Showing posts with label Tips Tambahkan Susu badan. Show all posts
Showing posts with label Tips Tambahkan Susu badan. Show all posts

Friday, June 1, 2018

Jenis-Jenis Najis Bayi

As salam semua..



Lama tidak berkumandang kan...macam radio la pulak..Mari kita kenal jenis-jenis najis bayi.
Maklumlah, ibu-ibu muda ni banyak nak kena belajar kan..

Setiap warna dan struktur najis bayi menunjukkan makna tertentu dan dari sumber tertentu yang mana iya mungkin disalurkan melalu ibu yang menyusukan anak ataupun susu formula dan makanan si bayi.









Ni contoh-contoh najis bayi dan sumbernya


















Banyak yang perlu dipelajari khususnya ibu muda.
Berkemungkinan bayi kita sembelit atau pun mungkin bayi ciri- birit.

Apabila anak sudah diberikan makanan pejal, semestinya perubahan akan berlaku kepada najis anak anda.

Bolehlah merujuk panduan dan gambar yang saya sertakan.

***Mommy yusuf***

Tuesday, May 19, 2015

Kenapa Ibu Hamil Selalu Sakit Gigi?

As salam dan selamat pagi bloggers...

Kenapa ibu hamil selalu sakit gigi?
Menurut Dr.Gita Pratama (Ahli Kebidanan dan Kandungan RSCM), seorang ibu hamil memerlukan kalsium yang lebih banyak iaitu 1,000ml sehari untuk pertumbuhan tulang janin.
"Kekurangan kalsium menyebabkan janin akan menyerap kalsium dari tulang dan gigi ibu. Kekurangan kalsium ini menyebabkan kesihatan tulang dan gigi ibu terganggu, kata Gita (11 Oct 2013)"
Sekiranya dibiarkan, gigi berisiko tanggal dan ibu boleh mengalami Osteoprosis.
Oleh sebab itu, ibu digalakkan mengambil kalsium secukupnya. Selain susu, sumber kalsium terbaik berasal dari tulang ikan tuna, sardin..
Biasanya, doktor juga selalu menyarankan pengambilan suplemen yang mengandungi kalsium, asid folik dan zink. 
Suplemen Shaklee yang dicadangkan semasa peringkat kehamilan:
1)Trimester 1
-ESP
-Ostematriks
-Vitalea Iron Formula
-B Complex
-Sustained Release Vita C Plus

2) Trimester 2 & 3
-ESP
-Ostematriks
-Vitalea Iron Formula
-B Complex
-Sustained Release Vita C Plus
-Omega Guard
Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

Sunday, November 9, 2014

Tips Tambahkan Susu Badan

Hi bloggers...saya tolong sharekan ilmu macam mana nak tambahkan susu badan...

8 Tips Menambahkan Susu Badan

1. Pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok TIDAK mengepam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama semakin kurang.

2. "Direct feed" sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.
3. Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi.
4. Fikir positif bahawa susu sentiasa cukup untuk bayi. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan.
5. Berilah seberapa kerap bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula 'spare' susu botol di sebelah, risaukan bayi tidak cukup susu.
6. Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Berat badan bertambah disebabkan pengambilan makanan berlbihan dari yang sepatutnya.
7. Berdoa dan bertawakal pada-Nya. Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu.
8. Boleh mengambil supplement untuk menjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi

Milkbooster Shaklee:
ESP 


Lagi tips untuk anda yang menyusukan bayi 

Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews