Tuesday, November 3, 2015

Kanser Prostat Menyerang Lelaki?

As salam..

Korang tau tak?

Lelaki adalah sangat berisiko diserang oleh Kanser Prostat sekiranya pendedahan dan kesedaran awal tidak diambil.

Fungsi prostat?

Ia terletak di hadapan rektum dan di bawah pundi kencing yang menyimpan urin/air kencing. Prostat mengelilingi Uretra iaitu saluran di mana urin dialirkan keluar dari badan.

Apabila usia meningkat, menjadi kebiasaan prostat akan membengkak. Situasi ni kita panggil Pembengkakan Prostat.

Macam mana Prostat Boleh Membengkak?


Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi hal ini adalah penuaan dan testis.


Setiap lelaki akan menghasilkan hormin Testosteron. Hormon dihydrotes-tosterone (DHT) yang berasal daripada testosteron di dalam kalenjar prostat yang boleh menyebabkan prostat membengkak. Apabila.umur meningkat,lelaki akan terus mengeluarkan dan memgumpul paras DHT yang tinggi dalam prostat. Maka, perkara ini akan menggalakkan pertumbuhan sel prostat dan menyebabkan prostat membengkak.


Simptom

Saluran kencing tersumbat menjadikan prostat membengkak malah melibatkan perubahan dalam pembuangan air kencing:

1. Aliran tidak lancar, tersekat-sekat dan perlahan
2. Tidak tertahan kencing dan meleleh atau menitis
3. Kerap kencing terutamanya waktu malam.

Macam mana ia boleh bertambah teruk?

Pembengkakan prostat mungkin tidak mempunyai simptom sehingga seseorang iu mendapat urin akut di mana urin tidak lagi mengalir keluar. Ia mungkin dicetuskan kerana pengambilan selesema atau alergi.

Retensi urin dan tekanan pada pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing, kerosakan pundi kencing atau buah pinggang, batu karang dan inkontinen.

Apabila pundi kencing sudah rosak, rawatan pembengkakan prostat mungkin tidak berkesan lagi.


Rawatan

Kesedaran awal untuk cek itu perlu untuk setiap lelaki.
Jika anda mengalami masalah ini, biasanya doktor akan menasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan jika masalah menjadi mudarat atau menjejaskan kesihatan.

Sebahagian penyelidik melaporkan bahawa rawatan awal mungkin tidak diperlukan kerana simptom-simptom pembengkakan prostat akan hilang tanpa rawatan dalam 1/3 daripada kes-kes ringan. Daripada mendapat rawatan segera, pemeriksaan doktor yang berkala untuk mengesan masalah awal adalah lebih berfaedah.

#kttshaklee
#korangtautakshaklee
caprierna87.blogspot.com
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

IG: Ernawati Toba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews