Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts
Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts

Monday, March 13, 2017

Meningkatkan Kualiti Sperma

As salam semua..

Ramai di antara kita yang mengabaikan kesihatan organ pembiakan lelaki kan? Selalu kita cerita pasal perempuan saja kan...Meh, kita share info mengenai makanan-makanan yang dapat membantu untuk meningkatkan kualiti sperma bagi lelaki :

Image result for bananaPisang 

Mengandungi bromelain, sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nanas. Ia adalah enzim anti-inflamasi semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosteron iaitu hormon seks lelaki. Selain itu, pisang kaya dengan vitamin B1, A dan C yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.


Image result for chocolate
Coklat  

Sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L-arginine, sejenis amino asid yang diperlukan oleh tubuh dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani. Pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma. 

Image result for garlicBawang putih  

Mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.



Image result for pomegranateBuah delima 

Mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani yang menunjukkan sperma kurang berkualiti. 





Daging merah - Mengandungi zat seperti zink yang membantu menghalang radikal bebas dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosteron dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat. Ia juga dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk.


Image result for kacang walnutKacang walnut 

Selain mengandungi arginine, kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah alat sulit lelaki. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.


Image result for spinachBayam 

Terdapat banyak kandungan asid folik dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilkan sperma yang sihat dan tinggi mobilitinya.




Image result for eggTelur 

Dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan membaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, di mana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah alat sulit lelaki.




Image result for waterAir 

Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan meminum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan awak sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara lapan hingga sepuluh gelas air setiap hari.

Kesimpulannya, amat penting bagi lelaki menjaga pemakanan agar dapat memastikan kualiti sperma terbaik dan sihat serta sekaligu dapat memperbaiki hubungan di antara anda dan si isteri.

Supplement/ makanan tambahan yang dicadangkan: Vitamin E Complex, Zinc Complex, b Complex dan Garlic Complex

#bangkitshaklee

Erna 0146907178
Pengedah Sah Shaklee Anda!
SID883367

Wednesday, September 30, 2015

Vitamin E dalam Garlic Shaklee

As salam....

Korang tau tak?

Istimewanya Garlic Shaklee kerana ia dihasilkan pada suhu bilik TANPA HABA untuk memastikan pengekalan 100% ALLICIN AKTIF. Nak tahu tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif okay..

Nak kawal bau garlic Shaklee telah gunakan dwi-teknologi. Perisa herbanya pula terhasil daripada kombinasi 2 ekstrak herba iaitu Rosemary and Spearmint.

Yang terbaik lagi? Pelbagai Vitamin E didalamnya meningkatkan sebatian garlic dan keberkesanannya dalam tubuh kita.

2 tablet Garlic Shaklee = 1000mg ektrak garlic tulen = 2 ulas garlic segar.



Apa manfaat Garlic Shaklee?

Meningkatkan sistem penghadaman, Antibiotik semulajadi, menghalang Alergi, menurunkan tekanan darah tinggi, detoksifikasi, menurunkan kolesterol, mencegah kanser dan menstabilkan Glukos.

#kttshaklee
#korangtautakshaklee

Erna 0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
IG: Ernawati Toba

Wednesday, April 23, 2014

Garlic Complex Shaklee

Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.


Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.




Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma

                                                                                                                                                

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee

1.   Pengekalan 100% Allicin aktif
2.   Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
3.   Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu  Rosemary dan 
      Spearmint.
4.   Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic
     dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang 
     digunakan dalam dunia perubatan adalah Î³-tocopherol.
5.   Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 
      2 ulas bawang putih segar.



Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh

1.  Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana 
     mengandungi ekstrak spearmint.

2.  Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan   
     sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, 
     kulat, kuman, virus dan yis candida

3.  Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit 
     alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4.  Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung 
     perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5.  Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic 
     sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang 
     merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara 
     penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6.  Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam 
     tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung 
     dalam tubuh tanpa kita sedari.

7.  Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, 
     mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang
     strok dan penyakit koronari.

8.  Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan 
     pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana 
     mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh 
     dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan 
    pergelangan kaki

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan 
     brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan 
      meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
      - Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
      - Perut memulas (stomach upset)
      - Cirit-birit (Diarrhea)
      - Bronkitis
      - Luka-luka (infected wounds)
      - Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, 
        sistem air kencing

TESTIMONI



pm saya:
Ernawati Toba 0146907178
WA/Wechat 0138521188
SID883367
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews