Wednesday, September 24, 2014

Mencapai Matlamat Hidup

Setiap diantara kita punyai matlamat hidup. Mungkin ada juga yang tiada matlamat hidup..hehe..tak boleh jadi begini ok.. Bermanfaatkah hidup kita untuk orang lain? Kita lagi kenal diri kita. Kita tahu apa kelebihan dan kelemahan kita. Kita tahu apa keinginan kita? Nak sihat? kaya? sedekah berapa? masuk syurga?...Sudah semestinya ini semua harapan kita kan...Mari set matlamat hidup kita:


1) Nak hidup nak jadi apa?
2) Nak hidup capai matlamat macam mana?
3) Nak hidup nak kaya macam mana?
4) Nak hidup nak sihat macam mana?
5) Nak hidup nak dapat ilmu macam mana?
6) Nak hidup nak sedekah berapa?
7) Nak hidup nak kenal siapa? Nak komunikasi macam mana?
8) Nak hidup siap sedia untuk akhirat macam mana?

Macam-macam benda bermain dikepala? Inilah manusia..kehidupan sebagai seorang manusia..Tetapi, yang paling utama bagi saya ada kesihatan yang baik, kekayaan dan ilmu untuk hadapi akhirat.

"Tidak disebut kaya kerana banyak hartanya, tetapi yang disebut kaya (yang sebenarnya) adalah kekayaan jiwa" (HR Bukhari)

Nak pelihara kesihatan yang baik, pastikanlah apa jua yang masuk ke dalam mulut adalah yang bersih, selamat dan halal.

Nak kekayaan yang banyak, pastikan banyakkan sedekah dan amal jariah. Senyum pun 1 sedekah, apatah lagi kita bersedekah harta benda..Sedekah RM1 pun dengan seikhlasnya janji Allah pahala bagimu..In Shaa Allah..jangan pula mengungkit apa yang kita sudah beri ya..:)

Nak ilmu yang bermanfaat, kejarlah ilmu. Ilmu pasal apa? Ilmu persediaan menuju akhirat. Ilmu kesihatan, ilmu alam malah ilmu kemanusiaan.

Nak kenali ramai orang, jalinkan silaturrahim..Bertegur sapa dan tahu adab-adab pergaulan.

Saya mencintai perniagaan Shaklee kerana saya mahu sihat,saya mahu tambahkan pendapatan, saya mahu orang ramai juga sihat,orang ramai juga menikmati kekayaan walaupun tidaklah sebanyak yang ada pada orang lain yang lebih senang dan berjaya. Rakan-rakan yang baik dalam susur galur Shaklee sememangnya membantu malah banyak menekankan amal sedekah dan doa walaupun mereka sudah bergelar jutawan. Apakah rahsia? Biarlah segala nikmat kita kongsikan. Nikmat di dunia adalah sementara. Akhirat jualah yang pasti kekal selamanya.

Oh indahnya dunia. Kita saling berusaha, bekerjaya dan berjaya..Tetapi, indah lagi alam syurga. Subhanallah..

Ernawati Toba
0146907178
Shaklee ID 883367


Tuesday, September 23, 2014

Usus Tidak Bersih Menyumbang Masalah Usus

Hari ni kita cerita pasal usus atau ianya dikenali sebagai kolon. Usus kita bersih atau tidak? Tadi terbaca entri kawan-kawan cerita pasal usus ni..kesian usus kita sebab banyak benda nak proses sebelum ianya dibuang dari badan. Nak tahu? 90% penyakit berpunca daripada usus tidak bersih.

Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas menyerap air dan mengasingkan nutrien daripada makanan serta menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis. Penatlah si USUS...bertahun-tahun jalankan tugas dia..


Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, namun ia amat berkaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.  

Kanser Usus sangat berkait rapat apabila usus kita sudah mengalami sakit yang dikira kritikal kesan usus yang kotor setelah sekian lamanya. Ia merupakan kanser ke-3 paling kerap di seluruh dunia. Ia adalah kanser malignan di dinding usus besar yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan berubah menjadi kanser. Tumor boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.

Antara simptom kanser usus :


1) berak berdarah
2) perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis)
3) perut memulas
4) terasa asyik hendak buang air besar
5) perut tidak selesa
6) kembung atau senak
7) muntah
8) hilang selera makan 
9) cepat penat.

Pada keadaan serius pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar. Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, gejala ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik. 


Cukup membimbangkan kita kan? Kita tidak tahu tahap usus kita di tahap ok, selamat atau berbahaya kerana mungkin ada diantara kita yang mengambil ringan simptom-simptom usus seperti di atas. 

Pada wanita, kanser usus kini berada pada tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Bagi kaum Adam pula, inilah kanser paling kerap berlaku dan lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 40 hingga 50 tahun ke atas. (Mymetro-04032013)


Rawatan
1) Pembedahan - barah di usus dan kelenjar limfa di sekelilingnya akan dibuang.
Usus yang tertinggal akan dicantum semula bagi membolehkan pesakit membuang najis secara normal selepas pembedahan. Jika usus tidak boleh dicantum secara keseluruhan, sebahagian daripadanya mungkin dicantum dengan dinding abdomen pesakit yang membentuk laluan najis.

2) Kolonoskopi - memasukkan alat berkamera melalui dubur untuk melihat secara langsung keadaan atau penyakit yang terdapat pada permukaan dalam saluran usus besar. Polip yang bertukar kepada tumor/kanser dan dikesan pada peringkat awal boleh dibuang dengan cara menyedutnya menerusi teknik ini.

3) Kolostomi - pembedahan pembukaan melalui abdomen untuk menyalurkan najis keluar melalui beg yang dipakai pesakit. Biasanya ia berbentuk sementara atau kekal bagi sesetengah kes.

4) Kimoterapi

5) Radioterapi


(Sumber: Mymetro-04032012)

Serius membimbangkan...kena jaga makan..ambik suplemen buang toksin dari badan..

Kesian..bukan ini yang dipinta. Tapi, kena akur dengan Qada' dan Qadar'..hargailah dan jagalah tubuh badan kita dari awal lagi. Sebelum sumbat sesuatu ke dalam mulut ni, kita fikir dahulu.


 


Kita lihat fungsi-fungsi organ dalam badan kita..


Suplemen Herb Lax mengandungi herba Alfalfa semoga dapat membantu masalah sembelit..

Peppermint Ginger Plus membantu penghadaman anda...
Ernawati Toba
0146907178/0138521188
Shaklee ID 883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle With Ernawati Toba
Email: ernawati1901@gmail.com


Monday, September 22, 2014

Makanan Sihat Makanan Sunnah

Kita bercerita pasal makanan sunnah petang ni..Semua kenal makanan sunnah kan? Ada yang senang didapati dan ada pula yang sukar. Hakikatnya, makanan sunnah adalah makanan yang berkhasiat tinggi, semulajadi, selamat dan halal.


Apakah makanan sunnah tu....

1. BARLI
 - Bijirin pertama yg ditanam di Timur Tengah kira2 9000taun ini adalah sumber terbaik serat makanan, protein, karbohidrat kompleks,vitamin dan galian. 

2. KURMA
 - Buah paling popular ketika RAMADHAN ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium,vitamin A, C dan niasin memberi tenaga, mengubati pelbagai penyakit dan baik untuk ibu mengandung dan juga selepas bersalin.

3. ANGGUR
  -Buah ni mengandungi karotene, vitamin C dan B yang bagus untuk kelicinan kulit, antioksidan, dan awet muda..

4. TEMBIKAI
  -Kaya zat pottasium, vitamin B6,tiamin, lemak, sodium dan kalori yang bagus untuk kesihatan, penglihatan, penyembuhan luka,kulit dan kawalan berat badan.

5.MINYAK ZAITUN
  - Digunakan dalam masakkan atau dipercikkan dalam hidangan makanan atau pun disapu terus pada kulit. Bagus untuk kesuburan kulit, dan pelembab semula jadi.

6. SUSU KAMBING
  -  Susu kambing  adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Kerana penghadaman yang baik, utk tulang, kulit dan pelabagi lagi kebaikannya...

7. BUAH DELIMA
  - Buah azimat ini memiliki sumber asid folat dan antioksidan memberi impak semula jadi yang meransang dan meningkatkan kecantikan kulit.

8. KISMIS
  - Agen antioksidan yang bagus juga memelihara kesihatan mata, gigi, dan tulang. jadikanlah snek diwaktu lapang anda.

9. MADU
  - Minumlah sesudu sehari sebagai makanan tambahan kerana kaya vitamin, mineral,antioksidan, dan potasium.

10. HALIA
  -Banyakkan halia dalam masakkan kerana selain membuang angin, ia juga bagus utk kecantikkan kulit dan penurunan berat badan.. 
Kini, kalau nak dapatkan semua makanan sunnah ni agak sukar sedikit disebabkan kesibukan seharian. Kecanggihan teknologi dan pemodenan telah mengeluarkan vitamin-vitamin semulajadi dari Shaklee sebagai makanan tambahan anda seharian dan secara tidak langsung dapat memberikan sumber kepada anda makanan sunnah ini...tak jadi masalahkan? nak dapatkan pun mudah. Tapi, pastikan  suplemen/makanan tambahan yang anda ambil adalah dari sumber semulajadi, selamat, berkualiti dan HALAL.

Antara suplemen Shaklee yang bersumberkan semulajadi..










Sebarang pertanyaan dan pembelian bolehlah menghubungi saya:

 
Ernawati Toba

0146907178/0138521188

Shaklee ID 883367

FB: Ernawati Toba

FB Page: Healthy Lifestyle With Ernawati Toba

Email: ernawati1901@gmail.com

Friday, September 19, 2014

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate

Pernah ambik kisah tak apa kandungan bahan pencuci yang ada di rumah kita? Berbahaya atau tidak pada diri kita, anak-anak dan keluarga? Shaklee memperkenalkan Basic H2 bahan pencuci organik yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, selamat, berkesan dan mesra alam dan menjimatkan.

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

 

Kod Produk:00015 (473ml) 

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!
Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)
 

Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik
Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Periuk belanga
  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
Tingkap dan cermin
  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Lantai
  • 1 sudu besar + 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam
Tahukah Anda?
  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain 


Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Sebarang pertanyaan dan pembelian bolehlah menghubungi saya:
 
Ernawati Toba

0146907178/0138521188

Shaklee ID 883367

FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle With Ernawati Toba
Email: ernawati1901@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews