Wednesday, February 15, 2017

Bersangka-sangka Penyakit Hati

As salam and good morning everybody 😍😍😍

Kembali bersiaran lagi..Saya nak cerita pasal penyakit hati ni. salah satunya bila kita selalu bersangka-sangka dengan sesuatu sama ada yang sudah berlaku atau pun belum berlaku.

Apabila kita mula bersangka baik, kita akan menjangkakan dan berharap sesuatu kejadian itu dengan penuh tetapi dalam hati biarlah ikhlas untuk menerima apa jua yang berlaku. Kita hanya mampu merancang, Tuhanlah yang menentukan. Bersangka baiklah dengan Allah Tuhan Yang Maha Pencipta sesuatu kejadian, Semuanya sudah tersurat di Lauh Mahfuz..In Shaa Allah Dia akan memakbulkan apa yang kita inginkan.


Apa jadi bila kita selalu bersangka-sangka yang tidak baik? Apabila sesuatu kejadian buruk yang selalu kita fikirkan benar-benar berlaku, mula lah diri kita menyalahkan takdir malah makin teruk lagi kita menyalahkan orang lain dan diri sendiri. Seterunya, semangat kian pudar. Kita mula berputus asa dengan rahmat-Nya. Siapa kita untuk menentukan sesuatu kejadian itu bukan? Berusahalah sempenuh kudrat, berdoalah dan berserahlah kepada-Nya..

Cukup coretan pagi ini.

Ernawati Toba 💖💖💖💖💖💜💜💜

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Google+ Followers

Total Pageviews