Monday, March 13, 2017

Meningkatkan Kualiti Sperma

As salam semua..

Ramai di antara kita yang mengabaikan kesihatan organ pembiakan lelaki kan? Selalu kita cerita pasal perempuan saja kan...Meh, kita share info mengenai makanan-makanan yang dapat membantu untuk meningkatkan kualiti sperma bagi lelaki :

Image result for bananaPisang 

Mengandungi bromelain, sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nanas. Ia adalah enzim anti-inflamasi semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosteron iaitu hormon seks lelaki. Selain itu, pisang kaya dengan vitamin B1, A dan C yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.


Image result for chocolate
Coklat  

Sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L-arginine, sejenis amino asid yang diperlukan oleh tubuh dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani. Pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma. 

Image result for garlicBawang putih  

Mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.



Image result for pomegranateBuah delima 

Mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani yang menunjukkan sperma kurang berkualiti. 





Daging merah - Mengandungi zat seperti zink yang membantu menghalang radikal bebas dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosteron dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat. Ia juga dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk.


Image result for kacang walnutKacang walnut 

Selain mengandungi arginine, kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah alat sulit lelaki. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.


Image result for spinachBayam 

Terdapat banyak kandungan asid folik dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilkan sperma yang sihat dan tinggi mobilitinya.




Image result for eggTelur 

Dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan membaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, di mana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah alat sulit lelaki.




Image result for waterAir 

Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan meminum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan awak sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara lapan hingga sepuluh gelas air setiap hari.

Kesimpulannya, amat penting bagi lelaki menjaga pemakanan agar dapat memastikan kualiti sperma terbaik dan sihat serta sekaligu dapat memperbaiki hubungan di antara anda dan si isteri.

Supplement/ makanan tambahan yang dicadangkan: Vitamin E Complex, Zinc Complex, b Complex dan Garlic Complex

#bangkitshaklee

Erna 0146907178
Pengedah Sah Shaklee Anda!
SID883367

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews