As salam bloggers...
Jika kita teliti kembali kenapa anak-anak kita sukar untuk makan apa lagi makanan berkhasiat? Di antara puncanya:
1.SIKAP SUKA MEMILIH MAKANAN
Pada di awal usia setahun anak mula memilih makanan. Terapkan makanan berkhasiat pada anak-anak anda. Tapi, jangan pula memaksa mereka mencuba makanan baru. Beri makanan kegemaran tetapi berkhasiat
2.MEMUJUK ANAK DENGAN MEMBERIKAN MAKANAN TIDAK BERKHASIAT
Selalunya para ibu bapa menjanjikan anak-anak dengan makanan seperti coklat atau gula-gula sekiranya mereka menghabiskan makanan mereka. Akan tetapi, disebaliknya perkara ini akan membuatkan lagi lebih gemar untuk mengambil makanan tidak berkhasiat ini.
3.RUPA MAKANAN YANG DISEDIAKAN TIDAK MENARIK
Selalunya anak-anak lebih gemar makan makanan yang dihiasi dengan warna-warna terang dan menarik perhatian seperti hiasan lobak dan sayur-sayuran yang berwarna-warni.
4.ANAK MAKAN KERANA DIPAKSA
Cuba galakkan anak anda makan dengan lebih banyak dengan memujuk mereka secara lembut TANPA mengungut atau memarahi mereka.
5.BERITAHU 15 MINIT LEBIH AWAL
Cuba beritahu anak anda awal 15 minit supaya anak anda alert tanpa mengganggu masa mereka bermain.
6.MAKANAN YANG SAMA SETIAP HARI
Selalunya anak-anak lebih gemar makan makanan yang dihidangkan berlainan setiap hari. Walaupun masa makan 3 kali sehari, pastikan mereka mengambil nasi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Makanan lain yang boleh dihidangkan seperti biskut 'whole grain', keju, yogurt, epal dan makanan lain yang berkahsiat.
7.MASA MAKAN TETAP
Masa makan yang baik mestilah ditetapkan dan menjadi rutin harian kerana anak-anak sudah biasa dan lebih mudah lapar pada masa yang telah ditetapkan.
8.SUASANA SEMASA MAKAN
Jadikan suasana makan yang gembira untuk memberi semangat kepada anak anda untuk makan lebih banyak dan menghabiskan makanan mereka.
JIKA ANAK ANDA SUKAR MAKAN, ANDA JUGA BOLEH MEMBERIKAN MEREKA MAKANAN TAMBAHAN YANG SEDAP DAN PENUH VITAMIN DAN MINERAL SEPERTI:
Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba