Showing posts with label EPA dan DHA Anda Perlu Tahu. Show all posts
Showing posts with label EPA dan DHA Anda Perlu Tahu. Show all posts

Tuesday, November 11, 2014

EPA dan DHA Anda Perlu Tahu

As salam dan selamat pagi...Entri kali ni kita cerita pasal EPA dan DHA. Ramai yang selalu sebut EPA dan DHA, tapi mungkin kita kurang paham dan tidak memberikan perhatian akan kepentingannya. 

 Tahukah kita...

"Dalam tubuhasid lemak omega-3 ditukar kepada DHA (Docosahexanoic Asid) dan EPA (Eicosapentanoic Asid)DHA dan EPA sangat lemak tak tepu yang memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan visi dan fungsi otak bayi."

Selalunya kita akan lihat kandungan EPA dan DHA ini pada label makanan terutamanya produk susu kanak-kanak. Di antara fungsi-fungsi EPA dan DHA:

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                

Tugas DHA
  • Mencegah asthma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia - Omega Guard Shaklee

Nak tahu di mana nak dapatkan minyak ikan terbaik di dunia? Minyak ikan ini mestilah mengandungi 
satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


Omega - 3 dan 6 

Ia menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. 

Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
  • Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
  • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
  • Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
Dah faham sedikit pasal kaitan antara Omega 3, EPA dan DHA. Kita kena pilih minyak ikan terbaik untuk diserap dan berfungsi dengan baik pada tubuh badan kita untuk jangka masa yang panjang.
Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

Tuesday, November 4, 2014

Anak Bijak dan Pintar Dalam Kandungan


Jika ditanya ibu-ibu terutamanya, pastinya mereka menginginkan anak yang bakal lahir bukan sahaja sihat malah BIJAK DAN PINTAR. Pada hakikatnya, perkembangan dan minda anak-anak dapat berkembang pesat sejak dalam kandungan lagi. Rangsangan-rangsangan atau impuls yang dihantar oleh ibu pasti akan dirasai oleh bayi dalam kandungan. Patutlah, ramai orang cakap kelakuan dan kecerdikan ibu bapa sedikit sebanyak diwarisi oleh anak. Jom saya sharekan TIPS UNTUK MENDAPATKAN ANAK PINTAR:

1) Berikan nama yang baik-baik
Sebelum bayi lahir lagi berilah nama yang baik untuk bakal bayi dan selalulah berbual-bual terutamanya apabila masuk Trimester 2. Usaplah perut dan berkomunikasi.

2) Berbicara dengan bayi
Tindakan refleks seperti menendang perut menunjukkan seakan-akan bayi memahami bahasa kita. Perkara ini membuat kita tertawa. Ucaplah pada bayi anda, "Sayang anak mama. Semoga besar nanti akan jadi anak yang soleh/solehah serta patuh pada perintah Allah"...syahdukan..?? :)

3) Sentuhan ayah juga didambakan
Si ayah perlulah mendekati perut ibu dan ucaplah sesuatu yang baik-baik untuk bayi anda. 

4) Perdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran
Si ayah boleh cuba mengalunkan ayat-ayat Al-Quran pada bayi. Jika ada masa terluang, bacalah Al-Quran bersama-sama isteri. 

5) Bacakan cerita pada bayi
Si ibu juga boleh membaca buku-buku ilmiah. Dengan bacaan yang kuat sedikit dapat membolehkan bayi mendengan isinya. Rangsangan dan sentuhan pada bayi sangat penting sebagai membina 'bonding' antara ibu dan bayi. Stress ibu seharusnya dielakkan kerana bayi dapat merasa tekanan itu secara langsung.

6) Nutrisi lengkap dalam pemakanan
Sangat penting bagi ibu untuk memastikan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Pastikan setiap nutrisi dipenuhi dan elakkan membeli menggunakan wang dari sumber yang diragui (cth: rasuah) kerana pastinya bayi anda akan merasa kebaikan dan keburukannya tindakan anda.

7) Terima dengan hati terbuka
Kekangan ekonomi kadang-kadang mempengaruhi kehendak wanita untuk menjadi ibu. Jika berfikir sedemikian, cepat-cepat buang jauh-jauh. Set minda anda "Anak adalah permata berharga" anda. Penerimaan ini penting kerana ia melibatkan emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Be positive!



BANGSA YAHUDI BIJAK?  Kenapa??

Saya pernah terbaca beberapa artikel mengatakan bangsa Yahudi melahirkan ramai generasi bijak. Mungkin anda juga pernah terbaca mengenai hal ini kan? Apa elemen positif yang diterapkan oleh mereka sepanjang kehamilan?

1) Ibu membuat latihan matematik dan muzik
Ibu merangsang otak bayi dengan menyanyi dan bermain piano. Malah si ibu dan ayah akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Dipercayai tindakan ini dilakukan sehingga bayi dilahirkan supaya dapat melatih otak bayi untuk menjadi lebih bijak.

2) Pemakanan istimewa semasa anak masih dalam kandungan
Mereka ada yang gemar memakan kacang badam, kurma bersama susu, roti, ikan tanpa kepala dan salad bercampur kekacang. Kepala ikan dipercayai mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan perkembangan otak bayi. Si ibu juga wajib mengambik pil minyak ikan (dicadangkan Omega Guard Shaklee...:) sebagai nutrisi tambahan. 

3) Pemakanan istimewa semasa anak membesar
Dikatakan anak-anak Yahudi ini diberi makan buah-buahan, kacang badam dan pil minyak ikan.

4) Mempelajari bahasa asing dan bermain alat-alat muzik untuk merangsang otak kiri dan kanan.



 Suplemen tambahan yang lengkap dengan vitamin dan mineral

Hubungi saya:
Shaklee Independent Distributor Anda
Ernawati Toba
0146907178
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews