Tuesday, September 23, 2014

Usus Tidak Bersih Menyumbang Masalah Usus

Hari ni kita cerita pasal usus atau ianya dikenali sebagai kolon. Usus kita bersih atau tidak? Tadi terbaca entri kawan-kawan cerita pasal usus ni..kesian usus kita sebab banyak benda nak proses sebelum ianya dibuang dari badan. Nak tahu? 90% penyakit berpunca daripada usus tidak bersih.

Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas menyerap air dan mengasingkan nutrien daripada makanan serta menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis. Penatlah si USUS...bertahun-tahun jalankan tugas dia..


Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, namun ia amat berkaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.  

Kanser Usus sangat berkait rapat apabila usus kita sudah mengalami sakit yang dikira kritikal kesan usus yang kotor setelah sekian lamanya. Ia merupakan kanser ke-3 paling kerap di seluruh dunia. Ia adalah kanser malignan di dinding usus besar yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan berubah menjadi kanser. Tumor boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.

Antara simptom kanser usus :


1) berak berdarah
2) perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis)
3) perut memulas
4) terasa asyik hendak buang air besar
5) perut tidak selesa
6) kembung atau senak
7) muntah
8) hilang selera makan 
9) cepat penat.

Pada keadaan serius pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar. Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, gejala ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik. 


Cukup membimbangkan kita kan? Kita tidak tahu tahap usus kita di tahap ok, selamat atau berbahaya kerana mungkin ada diantara kita yang mengambil ringan simptom-simptom usus seperti di atas. 

Pada wanita, kanser usus kini berada pada tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Bagi kaum Adam pula, inilah kanser paling kerap berlaku dan lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 40 hingga 50 tahun ke atas. (Mymetro-04032013)


Rawatan
1) Pembedahan - barah di usus dan kelenjar limfa di sekelilingnya akan dibuang.
Usus yang tertinggal akan dicantum semula bagi membolehkan pesakit membuang najis secara normal selepas pembedahan. Jika usus tidak boleh dicantum secara keseluruhan, sebahagian daripadanya mungkin dicantum dengan dinding abdomen pesakit yang membentuk laluan najis.

2) Kolonoskopi - memasukkan alat berkamera melalui dubur untuk melihat secara langsung keadaan atau penyakit yang terdapat pada permukaan dalam saluran usus besar. Polip yang bertukar kepada tumor/kanser dan dikesan pada peringkat awal boleh dibuang dengan cara menyedutnya menerusi teknik ini.

3) Kolostomi - pembedahan pembukaan melalui abdomen untuk menyalurkan najis keluar melalui beg yang dipakai pesakit. Biasanya ia berbentuk sementara atau kekal bagi sesetengah kes.

4) Kimoterapi

5) Radioterapi


(Sumber: Mymetro-04032012)

Serius membimbangkan...kena jaga makan..ambik suplemen buang toksin dari badan..

Kesian..bukan ini yang dipinta. Tapi, kena akur dengan Qada' dan Qadar'..hargailah dan jagalah tubuh badan kita dari awal lagi. Sebelum sumbat sesuatu ke dalam mulut ni, kita fikir dahulu.


 


Kita lihat fungsi-fungsi organ dalam badan kita..


Suplemen Herb Lax mengandungi herba Alfalfa semoga dapat membantu masalah sembelit..

Peppermint Ginger Plus membantu penghadaman anda...
Ernawati Toba
0146907178/0138521188
Shaklee ID 883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle With Ernawati Toba
Email: ernawati1901@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews