Monday, April 21, 2014

Vitalea Iron Formula

Vitalea Iron Formula


Vitalea merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga




Siapa Yang Memerlukan Multivitamin

- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin
Jom kita tengok satu persatu kandungan dan fakta nutrisi yang terdapat dalam VitaLea:
  • Vitamin A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
  • Vitamin D – Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  • Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
  • Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.
  • Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
  • Vitamin B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
  • Vitamin B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
  • Vitamin B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.
  • Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
  • Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.
  • Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
  • Kalsium – Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.
  • Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
  • Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.
  • Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.
  • Zink – Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.
TESTIMONI

pm saya:
Ernawati Toba 0146907178
WA/Wechat 0138521188
SID883367
FB: Ernawati Toba 

Thursday, April 17, 2014

Cantik Bersama Shaklee

Assalamualaikum..salam sejahtera

Semua orang nak cantik kan? Bukan sahaja perempuan malah lelaki sekarang pun sudah mula menitikberatkan kecantikan masing-masing. Jadi entri kali ni, saya nak share apa apakah punca jerawat dan jenis-jenis keluarga jerawat. 

Amalan selalu memecahkan jerawat dengan tangan adalah tidak baik kerana ia boleh meninggalkan kesan lubang dan kehitaman di kawasan jerawat.

 Punca-punca jerawat mengikut PETA JERAWAT anda:




Jom lihat keluarga besar jerawat


Ok..Sudah lihat jenis-jenis keluarga jerawat? Jom saya share pula apa SUPLEMEN SHAKLEE yang dapat membantu anda mengurangkan masalah ini:

Set D Shaklee ini mengandungi Vitamin CVitamin E dan B Complex. Jom kita baca apa peranan utama vitamin-vitamin ini

Kebaikan Set Skincare Shaklee

Vitamin C
  • Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).
Vitamin E
  • Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
  • Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
  • Membantu memudarkan parut
B Complex
  • membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
  • membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
  • Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku

Boleh tambah ESP Shaklee untuk kesan yang lebih cepat:

 

Boleh buat mask juga ;)


pm untuk keterangan lanjut ya:
Ernawati Toba 0146907178
WA/Wechat 0138521188
SID883367

Tuesday, February 25, 2014

Jaga Jantung Sebelum Ianya Berhenti Berdegup!

Set Kesihatan Jantung Shaklee


Organ jantung merupakan organ terpenting dalam tubuh kita. Organ yang paling kuat bekerja, tak pernah berhenti walau sesaat, semenjak kita belum lahir, masih lagi dalam kandungan ibu. Cuba bayangkan, kalau jantung kita rasa penat dan nak berhenti rehat barang seminit dua, agaknya apa akan jadi? Hehehe..

Setiap hari, jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali, untuk mengepam dan mengalirkan darah ke seluruh badan. Walaupun saiz jantung hanya sebesar penumbuk, ia mempunya tugasan yang cukup besar dalam memastikan pengaliran darah sepanjang 96000 km salur darah yang diperlukan oleh setiap organ dan tisu anda. Sebagai otot yang paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga yang banyak dan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.

3 Jenis Nutrien Yang Diperlukan Untuk Jantung Kekal Sihat & Bertenaga


Koenzim Q10 (CoQ10)

CoQ10 memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh anda. Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ianya kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah CoQ10 yang ditemui dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi secara optimum. CoQ10 telah terbukti dapat menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat. Tambahan pula, kuasa antioksida CoQ10 juga dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidaan kolestrol LDL dan ini membantu dalam menyokong saluran darah supaya kekal sihat.  Tubuh kita mampu mengeluarkan CoQ10 secara semulajadi, namun pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat. jadi, pengambilan suplemen CoQ10 yang mencukupi dapat membantu dalam mengekalkan tahap tenaga sel yang penting dalam tubuh. 

Tumbuhan Polifenol

Polifenol merupakan sebatian tumbuhan yang mempunyai khasiat antioksida tertinggi terhadap kesan penuaan sel. Kajian menyarankan pengambilan diet dalam tumbuhan polifenol kerana ianya berupaya memberi perlindungan terhadap penyakit akibat kesan penuaan seperti penyakit jantung, diabetes dan penyakit-penyakit saraf (neurodegenerative). Salah satu polifenol yang kuat adalah Resveratrol, dimana ia terbukti dapat melambatkan proses penuaan di peringkat sel. Tumbuhan polifenol kuat yang lain seperti asid fenolik, ellagitannins, anthocyanins danproanthocyanidins juga didapati dapat memberi kesan positif terhadap lajut usia pada tahap selular. Polifenol-polifenol ini banyak terdapat dalam Polyganum Cuspidatum, Murcadine Grape, Elderberry Eropah dan Purple Carrot.

Asid Lemak Omega -3

Omega-3 mengandungi beberapa fungsi penting untuk kesihatan jantung. Dua asid lemak Omega-3 yang paling baik untuk jantung adalah Dacosahexaenoic Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA). Kedua-dua asid lemak ini dapat mengurangkantriglycerides (lemak dalam darah), meningkatkan HDL (kolestrol baik), mengurangkan plak-plak yang melekat pada dinding arteri dan mengurangkan keradangan. Ia juga dapat membantu dalam pengawalan kadar degupan jantung, mengekalkan tahap tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah yang baik. Oleh kerana tubuh kita tidak mampu menghasilkan Omega-3 secara semulajadi, maka kita perlu mengambilnya daripada makanan tambahan atau suplemen.




✸ CoQHealth Plus 


Menampilkan kesemua campuran semulajadi yang terdiri daripada 28mg CoQ10, dengan tambahan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang dapat menyokong pengeluaran tenaga pada jantung. Shaklee menggunakan kaedah penapaian yis utnuk memberikan bioketersediaan CoQ10 yang berkualiti tinggi. Sistem minyak kacang soya didalam kapsul CoQHealth Plus Shaklee dirumus untuk memastikan penguraian dan penyerapan dilakukan secara optimum.





Vivix merupakan satu penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix mengandungi campuran botanikal unik yang terdiri daripada Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Purple Carrot yang kaya dengan polifenol tumbuhan.


✸ OmegaGuard ✸



Mengandungi minyak ikan semulajadi daripada ikan laut dalam. Ia menyalurkanlebih banyak EPA & DHA daripada pilihan jenama lain. Satu hidangan OmegaGuard memberikan 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA & EPA. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan molekul 3 peringkat bagi memastikan ketulenan dan potensi asid lemak omega-3 didalam tubuh kita. 


Sayangi orang di sekeliling anda

Untutk keterangan lanjut blh hubungi sy:
Ernawati Toba
014-6907178/Whatsapp 0138521188
SID883367

Tuesday, January 28, 2014

Protein dan Kesihatan serta Kecantikan

Kepentingan Protein kepada Kesihatan & Kecantikan

Tahukah anda bahawa selepas air, protein merupakan antara bahan yang banyak terkandung dalam tubuh manusia. Komposisi protein menduduki separuh berat kering (berat tanpa unsur cairan) tubuh manusia. Protein merupakan unsur utama sel termasuk sel otak, otot, kulit, rambut dan kuku.
Protein memainkan peranan penting dalam mengekalkan kecantikan kulit. Ini adalah kerana protein diperlukan bagi regenerasi sel kulit agar ianya kekal tegang dan awet muda. Selain itu, protein juga sangat diperlukan bagi memperbaharui hormon, enzim serta membantu fungsi sistem ketahanan badan. Kepentingan protein tidak terhad kepada perkara-perkara yang saya sebutkan di atas sahaja malah protein turut menjadi antara sumber tenaga yang penting, komponen utama tulang serta jaringan dan cairan tubuh termasuk darah. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa PROTEIN SANGAT PENTING bagi kesihatan tubuh badan.

Kesan kekurangan protein:

Kekurangan protein pada kanak-kanak boleh dikesan melalui pembesaran hati, perut buncit, rambut gugur dan inflamasi kulit. Selain itu, ianya juga dapat mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.
Keletihan, penurunan lemak tubuh, kehabisan tenaga dan mempengaruhi system imunisasi sehingga menyebabkan tubuh mudah diserang penyakit
Selalu merasa cemas dan depresi
Rasa nyeri pada kaki dan tangan, tekanan darah tinggi dan sendi menjadi kaku
Kekurangan protein dalam jangka panjang pula boleh menyebabkan kerosakan fungsi organ tubuh.Tubuh tidak dapat menghasilkan cukup antibiotic bagi melawan penyakit sehingga menyebabkan system kekebalan tubuh badan menjadi lemah

Sumber protein:

Protein boleh didapati dari pelbagai sumber makanan termasuk haiwan dan tumbuhan. Antara sumber makanan yang kaya protein adalah tauhu dan tempe yang berasal dari kacang soya, ikan, kekacang, telur, keju, dadih dan daging. Namun begitu, zat protein hanya boleh bertahan pada suhu badan dan akan musnah jika di masak atau berada pada suhu tinggi. Jadi apabila kita memasak sumber protein seperti mengoreng ikan pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak zat protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Oleh yang demikian, saya amat menggalakkan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) bagi memenuhi keperluan protein anda kerana zat protein yang diperolehi adalah dari sumber terbaik dan berada pada tahap yang optimum.



TESTIMONI



Hubungi:
Ernawati Toba
0146907178/Whatsapp 0138521188
SID883367


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews