Thursday, September 10, 2015

Sistem MLM Mengikut Perspektif Islam

As salam..

MLM bila dengar terus bawa diri jauh-jauh..tak nak dengar..Kalau kita ambil sedikit ilmu pasal MLM ni at least kita dah ada point nak follow or leave it kan? 


Strategi pemasaran MLM inilah yang diaplikasikan di zaman Rasulullah S.A.W untuk menyebarkan dakwah iaitu dengan cara dari 'Mulut ke mulut', penyampaian dari sahabat kepada sahabat.

Strategi Pemasaran MLM mengikut perspektif Islam

1. Sistem bertingkat yang menerapkan unsur-unsur positif, diisi dengan nilai-nilai Islam dan sistem Syari'ah Islam.

2. Perniagaan yang dijalankan mengikut kreativi dan inovasi pemasaran melibatkan pengguna/ahli.

3. Setiap pengguna menikmati manfaat produk, manfaat financial (insentif), hadiah haji dan umrah, perlindungan Insurance, simpanan hari tua juga pemilikan saham perniagaan.

4. Pemasaran perniagaan bebas dari unsur 
a) Dharar (bahaya)
b) Jahalah (ketidakjelasan)
C) Zhulm (merugikan/tidak adil terhadap salah satu pihak)

5. Dari segi pemberian insentif/bonus :
a) Adil
b) Tidak menzalimi
c) Tidak hanya menguntungkan orang di level atas

Apa itu UNSUR MAGHRIB?

MLM bebas daripada 1) Maysir (judi), 2) Gharar (penipuan)
3) Haram, 4) Riba (bunga), 5) Bathil

Ciri-ciri Perniagaan MLM yang terbaik:

1) Penjualan harus HALAL
2) Tidak syubhat (sesuatu yang meragukan)
3) Merapatkan silaturrahim
4) Adil, tiada exploitasi dan tidak menzalimi
5)Tiada EXCESSIVE mark up harga barang 2X ganda (tak padan dengan kualiti dan manfaat)
6) Bonus dibahagikan dengan mencerminkan usaha anggota masing-masing

Kenapa pilih MLM Bisness Shaklee?

1) Yuran pendaftaran RM69 sahaja seumur hidup, dapat Member Kit dan tidak membebankan kita daripada membayar beribu-ribu seperti MLM lain yang mana kita tak tahu duit tu masuk dalam bisness company tersebut yang digunakan untuk kepentingan company tu saja bukan untuk kepentingan atau dikembalikan kepada ahli.

2. Setiap ahli layak menikmati manfaat produk vitamin dan mineral Shaklee? Produk yang dikenali dunia malah sudah bertapak 100 tahun lamanya. Produk yang sentiasa dikaji, diinovasikan dan dijaga rapi kualitinya. Tiada paksaan untuk berbisness atau tujuan mengamalkan makanan tambahan Shaklee dalam kehidupan harian.

3. Keuntungan atau bonus ahli adalah berdasarkan performance masing-masing setiap bulan. Bermula dengan 5% bonus. Buat lebih dapat lebih..so, ahli bawah berpeluang untuk melepasi upline dan menikmati insentif yang layak. 

4. Tiada istilah 'mak makan anak. 'Anak' layak melepasi rank dari ahli biasa, supervisor dan akhirnya Master Shaklee..menikmati bonus dan insentif seperti pakej umrah, pelancongan, bonus kereta dan macam-macam lagi.

5. Ahli berhak dan bebas untuk menguruskan bisness MLM masing-masing dengan pendekatan sendiri yang mana mereka sentiasa dibimbing oleh upline masing-masing. Unsur kekeluargaan memang amat diterapkan dimana selalu diadakan kelas bimbingan untuk semua yang mahu mendapatkan ilmu kesihatan dan perniagaan yang mendalam dalam Shaklee. Sama ada ilmu menerusi muka ke muka ataupun melalui alam maya.

Dah paham ka idok? Tidak apa, tanya saya lagi. In Shaa Allah saya tolong.

Shaklee Independant Distributor Anda
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba

#shaklee
#kttshaklee
#kelabbloggerjutawan

Wednesday, September 9, 2015

Fakta atau Auta. Renung-renungkan...

As salam..

Pagi ni terbaca info daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Topik yang sangat kerap diperkatakan kerana majoriti rakyat Malaysia menghidap DIABETIS.


Suka saya share lagi info hal ni yang sepatutnya kita ambik panduan:

DIABETIS/KENCING MANIS:

1) 3.6 Juta rakyat menghidapnya.
2) dikecilkan lagi kumpulan ini, 1 daripada 5 orang menghidapnya.
3) Ia dipengaruhi oleh pemakanan dan cara hidup tidak sihat..risiko pada yang ada berat badan berlebihan.
4) Penghidapnya adalah mereka yang selalu mengambil makanan yang manis seperti KEK, AISKRIM, DONUT, TEH TARIK (10 SUDU GULA) dan yang paling TINGGI GULA adalah MINUMAN BIKARBONAT (BERGAS- 56 SUDU GULA) seperti COKE
5) Ada 3 jenis Diabetes. GULA DITUKAR KEPADA GLUKOS. Pancreas menghasilkan insulin. 
6) Ianya berlaku apabila hormon Insulin yang bertidak sebagai KUNCI bagi membenarkan GLUKOS masuk ke sel-sel badan tidak lagi bertidak dengan baik. Sama ada, badan tidak dapat menghasilkan Insulin atau pun tahap GLUKOS dalam darah terlalu TINGGI disebabkan pengambilan gula/karbo yang berlebihan. 
7) Apabila sel badan tidak menerima glukos ini maka salur darah terlalu banyak glukos kerana ianya tidak ditukarkan dengan baik kepada tenaga. Oleh itu, tahap gula dalam darah akan meningkat dan DIABETIS berlaku. 
8) AGE protein yang wujud dalam salur darah akan bergabung dengan glukos berlebihan dan ianya boleh mengakibatkan salur darah tersumbat dan anda mungkin mengalami penyakit jantung. Malah AGE protein yang jahat boleh merosakkan salur darah anda. 

Apa yang perlu anda lakukan apabila anda menjadi salah seorang dari 5 orang kelompok tu??? Diam atau cari penyelesaian?

Hubungi saya
Erna 0146907178
SID883367

Tuesday, September 8, 2015

Tidak Tahu Fungsi 9 Asid Amino? Jom baca..

As salam...

Hari ni kita study sikit...fakta ohhh fakta..


9 Asid Amino perlu ni badan manusia tak dapat hasilkan. That's why kita kena ambil dari sumber lain. Untungnya ESP Shaklee ada 9 Asid Amino ni..Jom kita belajar sikit pasal PROTEIN 9 ASID AMINO:

1) Histidine - penting dalam pembentukan dan replikasi/penggantian sel.

2) Isoleucine - gabungan Leucine dan Vline ni penting dalam memperbaiki dan membina otot selepas senaman. Ia juga penting dalam pembentukan Hemoglobin dan membantu peredaran tahap gula dan tenaga dalam darah selain penting dalam pembentukan rangkaian atau jaringan darah.

3) Leucine - membantu pembebasan Insulin dari Pankreas, melindungi otot dan meningkatkan tisu serta baiki struktur kulit.

4) Lysine - bantu melindungi badan dari terkena penyakit Herpes (sakit kulit).

5) Methionine - berfungsi dalam metabolisme badan, mengemulsi lemak dan merupakan unsur asas sulfur di dalam tubuh. Ia perlu dalam menyingkirkan logam berat (lead dan merkuri)

6) Phenylalanine - berguna apabila tubuh menukar Phenylalanine kepada Tyrosine, sejenis Asid Amino yang perlu dalam proses sintesis Protein, zat kimia otak termasuklah L-DOPA, adrenalin, noradrenalin dan hormon Tiroid.

7) Threonine - membantu membentuk Kolagen dan elastin dalam kulit....nak kulit cantik dan gebu cubalah ESP...

8) Trythophan - adalah hasil daripada Niacin yang berfungsi menghasilkan Serotonin penting untuk fungsi saraf dan otak. Serotonin penting untuk tidur, menstabilkan emosi, mengawal sakit inflamasi dan lain-lain.

9) Valine - stimulasi dan diperlukan unuk metabolisme otot, memperbaiki dan pertumbuhan kulit serta memelihara keseimbangan Nitrogen dalam tubuh.

Penting kah tak penting PROTEIN 9 ASID AMINO ni???

Rebut peluang promosi ESP bulan ini!

Hubungi
Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba

Monday, September 7, 2015

Lempeng Kelapa Homemade

As salam..

Malam ni saya teringin sangat makan lempeng kelapa. Dapatlah berbuka puasa dengan lempeng ni...cara nak cuba resepi saya sangat mudah..


Bahan:
Tepung gandum 2 cup
Kelapa parut...agak2 la..ikut citarasa
Susu cair
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Soda bikarbonat 1/2 sudu kecil
Minyak untuk oles ke kuali

Cara Memasak:
1. Adunkan tepung, kelapa parut, garam, soda bikarbonat, gula, susu cair dengan air sehingga semua larut dan tepung tidak berketul-ketul.
2. Oleskan sedikit minyak ke kuali. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali. Ratakan sehingga nipis dan berbentuk bulat.
3. Apabila warna lempeng bertukar keperang-perangan bolehlah diangkat ke pinggan.
4. Bolehlah makan dan cecah susu atau makan dengan kari ayam..nyummmsss

Masaklah lempeng ala-ala kampung gitu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews