Thursday, October 23, 2014

Energizing Soy Protein (ESP)

Apa ada dengan ESP



ESP Vanilla Protein Bukan-GMO satu-satunya produk yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu oleh badan. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. Ia ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Istimewanya ESP:


  1. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  2. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol. 
  3. Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada  keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian  menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal     kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
  4. Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya. 
  5. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang mementingkan kecantikan luaran, ESP sangat baik untuk memulihkan sel-sel yang rosak dan telah mati. 
  6. Pengambilan berterusan akan menjadikan kulit anda lebih berseri dari dalam dan membantu memulihkan masalah2 kulit yang anda hadapi contohnya jerawat, jeragat, parut jerawat dan masalah-masalah kulit yang lain.  
  7. Pengambilan ESP bersama2 supplemen yang lain akan membantu badan anda menyerap nutrien yang diambil dengan kadar yang optimum..  

KEBAIKAN :  ESP SHAKLEE
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.
  • Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein bagus untuk tumbesaran.
  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan berkurang.
  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, ia boleh membantu badan anda melawan penyakit.
  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. 
  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, walaupun puasa.

PM 0146907178
SID883367
FB: Ernawati binti Toba

Tuesday, October 21, 2014

Masalah yang sering berlaku semasa mengandung

Ramai wanita yang baru hamil mula membuat persediaan untuk menghadapi masalah-masalah yang bakal dihadapi semasa tempoh kehamilan.  Bakal ibu-ibu perlu banyak membaca untuk menambahkan ilmu. Apa lagi wanita-wanita yang hamil di masa muda. Kita semua sedia maklum ada wanita kini yang berkahwin dalam umur belasan tahun lagi. Pastinya ilmu-ilmu mengenai kehamilan mungkin kurang dan di sinilah juga pentingnya sokongan dan bantuan oleh orang di sekeliling terutamanya suami dan ibu bapa.


Sedikit info untuk sharing bersama iaitu APAKAH MASALAH-MASALAH YANG SERING BERLAKU SEMASA KEHAMILAN? 

Banyak perkara lain yang berlaku yang tidak ramai yang tahu. Berikut adalah masalah yang dialami ketika wanita mengandung:


1. Masalah penglihatan

Pertambahan hormon menyebabkan mata kering, gatal dan tidak selesa bagi perempuan yang menggunakan kanta lekap. Ini disebabkan penumpukan cairan yang menyebabkan kornea menjadi bengkak. Untuk rasa lebih selesa, kurangkan waktu bekerja di depan komputer dan cuci mata dengan lebih kerap.

2. Payudara ngilu

Ini mungkin masalah pertama yang akan dialami oleh wanita mengandung, bahkan sebelum menstruasi berhenti. Payudara akan bersiap lebih awal untuk kelahiran anak dan mungkin terasa lembut jika disentuh. Belahan dada juga akan terlihat lebih lebar saat mengandung.

3. Rambut lebih lebat

Banyak wanita hamil rambutnya akan berkilau dan lebih lebat. Tidak hanya pada rambut kepala, rambut di seluruh tubuh juga lebih lebat. Namun jangan khuatir, rambut yang tumbuh banyak di tubuh saat mengandung akan gugur dengan sendirinya setelah melahirkan anak.

4. Gusi berdarah

Gusi berdarah sering terjadi sewaktu kehamilan. Sangat penting untuk menjaga kebersihan mulut sewaktu mengandung. Sumber seperti susu sangat penting untuk membantu mengelakkan masalah ini.

5. Lupa

Masalah ini hanya sementara sahaja tapi ada sesetengah kes masalah ini berkekalan. Gejala mengulang pembicaraan dan lupa akhir kata sendiri merupakan salah satu masalah yang mungkin dialami.

6. Kulit hitam

Ketika mengandung dan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari, wanita tersebut mungkin mengalami bercak gelap di dahi atau di bahagian tubuh lain. Masalah ini dikenali sebagai chloasma atau melasma dan sering disebut sebagai 'topeng kehamilan' dan disebabkan oleh hormon yang mengganggu pigmentasi kulit. Hal ini memang tidak berbahaya tetapi mungkin akan mengubah penampilan diri.

7. Tangan kejang

Masalah lain yang terjadi sewaktu hamil adalah mengalami kejang tangan sewaktu bangun tidur. Hal ini terjadi disebabkan nadi yang tertekan sehingga terasa seperti ditusuk jarum dan kebas. Ada sesetengah kes kaki juga akan mengalami masalah kejang baik ketika tidut mahupun ketika bangun tidur. Walaupun perkara ini menyebabkan ketidakselesaan namun sama seperti masalah lain, masalah ini akan hilang setelah melahirkan bayi.

8. Perut terasa panas

Perut terasa panas adalah derita umum bagi setiap wanita mengandung, terutama pada akhir-akhir bulan kehamilan. Hal ini sering terjadi kerana makan atau minum sebelum tidur.

9. Sembelit

Masalah sembelit sering dialami oleh wanita yang mengandung. Banyakkan makan makanan berserat dan minum air putih yang banyak. Jika tidak berhasil, mungkin dinasihatkan untuk mengambil ubat.

Masalah-masalah lain menurut pengalaman sesetengah wanita hamil dan melalui pembacaan:

1. Diabetis gestasi - kencing manis semasa mengandung. Bila badan tidak boleh  menghasilkan insulin yang cukup, maka kandungan gula dalam darah meningkat. So, ia akan merentasi plasenta dan memberikan risiko kepada bayi menyebabkan saiz bayi terlalu besar. Bagaimana nak kesan? Biasanya semasa check up, ibu mengandung kena minum air gula.

2. Tekanan darah tinggi
Masalah ni terjadi bila salur darah dalam uri tak berkembang seperti yang sepatutnya lalu menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan sempurna. Bila kurang aliran darah ke plasenta, maka bayi tak dapat nutrisi dan oksigen yang secukupnya. Ini boleh menyebabkan perkembangan bayi menjadi perlahan atau kelahiran pramatang.

3. Hemoglobin rendah / anemia
Puncanya ialah kekurangan zat besi. Hb normal bagi ibu mengandung adalah 11g/dl dan ke atas. Bagi mereka yang jenis hb rendah, boleh cuba makan makanan yang tinggi zat besi seperti sayuran hijau, kekacang, hati, bijirin penuh dan buah-buahan kering seperti prun dan kismis.



4. Plasenta previa
Keadaan uri berada di bahagian bawah dalam uterus yang menutupi bahagian serviks. Masalah ini boleh dikesan melalui ujian ultrasound. Doktor akan tengok di mana uri berada. Kalau uri berada di bawah, maka bersalin melalui pembedahan terpaksa dilakukan.

5. Bayi songsang / melintang
Kedudukan bayi yang normal haruslah kepala di bawah, badan di atas. Masalah ni pun boleh dikesan melalui ujian ultrasound. Kadang-kadang doktor boleh pusingkan kedudukan bayi secara manual yang mana kaedahnya dipanggil external cephalic. Tapi kalau tak dapat pusing pulak, terpaksa bersalin melalui pembedahan jugak.

6. Tumpah darah 
Pendarahan yang berlaku sebelum sampai masa bersalin. Yang ni boleh tahan bahaya dan biasanya terpaksa di tahan dekat wad. Mungkin disebabkan ibu terlalu lasak, terjatuh atau kandungan mengalami masalah.

7. Air ketuban kurang - oligohydramnio
Mungkin disebabkan kebocoran tanpa sedar. Kes ni berlaku pada diri sendiri. Risikonya, baby boleh lemas. So, kena lebihkan minum air putih. Saya amalkan air zam-zam jugak. Ada yang cadangkan minum air kelapa, dan banyakkan minuman berais. 

8. Air ketuban terlalu banyak - polyhydramnio
Mungkin disebabkan bayi kurang menelan air ketuban tapi banyak mengeluarkan air kencing, darah ibu dan bayi tidak serasi (Rh factor) atau kandungan kembar. Kesannya kedudukan bayi tak stabil, kelahiran pramatang atau kandungan terlalu berat.

9. Air ketuban keluar sebelum tempoh bersalin.
Fungsi air ketuban adalah untuk melindungi bayi. Jadi, bila air ketuban keluar dengan banyak tanpa henti, ia boleh membahayakan sebab baby akan lemas. Biasanya doktor akan induce untuk selamatkan baby even belum sampai waktu bersalin.

10. Ibu mengidap penyakit berisiko
Ibu yang mempunyai penyakit sebelum mengandung seperti jantung, buah pinggang dan seumpanya yang boleh membahayakan nyawa. Kalau kes macam ni, memang pihak klinik atau hospital akan selalu monitor ibu tersebut. 

Di antara tips penjagaan semasa kehamilan:

1.Banyakkan berdoa semoga kita dan anak dalam kandungan sihat. Kadang-kadang Allah s.w.t nak uji, so terima dengan hati yang terbuka di samping banyak muhasabah diri supaya kita dapat baiki amalan kita sebelum ni.
Don't worry, be happy and enjoy your pregnancy..

2. Makan makanan yang seimbang 

- kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

3. Jaga tingkah laku,jaga amalan

- pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah. Mengucapkan kata-kata yang baik selalu.  Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.

4. Sedekahkan Al-Fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam 

- Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti. Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu.  Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.

5. Jaga pantang larang 

- Berpantang makan yang berbisa dan tajam.  Pantang larang yang sebenar tetapi pantang larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan.  Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu kandung atau ibu mentua masing-masing.  Pernah dengar tentang terkenan? Atau terkena kenan? Bermaksud kena jaga tingkahlaku terutamanya pada binatang. Kata orang tua-tua, kalau kita buat jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan memberi kesan pada anak yang dikandung. Kalau kaki kucing tadi terkehel, kaki anak kita jugak jadi abnormal. Kebenaran ini masih tidak dapat dikenal pasti, tapi lebih baik dielakkan. Jangan aniaya binatang.

6. Lakukan senaman ringan
Baik untuk ibu dan bayi untuk kekal sihat, melatih sistem pernafasan untuk memudahkan proses kelahiran.

7. Elakkan tekanan

- Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas. Macam mana pulak dengan tekanan kerja.? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja kena masak lagi untuk suami, penatnya. Dengan ini, suami haruslah, hulurkan tangan ringankan beban.  


Koleksi ayat-ayat yang digalakkan untuk pembacaan para ibu sepanjang proses kehamilan. 

“Saidul (penghulu) Istighfar 
Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)”
“Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )”
“Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)”
“Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)”
“Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)”
“Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)”
“Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)”
“Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)”
 “Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)” 
“Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)”,
 “Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati) dan buat si suami amalkan surah yang sama, semoga beroleh rahmat dariNYA.


Suplemen yang dicadangkan untuk membantu melengkapkan keperluan nutirisi ibu dan bayi di dalam kandungan:




PM 0146907178
SID883367
FB: Ernawati binti Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba

Monday, October 20, 2014

6 Cara 'Dating' yang menjadikan anda menambah berat badan/gemuk


Bila cakap pasal 'dating' ni semua mulalah hati berbunga-bunga..'Dating' memberikan kita peluang untuk lebih mengenali antara satu sama lain apa lagi lagi bagi si pemuda yang dalam mencari-cari 'Mrs Right'..:)

Apa yang pasti 'Dating' boleh menjadi 1 "perangkap kegemukan yang tersembunyi". Ini menyebabkan anda tidak tahu berapa 'pounds Fat-Traps' yang anda alami semasa 'Dating'. Beberapa kesilapan yang anda perlu elakkan dan kurangkan:

1) 'Date movies' yang menyebabkan anda menambah berat 

Faktor pemilihan wayang yang anda tonton bersama si dia boleh merangsang anda untuk makan lebih banyak. 'Porpcorn' dan air bikarbinat seperti 'Cola" selalu menjadi pilhan semasa menonton wayang. Wayang yang berusurkan aksi dan seram boleh mengundang anda untuk makan lebih banyak. Menurut kajian American Medical Association: Internal Medicine dalam Journalnya menyatakan kita didapati makan banyak ,139 lebih kalori dalam 20 minit apabila kita menonton filem aksi yang banyak menggangu emosi dan reaksi anda.

Penyelesaiannya: Kajian dikeluarkan dalam Journal Appetite mendapati kita akan kurang makan dengan menjauhkan makanan-makanan seperti 'Porpcorn', Snek dan 'Cola' ini. Elakkan dan cuba jauhkan makanan seperti ini sejauh yang boleh dari anda.
2) Belanja masa banyak waktu lewat malam menjadikan anda gemuk
Walaupun belanjakan masa anda untuk si dia diwaktu lewat malam nampak seperti romantik tapi pada hakikatnya anda tidak akan dapat waktu tidur yang cukup. Makan 549 kalori lebih waktu lewat malam semasa 'dating' anda akan menyumbang kepada kegemukan.
Penyelesaiannya: Hadkan masa lewat malam anda jika anda menpunyai 'Darting' dengan si dia dan pastikan anda menikmati banyak makanan yang menpunyai GI (Glisemik Indeks) yang rendah keesokan harinya untuk memenuhi tahap kelaparan anda seperti oat, roti pita dan lain-lain.


3) Tiada masa bersenam

Apabila kita menemukan seseorang yang istemewa dalam hidup kita selalunya ingin membelanjakn banyak masa kita bersamanya. Sedinya, anda mempunyai kerja dan kehidupan sebenar yang perlu anda lakukan dan lalui. Ini bermakna anda terpaksa menggantikan masa-masa bersenam/bersukan anda untuk menemui si dia yang dirindui.

Penyelesaiannya:  Bersenam atau bersukan bersama dengan bangun awal di pagi hari atau cadangkan 'active-dates' seperti berjalan untuk tujuan beriadah, perkelahan sihat atau 'ice skating'..


4) Makan di luar yang kerap

Adakah anda tahu, pakar mendapati  kebanyakan makanan restoran mengandungi 59 gram lemak? Perkara ini memerlukan anda workout dalam 89% sehari seperti yang dicadangkan. Dan jangan fikir jika anda memesan makanan seperti salad anda selamat! Kajian Canadian mendapati salad ini mengandungi minimum 657 kalori, pada hakikatnya ianya sebenarnya mungkin mengandungi 1370 kalori. 
Penyelesaiannya: Kalau anda kerap bertemu dengan si dia, apa kata anda menjemput si dia dan rakan-rakan anda untuk makan malam bersama? Hidangkan makanan yang lazat dan mengandungi kalori yang rendah. Atau pun, anda juga boleh mencadangkan  restoran yang menhidangkan makanan yang kurang menjejaskan diet anda. Mungkin dengan makan di restoran yang menhidangkan sayur-sayuran dan menawarkan pilihan makanan yang memenuhi pelan diet anda.
Stalking on social media take up precious time (REX)Stalking on social media take up precious time (REX)5) Melayari Media sosial yang mencuri masa gim andaApabila anda banyak membelanjakan masa anda melayari internet dan media sosial ianya akan "memotong" masa bersenam/bersukan anda. Dan pastinya anda perlu lakukan sesuatu!Penyelesaiannya: Halang diri anda untuk melayari website kegemaran anda dan hanya selepas waktu anda bersenam/bersukan. Paling teruk sekali pun, anda boleh meminta rakan baik anda untuk menukar baru password akaun laman web kegemaran anda dan hanya beritahu anda apabila anda selesai melakukan aktiviti luar/bersenam anda. Nampak extreme kan! Tapi, itulah pertaruhan anda tidak skip aktiviti luar / bersenam anda.
5) Apabila si dia  tidak telefon...'Dating' berjalan lancar, Kegembiraan, gelak tawa...Tetapi, si dia tiba-tiba tidak telefon anda, kenapa?Apabila perkara seperti ini berlaku dan bertambah buruk lagi anda mula kembali kepada makanan kebiasaan anda. Menurut fakta, 90% diet gagal kerana pemakanan semasa emosi terganggu. Penyelesaiannya: Cegah diri anda untuk tidak memakan makanan yang anda fikirkan. Walaupun anda mungkin tidak menyukai keadaan ini, bersenam/bersukan adalah salah satu cara terbaik untuk mencegah anda. Tambahan lagi, bukan sahaja mencegah anda daripada terus makan dan makan, malah ianya juga merangsang emosi dan harapan anda untuk lebih baik dari memikirkan masalah perhubungan anda.
Ernawati Toba0146907178SID883367FB:Ernawati TobaFB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati TobaEmail: ernawati1901@gmail.com









Saturday, October 18, 2014

Adakah saya perlu berhenti mengambil kafein memandangkan kini saya hamil?

Ada terbaca pasal kafein ni...ni nak share...:)

Apakah sifat kafein?

Sifat kafein yang merangsang dan diuretik mengakibatkan kenaikan tekanan darah dan kadar pergerakan jantung serta kekerapan untuk kencing. 



Majoriti dikalangan kita ni bila sebut kafein akan teringat kopi sajakan? Ternyata hal ini salah. Orang yang terlalu banyak bekerja dan kurang tidur dapat menggunakan kafein sebagai pemberi energi/tenaga dan tidak mengantuk. 250 miligram kafein per hari dapat membuat otak tetap terjaga, meningkatkan konsentrasi dan mengurangi stress.


Seperti saya sebelum ini adalah penggemar kopi 3 in 1. Tidak sah kalau sehari saya tidak minum kopi. Hal ini buat saya ketagih. Tapi, setelah beberapa pembacaan saya dapati meminum kopi 3 in 1 adalah tidak baik dan membahayakan tulang, lalu saya berhenti mengambilnya. Antara kesan awal yang saya rasa, setiap pagi tangan saya akan rasa sedikit menggeletar walau apa pun yang saya pegang. Rasa mengantuk dan badan jadi lesu. Tapi, setelah beberapa lama keadaan badan saya kembali normal dan saya kini tidak lagi memerlukan minuman kafein ini. Kalau saya ambik pun mungkin sekali dalam seminggu. It's ok la tu kan...:)

Oleh yang demikian, kita seharusnya  memerhatikan  pengambilan kafein agar tidak menimbulkan ketagihan. Anda mungkin sudah mengurangkan jumlah kopi dan teh yang anda ambik, tetapi tahukah bahawa ada beberapa jenis makanan dan minuman lain yang ternyata mengandungi kafein?


Jumlah kafein dalam secawan kopi dan teh berbeza-beza bergantung kepada sama ada kopi itu ditumbuk atau daun teh itu direndam atau adakah ia kopi atau teh segera. Ia juga bergantung kepada kepekatannya. Kola dan minuman-minuman lain juga berbeza kandungan kafeinnya. Senarai di bawah untuk mengetahui purata jumlah kafein dalam beberapa jenis makanan dan minuman. Anda mungkin terkejut bagaimana mudahnya anda boleh mendapat kafein dalam dos tinggi. 

  • 1 cawan besar kopi segera = 100mg
  • 1 cawan kecil kopi segera = 75mg
  • 1 cawan kecil kopi dibru = 100mg
  • 1 cawan kecil teh = 50g
  • 1 tin minuman kola = 40mg
  • 1 tin minuman tenaga = 80mg
  • 1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg
  • 1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg

Berikut di antara jenis-jenis sumber kafein yang perlu kita ketahui seperti dinyatakan dalam majalah health, Rabu (11/4/2012) antara lain:

1. Minuman Bersoda

Cola dan minuman bersoda memang mengandungi kafein. Minuman jeruk yang bersoda ternyata memiliki kandungan kafein yang besar iaitu sebanyak 41 miligram.

2. Coklat
Kafein ditemukan secara alami dalam biji kakao, sehingga coklat apapun memiliki kandungan kafein. Permen coklat umumnya mengandung kafein kurang dari 10 miligram, tetapi semakin gelap coklat, semakin tinggi kandungan kafeinnya.
Produk coklat diperkaya dengan kafein tambahan yang memiliki kandungan kafein sampai 60 miligram, hampir sama dengan kafein dalam secawan teh.

3. Ais krim
Banyak aiskrim memiliki rasa kopi dan coklat yang mengandung antara 30 dan 45 miligram kafein yang hampir sama dengan 1 tin minuman bersoda.

4. Pil penurun berat badan
Kafein memang tidak berpengaruh dalam usaha menurunkan berat badan anda. Tetapi pil diet umumnya mengandungi kafein dalam jumlah yang besar.
Pada tahun 2005, Consumer Lab melakukan analisa terhadap dos harian ubat diet jenis Zantrex-3 sebanyak 1.223 miligram mengandungi kafein hampir sama dengan kafein pada 12 cawan kopi.

5. Pil penahan sakit
Sedikit kafein dapat mengurangkan sakit kepala, tapi kafein dalam jumlah besar akan berbahaya. Pil penahan sakit menggunakan kafein dalam jumlah besar untuk meringankan rasa sakit.
Untuk menggunakan pil ini, sebaiknya baca kandungan dan arahan pada ubatan terlebih dahulu. Dua tablet Excedrin, pil penahan sakit migrain memiliki 130 miligram kafein sama dengan secawan kopi.

6. Minuman penambah tenaga 
Beberapa minuman penambah tenaga dalam tin mengandung kafein sama banyaknya secawan kopi.

7. Penyegar nafas
Dua potong tablet penyegar nafas mengandung kafein yang sama dengan secawan kopi.

8. Kuaci
Kuaci dari biji bunga matahari mengandungi folat, vitamin B6, dan vitamin E. Tapi satu bungkus kuaci mengandungi 140 miligram kafein, kurang lebih sama dengan empat tin minuman bersoda.


Adakah saya perlu berhenti mengambil kafein memandangkan kini saya hamil?



Tidak perlu berhenti mengambil kafein, tetapi anda mungkin mahu mengurangkannya. Jika anda mengambil terlalu banyak kafein, bayi anda mungkin lahir kecil daripada sepatutnya. Bayi yang dilahirkan kecil berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan ketika dilahirkan dan hari-hari seterusnya. Ada juga kemungkinan bahawa tahap kafein yang tinggi boleh menyebabkan keguguran. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang sedikit pun mungkin mempunyai kaitan dengan keguguran. 


Pakar mencadangkan wanita hamil mengambil tidak lebih daripada 200mg kafein sehari. Ini bersamaan dengan dua cawan besar kopi atau empat cawan kecil teh atau lima tin minuman kola sehari.



Apakah kesan sebenar kafein pada badan kita?

Kafein ialah sejenis stimulan. Ia meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme, dan ini boleh menjejaskan bayi anda yang sedang berkembang. Walaupun begitu, sedikit stress pada bayi, seperti apa yang bayi anda rasakan selepas anda minum secawan kopi, tidak membahayakannya. Ia serupa dengan apa yang berlaku apabila anda meluru masuk ke dalam bas, satu lagi situasi yang meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme seketika. 


Sesiapa yang kerap minum kopi tahu bahawa mereka boleh jadi ketagih dan jika terlalu banyak boleh menyebabkan insomnia, keresahan dan sakit kepala. Ia juga bersifat diuretik membuatkan anda perlu sering membuang air dan ini boleh menyebabkan badan anda kehilangan air dan cecair lain yang kesemuanya perlu untuk mengekalkan kesihatan anda semasa hamil. 

Teh dan kopi juga boleh menjejaskan keupayaan badan menyerap zat besi jika anda meminumnya semasa makan atau dalam masa sejam selepas waktu makan. 



Sebagai jalan selamat, saya ingin berhenti mengambil kafein. Ada tip-tip tertentu?

Anda mungkin dapati deria rasa anda yang akan membantu. Ramai wanita mendapati keinginan untuk minum secawan kopi terhenti semasa trimester pertama apabila deria rasa mereka berubah dan loya boleh berlaku. 


Selain itu, untuk mengurangkan jumlah kafein dalam minuman panas anda di rumah, rendamnya sebentar sahaja. Jika anda gemar minum teh Earl Grey, merendamnya selama satu minit berbanding lima minit mengurangkan jumlah kafein sebanyak separuh. Sesetengah pengeluar teh kini menawarkan teh hitam tanpa kafein atau teh hijau. 

Walaupun teh herba biasanya tidak mengandungi kafein, pastikan anda membaca senarai bahan-bahan di dalamnya. Anda mungkin mahu mengelakkan jumlah kafein yang tinggi dan juga sesetengah herba dan perasa yang mungkin tidak selamat diambil semasa hamil. (Baca lebih lanjut mengenai herba dan kehamilan.) 

Jika anda penggemar kopi atau minuman kola, berhenti mengambil kafein bukan perkara mudah. Untuk meminimakan simptom-simptomnya, yang termasuk sakit kepala, keletihan, lemah badan dan mengantuk, lakukannya secara beransur-ansur. Kurangkan sebanyak setengah cawan setiap hari. Anda juga boleh cuba tukar daripada kopi yang dibru segar kepada kopi segera. 

Jika kopi memuaskan keperluan emosi anda, contohnya sebagai masa rehat atau sebagai ritual pagi atau penamat kepada hidangan makanan, anda boleh menukarkannya kepada secawan kopi atau teh tanpa kafein. Jika anda teringinkan minuman kola sejuk, belilah yang tanpa kafein sekali-sekala atau lebih baik lagi, cubalah segelas air mineral dengan sedikit kordial limau. 

(http://www.babycenter.com.my/a1052968/kafein-dan-kehamilan-apakah-yang-selamat#ixzz3GSClPNIJ)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews