makanan, protein, karbohidrat kompleks,vitamin dan galian. 

2. KURMA
 - Buah paling popular ketika RAMADHAN ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium,vitamin A, C dan niasin memberi tenaga, mengubati pelbagai penyakit dan baik untuk ibu mengandung dan juga selepas bersalin.

3. ANGGUR
  -Buah ni mengandungi karotene, vitamin C dan B yang bagus untuk kelicinan kulit, antioksidan, dan awet muda..

4. TEMBIKAI
  -Kaya zat pottasium, vitamin B6,tiamin, lemak, sodium dan kalori yang bagus untuk kesihatan, penglihatan, penyembuhan luka,kulit dan kawalan berat badan.

5.MINYAK ZAITUN
  - Digunakan dalam masakkan atau dipercikkan dalam hidangan makanan atau pun disapu terus pada kulit. Bagus untuk kesuburan kulit, dan pelembab semula jadi.

6. SUSU KAMBING
  -  Susu kambing  adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Kerana penghadaman yang baik, utk tulang, kulit dan pelabagi lagi kebaikannya...

7. BUAH DELIMA
  - Buah azimat ini memiliki sumber asid folat dan antioksidan memberi impak semula jadi yang meransang dan meningkatkan kecantikan kulit.

8. KISMIS
  - Agen antioksidan yang bagus juga memelihara kesihatan mata, gigi, dan tulang. jadikanlah snek diwaktu lapang anda.

9. MADU
  - Minumlah sesudu sehari sebagai makanan tambahan kerana kaya vitamin, mineral,antioksidan, dan potasium.

10. HALIA
  -Banyakkan halia dalam masakkan kerana selain membuang angin, ia juga bagus utk kecantikkan kulit dan penurunan berat badan.. 
Kini, kalau nak dapatkan semua makanan sunnah ni agak sukar sedikit disebabkan kesibukan seharian. Kecanggihan teknologi dan pemodenan telah mengeluarkan vitamin-vitamin semulajadi dari Shaklee sebagai makanan tambahan anda seharian dan secara tidak langsung dapat memberikan sumber kepada anda makanan sunnah ini...tak jadi masalahkan? nak dapatkan pun mudah. Tapi, pastikan  suplemen/makanan tambahan yang anda ambil adalah dari sumber semulajadi, selamat, berkualiti dan HALAL.

Antara suplemen Shaklee yang bersumberkan semulajadi..










Sebarang pertanyaan dan pembelian bolehlah menghubungi saya:

 
Ernawati Toba

0146907178/0138521188

Shaklee ID 883367

FB: Ernawati Toba

FB Page: Healthy Lifestyle With Ernawati Toba

Email: ernawati1901@gmail.com

Friday, September 19, 2014

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate

Pernah ambik kisah tak apa kandungan bahan pencuci yang ada di rumah kita? Berbahaya atau tidak pada diri kita, anak-anak dan keluarga? Shaklee memperkenalkan Basic H2 bahan pencuci organik yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, selamat, berkesan dan mesra alam dan menjimatkan.

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

 

Kod Produk:00015 (473ml) 

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!
Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)
 

Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik
Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Periuk belanga
  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
Tingkap dan cermin
  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Lantai
  • 1 sudu besar + 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam
Tahukah Anda?
  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain 


Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Sebarang pertanyaan dan pembelian bolehlah menghubungi saya:
 
Ernawati Toba

0146907178/0138521188

Shaklee ID 883367

FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle With Ernawati Toba
Email: ernawati1901@gmail.com

Saturday, September 13, 2014

Berapa banyak nak minum air putih setiap hari?

Kehilangan air setiap hari melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus menyebabkan kita perlu menyeimbangkan kandungan air dalam badan sama ada minum atau makan makanan yang mengandungi air.


Menurut Dr Robert Young, seorang pengarang buku-buku perubatan alternatif yang menggalakkan pemakanan alkali, mencadangkan bahawa kita harus minum 1 liter air untuk setiap berat badan 50lb atau 22.7kg. Beliau mengukhususkan bahawa air di sini tidak termasuk kopi atau minuman ringan.

Menurut beliau lagi, andaikan berat badan saya 55kg (atau 120 paun), saya perlu mengambil kira-kira 2.4 liter air, setiap hari.
Dan jika kita mengukur 2.4 liter dalam cawan 250ml, maka saya akan perlu minum sekurang-kurangnya 10 cawan air dalam satu hari.

Jadi, bagaimana pula dengan kawan saya yang seberat 100kg (atau 220paun)? Dia kena minum 4.4 liter air? Memang perlu...

Kenapa kita perlu minum air yang banyak jika kita mengamalkan suplemen?


Untuk pengetahuan semua, pil-pil suplemen yang kita makan mengandungi kandungan vitamin dalam dos yang tinggi/pekat. Setelah kita menelan pil suplemen ini, ianya akan berkecai di dalam salur pencernaan kita dan kesemua vitamin-vitamin ini akan berada di dalam salur darah. Jika air yang kita minum adalah sedikit, kandungan darah akan menjadi terlalu pekat dan menyukarkan vitamin untuk diserap oleh sel-sel badan.

Pengambilan suplemen juga membantu untuk membaiki sel-sel badan dan menyingkirkan toksin dari badan. Air yang banyak diperlukan untuk proses pengangkutan toksin-toksin ini keluar dari badan kita. Jika kekurangan air, ianya boleh menyebabkan toksin tetap tersimpan dalam badan dan menyumbang kepada masalah krisis pemulihan (healing crisis).

Jadi, bila ambil suplemen, kita perlulah menambah pengambilan air seharian. Tips untuk pastikan kita boleh minum air sebanyak 3L sehari:
  • Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
  • Sebelum mandi dan sembahyang Subuh, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
  • Pastikan anda minum sekuarng-kurangnya 1 liter sebelum lunch dan 1 liter selepas lunch.
  • Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml
  • Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml
Mudah bukan?...


Sebarang pertanyaan dan pembelian bolehlah menghubungi saya
Ernawati Toba 
0146907178/0138521188
Shaklee ID 883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba


Thursday, September 4, 2014

Collagen Powder Shaklee untuk cantik, sihat dan gebu..Macam kita...;)

Taburan Kolagen dalam tubuh badan kita...




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Begitu banyaknya produk yang menjual kolagen pada hari ini..ada yang berdaftar, ada yang tidak..ada yang murah..ada yang mahal...malah ada yang bertoksik pun tapi masih ramai yang tidak merujuk kepada yang pakar untuk mengetahui lebih lanjut pasal produk yang kita ambik..belanja beribu-ribu ringgit semata-mata nak cantik kan...tapi, terasa ruginya kalau produk kolagen yang kita ambik tidak selamat, tidak berkualiti dan tidak HALAL..

Tahukah kita lapisan kulit kita terbahagi kepada 2 lapisan:
1) Epidermis- iaitu lapisan luar bertindak sebagai " natural barrier" terhadap kerosakan dari persekitaran.
2) Dermis- lapisan dalam yang mengandungi kolagen, fiber elastin (keanjalan) dan fibroblasts yang bertindak menyebabkan kulit jadi gebu dan awet muda. Fibroblast sangat istimewa kerana sel ini yang akan mensintesis kolagen dan elastin.

Apakah faktor penuaan?

1) Intrinsic- kerana keturunan
2) Extrinsic- faktor persekitaran, cth: berjemur dibawah matahari terik dan merokok


Semakin meningkatnya usia, kadar kolagen menjadi kurang dan ini menyebabkan keanjalan dan ketegangan kulit berkurang.

Kadar kolagen yang menurun menyebabkan kadar Asid Hyaluronic akan menurun. Ini akan menyebabkan kelembapan, kelembutan dan keanjalan kulit berkurang. Kulit akan menjadi kering, kendur,  kelopak mata melayut, eye bag dan lain-lain lagi.



Jom kita kenal Shaklee Collagen Powder Shaklee (SCP)

Asal Collagen Powder Shaklee diekstrak daripada haiwan iaitu IKAN SISIK MERAH dari laut dalam. Ia merupakan sumber kolagen lasak dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan. Tidak hairanlah jika ada yang 3 hari dah nampak kesan baiknya..sedangkan jangkaan adalah 8 minggu..superb tak superb..(pilihlah yang terbaik dan berbaloi-baloi...hehe)

 


Apalagi kandungan SCP ni??



Kenapa mesti cuba SCP??

Apa kata mereka...
 

 

Promosi September 2014..
Peluang baik penggemar SCP..BUY 6 FREE 1

Sebarang pertanyaan dan pembelian bolehlah menghubungi saya
Ernawati Toba 
0146907178/0138521188
Shaklee ID 883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews