Monday, November 10, 2014

Tips Mengurangkan Migrain


Bloggers...migrain migrain migrain....sakit kepala!!

Migrain memang selalu saya alami. Selalunya sakit migrain adalah pada bahagian kiri, kanan atau bahagian belakang kepala. Juga boleh merebak ke bahagian mata. Sampai 1 tahap tu, saya langsung tidak dapat bangun disebabkan rasa sakit kepala yang teruk. Kepala akan berasa berat dan berdenyut-denyut. Mungkin anda juga ada yang mengalaminya kan? Pada pendapat saya, pengambilan B Complex sangat membantu saya. Suplemen seperti B Complex dan Ostematrix sangat membantu. Sekarang saya memang mengamalkan pengambilan 2 suplemen ni setiap hari. B complex penting bagi mengurangkan rasa stress disamping membantu menukarkan makanan yang diserap dalam badan kepada tenaga. Anda akan lebih rasa lebih bertenaga untuk lakukan aktiviti seharian. Manakala Ostematrix banyak membantu saya merasai tidur yang baik pada waktu malam disamping membantu menguatkan tulang dan gigi disamping mengurangkan gusi berdarah.

Tanda-tanda migrain:

  • Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata . 
  • Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
  • Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
  • Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
  • Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
  • Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
  • Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .

Jika anda Migrain...HINDARKAN:
  • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .
Faktor pencetus:
Migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus :
  • Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
  • Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
  • Psikologi: Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
  • Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
  • Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid

Rawatan Pencegahan
Rawatan pencegahan adalah: pizotifen (sandomigran), flunarizine(sibelium), propranolol, sodium valproic(epilim) dan sebagainya. Pilihan ubat adalah berdasarkan kesesuaian dan kesan-kesan sampingan yang dihadapi oleh setiap pesakit.
Amalkan makanan tambahan/suplemen untuk seimbangkan zat dan nutrisi yang perlu untuk badan.
Rawatan Tanpa Ubatan
Selain mengambil rawatan ubatan, pesakit juga dinasihatkan mengambil rawatan tanpa uabtan untuk mengurangkan serangan migrain seperti ‘relaxation training’, menangani stres, mengelakkan faktor pencetus seperti cahaya yang terang, setengah makanan/minuman, stres dan kurang tidur.

Petua Merawat Pening kepala:

Mengikat Serban -
 Ia boleh mengatasi pening dan migrain. Cuma cara berbeza, ada yang mampu disejukkan dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan samaada dengan ais , atau ada yang sembuh dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan dengan air yang dipanaskan seperti tuam. Ada yang berehat atau kurang bercakap saja sudah sembuh.

Merawat dengan Inai 
Sifatnya sejuk dan mudah kering. Inai yang ditumbuk halus dan dicampur luka dan dibalut di kepala. Boleh hilangkan rasa denyutan pening. Selain itu, boleh merawat luka terbakar/. Jika dikunyah pula, sesuai juga merawat pecah-pecah pada mulut bayi. Malah jika dibalut, sesuai merawat mata bisul.

Merawat dengan Berbekam-
Rasulullah bersabda , "berbekamlah'-tatkala ada orang mengadu sakit kepala.


Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh menggangu kehidupan seharian. Pesakit digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

Suplemen tambahan untuk menggantikan zat dan nutrisi disamping mengurangkan sakit kepala..

Doa tambahan untuk anda....

Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews