Monday, January 11, 2016

Sindrom Prahaid

As salam..

Korang tau tak?

Sindrom Prahaid merupakan diantara masalah yang dihadapi oleh seorang wanita ketika dalam haid. Gejala berulang-ulang yang kompleks berlaku yang membabitkan rasa mual selama 2-3 hari sebelum kedatangan haid atau diakhir tempoh haid yang disebabkan oleh naik turun paras hormon. 


Tetapi, gejalaini adalah berbeza dikalangan wanita tetapi ianya konsisten bagi setiap wanita. Keadaaan Fisiologi, Psikologi dan faktor budaya banyak mempengaruhi keadaan ini. Diantara gejala tersebut:

=> Psikologi - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.
=> Neurologi - sakit kepala (migrain), pening, pitam dan sawan
=> Payudara - ketegangan, bengkak
=> Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula
=> Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)
=> Kurang kencing
=> Kulit berjerawat

Simptom/Gejala:

1. Sakit - kekejangan otot, sakit kepala, sakit payu dara, sakit  belakang dan lesu
2. Pengumpulan cecair - kenaikan berat badan, masalah kulit, sakit payu dara dan pembengkakan
3. Kesan Psikologi - sedih, kesepian, keresahan, tidak selesa, mudah meradang, murung dan tertekan

Rawatan:

Preskripsi ubatan harus bergantung kepada kumpulan gejala di atas serta mengenalpasti tahap gangguan haid

Ubatan :-

NSAIDs -ubatan anti-inflamasi bukan steroid seperti Aspirin, Ibuprofen, Asid Mefenamik yang berkesan untuk mengurangkan pendarahan dan kekejangan. Ia patut diambil 7-10 hari sebelum datang haid untuk kesan maksimum

Asetaminofen - Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan paras Fonadotrofin dan Estradiol

Hormon:-

Pil Konraseptif - menghalang penghasilan hormon lelaki dan merencat reseptor Estrogen dalam Uterus wanita. Ia kerap digunakan untuk mengawalatur tempoh haid termasuk masalah Dismenorea, Amenorea dan Menoragia

Progesteron (sintetik) - Progestin, Medroksiprogesteron, Noretindron, Norgestrel digunakan untuk masalah Menoragia dan mengembalikan masalah haid (tempoh haid tidak teratur) kepada normal.

Analog GnRH (suntikan agen hormon) - Mengurangkan paras hormon Estrogen.

Yang pastinya, tanpa penggunaan ubatan, cuba amalkan pemakanan sihat, senaman, teknik mengurangkan tekanan, kebersihan (penggunaan tuala wanita) dan sokongan sosial.

#shakleelover
#shakleeefct
#sayajualshaklee
0146907178
SID883367


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Google+ Followers

Total Pageviews