Thursday, October 16, 2014

Shaklee Cares For Our Children


Inilah tanggungjawab CSR (tanggungjawab sosial corporat) yang selalu dinanti-nantikan oleh masyarakat khususnya ibu-ibu yang amat mementingkan kesihatan anak-anak. Bertemakan 'Shaklee Cares For Our Children', Shaklee Products (M) Sdn Bhd. menyumbangkan sebanyak RM 1 juta setahun dalam bentuk minuman berkhasiat dan bernutrisi kepada 2000 keluarga yang berdaftar dengan Yayasan Mykasih.
Best tak? Inilah salah satu sumbangan terbesar Shaklee yang pastinya banyak memberi manfaat kepada kanak-kanak ini khasnya. Apakah minuman rahsia tu??? Pastinya Mealshakes...


Dengan rasa tanggungjawab, pastinya kita akan sama-sama menjayakan program ini. Mengamalkan nutrisi yang seimbang sangatlah diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Apa lagi bagi anak-anak yang akan menjadi kebanggaan kita dan menjadi peneraju negara pada masa hadapan. 

Dengan mengambil kira faktor persekitaran, pergaulan dan faktor kendiri anak-anak, pastinya mereka selalu terdedah dengan radikal bebas dan persekitaran yang kurang bersih. Ini menyebabkan sistem imuniti mereka terganggu dan tahap rintangan sakit akan berkurang. Anak-anak mungkin mudah mengalami demam, selesema, batuk-batuk, cirit-birit, kurang selera makan dan lain-lain lagi jika para ibu-bapa tidak peka akan keadaan seperti ini. Di sinilah, minuman nutrisi dan berkhasiat ini memainkan peranan penting dan pastinya ia menjadi pilihan nombor satu para ibu bapa masa kini.

Nak tahu tak promosi ni masih berlangsung sampai hujung bulan Oktober ni..Mari sama-sama kita menyumbang menjayakan program ini. 


Mealshakes juga sesuai untuk semua peringkat umur...nak gantikan protein yang lengkap boleh cuba Melashakes..



Boleh terus klik link untuk pembelian terus:

Set Mealshakes

Set Kanak-Kanak Lengkap

"Anak-anak Permata Hati"

Ernawati Toba 
Shaklee Independent Distributor 883367
FB: Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba
Phone: 0146907178
Email: ernawati1901@gmail.com



Friday, October 3, 2014

Bedak Tebal dan Bulu Mata Palsu Tak Perlu Lagi

Golongan wanita terutamanya  memang sudah tidak dapat dipisahkan lagi. Sapa yang tidak gemar kelihatan cantik walau di mana mereka berada..Betul tak?



Bedak asas dan bulu mata palsu sememangnya menjadi peneman setia walaupun hanya sekadar berjalan di pusat membeli-belah bersama rakan-rakan.  Si pemakai mekap akan lebih gemar tampil segar dan menawan, namun lebih banyak faedah jika anda wanita yang gemar tampil ringkas dengan mekap yang lebih tipis.


Antara manfaat yang boleh diperolehi adalah seperti berikut (Vemale.com): 

1. Jimat belanja 
Harga kosmestik kini yang menelan kos yang agak tinggi lagi-lagi yang berjenama pastinya sedikit sebanyak menjadi salah satu pembahagian bajet kita sebulan. Apalagi barangan kosmetik oleh jurumekap terkenal juga menjadi kegilaan ramai wanita. Satu set barang kosmetik mengandungi bedak asas, maskara, pembayang mata, gincu dan bermacam-macam lagi yang boleh mencecah ribuan ringgit. Jika kehabisan stok pastinya anda perlu lagi menggantikan stok bukan? So, nak jimat? Miliki barangan mekap yang sedikit, ala kadar dan anda pasti mampu berjimat dan boleh gunakan wang tersebut untuk keperluan lain yang lebih penting.


2. Tidak membazir masa
Rungutan ramai suami..isteri bersolek lama sangat, tapi apakan daya..untuk suami jugakan..:)


Memakai mekap dengan rapi dan kemas memakan masa yang agak lama lebih kurang 10 hingga 15 minit. Itupun jika anda sudah terbiasa dengan cara dan teknik bersolek, berlainan pula dengan mereka yang baru berjinak-jinak mengenakan solekan, sudah tentu ianya memakan masa yang lebih lama. Namun, jika anda hanya memakai mekap yang tipis dan semula jadi, sudah tentu lebih menjimatkan masa dan waktu anda. Lebihan waktu yang ada boleh digunakan untuk bersarapan pagi atau pun mengemas bilik sebelum melangkah keluar rumah. Selain itu, bagi wanita muslimah sudah tentu lebih memudahkan diri anda untuk mengambil wudhu' kerana tidak perlu menanggalkan solekan yang tebal. 

3. Lebih terhindar dari masalah kulit
Kebanyakan masalah kulit muka berpunca daripada kosmetik yang kita pakai. Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam barangan kosmetik boleh merosakkan kulit anda dan apabila anda kerap bersolek, kulit anda lebih terdedah kepada masalah kulit kering dan jerawat. Solekan yang tipis membolehkan kulit lebih bebas bernafas dan kurang risiko terdedah kepada masalah kulit. Sebagai langkah selamat, pilih barangan kosmetik yang dihasilkan daripada barangan semula jadi agar kulit sentiasa terpelihara dan kekal sihat. 

4. Kecantikan semula jadi lebih terpancar

Kecantikan semulajadi lebih terserlah...Percaya dan yakin diri anda akan tampak canttik dengan kecantikan semulajdi yang dianugerahkan. Solekan yang tipis mampu membuatkan kecantikan neutral anda lebih terpancar berbanding dari mereka yang gemar mengenakan solekan tebal. Kadang-kala solekan yang terlalu tebal boleh membuatkan seseorang itu kelihatan lebih matang dari usianya yang sebenar. 

Oleh itu, kita mestilah bijak merancang penggunaan mekap agar tidak keterlaluan sehingga menyusahkan diri anda di kemudian hari. 

Cantik luar dan dalaman..Tetapi, kecantikan sejati wujud dari keikhlasan hati, jangan lupa untuk senyum selalu :)



Jom semak kulit anda jenis macam mana?

http://caprierna87.blogspot.com/2014/06/wanita-dan-kecantikan-adalah-sinonim.html

http://caprierna87.blogspot.com/2014/06/enfuselle-shaklee-cantik-dan-menyerlah.html

Anda juga boleh terus memilih produk kecantikan yang bersesuaian untuk kulit anda:

Set Enfuselle Normal-Oily
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b36a8b7fdf47ca209ce8a08ecd8b2ff0

Set Enfuselle Normal-Dry
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2f9fe1e3d5d2749628ccbd9e7d3f377b

Set Nutriwhite Skincare
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=001d908c7637618bb0a8af0c8be5cd41


Hubungi:
Ernawati Toba
0146907178
SID883367
FB:Ernawati Toba
FB Page: Healthy Lifestyle With Ernawati Toba 

Wednesday, October 1, 2014

Ketulan/Benjolan adakah kanser payudara?

Ramai dikalangan hawa mula bimbang apabila merasa terdapat beberapa ketulan atau benjolan keras berdekatan dengan payudara mereka. Apakah kesahihannya yang ketulan ini simptom kepada kanser payudara???


Untuk pengetahuan semua, bukan semua ketulan pada payudara adalah kanser yang bahaya. Semuanya bergantung kepada maklumat dari pesakit dan pemeriksaan lanjut dari doktor. Usia lanjut, berketurunan kanser, ciri-ciri ketulan atau bengkak pada payudara mempengaruhi diagnosis doktor.
Perunding Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr Jonah Azariah berkata, ketulan pada payudara mengandungi sista iaitu berisi cecair seperti anggur dikenali sebagai penyakit payudara fibrocystic atau fibroadenosis. 
Ketulan ini bersaiz sangat kecil tetapi boleh membesar sehingga dua atau tiga sentimeter (cm), malah ia juga boleh tumbuh pada sebelah saja atau kedua-dua payudara, tumbuh lebih daripada satu dan tumbuh berulang selepas yang lama kecut.

Wanita yang ada ketulan fibroadenosis akan mengalami gejala seperti kesakitan pada payudara, payudara membesar atau membengkak dan ketulan menonjol ketika datang haid.
Namun, tidak semua wanita yang ada ketulan ini mengalami gejala sama kerana segelintir mereka hanya berasa kurang selesa, manakala yang lain berasa kesakitan yang amat sangat. 
(Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ketulanbukanbarahpayudara/Article)


Mencegah lebih baik dari mengubati....10 Cara mencegah kanser Payu Dara:-
1. Kata “Tidak” kepada alkohol
Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman berbentuk alkohol mempunyai kadar yang tinggi mendapat kanser. Berdasarkan kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman setiap hari mempunyai 11/2 kali risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7 peratus. Risiko ini tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah kanser dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapaus bermula. Jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak dan penggunaan pil perancang atau hormon (HRT).

2.Berhenti Merokok
Tabiat merokok bukan sahaja dikaitkan dengan kanser paru-paru, malah juga kanser payudara. Wanita yang mula merokok di usia muda mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara. Merokok juga berkait dengan penyakit jantung. Jika ada seorang yang merokok anda mempunyai alasan yang tepat untuk berhenti merokok.

3.Ambil tindakan bijak dengan melakukan senaman
Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa aktiviti bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara. Adalah dianggarkan bahawa dengan hanya berjalan sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko kanser payudara di kalangan wanita sebanyak 18%.

4.Sedari mengenai sejarah kanser payudara dalam keluarga anda
Para saintis telah mengenalpasti baka kanser payudara yang rosak sebagai BRCA1, BRCA2 dan TP53. Ia merupakan punca kanser payudara berlaku di kalangan ahli keluarga. Jika anda pembawa salah satu daripada baka kanser payudara ini risiko anda mendapat kanser payudara seumur hidup anda adalah 85%.

Jika seorang saudara terdekat dalam keluraga anda mendapat kanser payudara, adalah penting untuk memberitahu doktor anda. Kajian genetik dan kaunseling disediakan untuk mereka yang berisiko. Walaupun ibu atau kakak anda mendapat kanser payudara, tidak bermakna anda juga akan mendapatnya. Perlu diingatkan bahawa kanser payudara berlaku mengikut nasib seseorang. Hanya 5 dalam setiap 100 kes mempunyai talian keturunan dengan baka kanser payudara. Lebih tua umur anda atau saudara anda semasa dikesan, semakin kurang kemungkinan ia disebabkan baka keturunan merupakan

5 Jauhi daripada mengamalkan terapi penggantian hormon (HRT) , jika boleh
Kajian mendapati terdapat pertalian rapat di antara pengambilan HRT untuk satu tempoh dengan kanser payudara.Ini kerana kandungan HRT (ostrogen dan progosteron meningkatkan risiko mendapat kanser. Dianggarkan terdapat lebihan 19 kes bagi setiap 1,000 wanita yang mengambil HRT untuk tempoh 10 tahun. Bagaimanapun 5 tahun setelah berhenti faktor risikonya kembali normal. Jika anda perlu mengambil HRT dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu.

6. Periksa payudara anda setiap bulan
Ini merupakan langkah yang paling penting untuk anda. Langkah ini tidak akan mengurangkan risiko anda mendapat kanser payudara, namun ia dapat mengesan kanser di peringkat awal yang akan menjamin anda mendapat rawatan yang kurang agresif selain menyelamatkan payudara anda.

 Tujuan pemeriksaan payudara adalah untuk mengetahui payudara anda. Ia perlu dilakukan sebulan sekali. Caranya melibatkan penelitaan mengenai perubahan pada payudara anda dan dengupannya /pempalpatannya di samping mencari sebarang ketulan atau nodus.

Jadikan Pemeriksaan sendiri payudara sebahagian amalan hidup anda.

Memandangkan payudara setiap wanita adalah unik, dengan mengenali payudara anda, anda dapat mengesan sebarang perubahan secepat mungkin. Ini tidak akan berlaku serta merta, namun dengan mengamalkan pemeriksaan setiap bulan adalah cara yang paling selamat.

Anda perlu ingat bahawa 60% daripada kanser payudara berlaku di luar persegi teratas payudara. Juga 70% kanser payudara dikesan sendiri oleh pesakit dan dalam 90% kes ketulan yang terdapat dalam payudara bukanlah kanser.

7.Amalkan diet lemak rendah
Kita tahu bahawa ostregan memainkan peranan besar dalam perkembangan kanser payudara dan tisu berlemak mengandungi sedikit ostrogen. Oleh itu kegemukan meningkatkan risiko anda mendapat kanser payudara. Namun jika berat badan anda berlebihan sebelum menopaus risiko mendapat kanser payudara lebih rendah dan jika selepas risikonya lebih tinggi dari biasa. Ini kerana wanita yang berlebihan berat badannya kurang mengovum dari biasa. Jadi sel payudara mereka terdedah kepada kandungan ostrogen yang rendah. Selepas pasca menopaus, ostrogen anda dikaitkan dengan jumlah lemak anda. Lebih banyak lemak, lebih tinggi paras ostrogennya.

8.Jangan lupa menjalani ujian tahunan mammogram anda – Ia bukan satu pilihan
Seperti pemeriksaan payudara, ujian mammogram juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah kanser payudara. Ini kerana ujian mammogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel kanser yang tidak dapat dirasa dengan tangan.

Menjalani ujian mammogram adalah mudah. Ia tidak memerlukan seseorang itu berpuasa. Cuma anda dilarang menggunakan deodran atau bedak di bahagian ketiak dan dada kerana ia akan menggangu artifaks filem. Tunggu seminggu selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payudara anda lebih lembut.

Oleh kerana mamogram dilakukan oleh radiografer wanita, anda tidak perlu malu melakukannya. Cuma anda akan rasa kurang selesa seketika dan ia mengambil masa beberapa saat sahaja.

Bila anda perlu menjalani ujian mammogram?

Garis panduan sedia ada untuk wanita yang tidak mempunyai tanda-tanda berkaitan payudara adalah:

Umur 35-40: satu mammogram diperlukan
Umur 40-49; mulakan mammogram setiap tahun
Umur 50 ke atas: lakukan mammogram satu atau dua tahun sekali bergantung kepada faktor seperti terapi penggantian hormone (HRT) dan profil risiko seseorang.

9. Berkeluarga awal jika boleh
Seorang wanita yang mempunyai anak di awal hidupnya mengurangkan risikonya mendapat kanser. Ini kerana ia meningkatkan jumlah protein p53 yang mampu melindungi mendapat kanser payudara. Juga mengandung menyekat kitaran haid seseorang wanita dan seterusnya melindunginya darpada kanser payudara dan serviks.

10. Amalkan penyusuan badan..sangat penting dan bermanfaat tau..:)
Kajian mendapati tempoh tanap haid sewaktu mengandung dan menyusu badan mengurangkan risiko wanita mendapat kanser. Maklumat ini turut disertakan dengan data yang mencadangkan bahawa menopaus awal mengurangkan faktor risiko mendapat kanser payudara bagi seorang wanita.

Kanser Payudara dan Shaklee..apa kata mereka...


Vivix bantu merawat kanser


Hubungi saya atau klik link eSell untuk pembelian langsung:


Ernawati Toba
0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba 

Thursday, September 25, 2014

Senyum :)

Assalamualaikum dan selamat petang..

Hari ni rasa agak stress. Tapi, bila ingat semula "kalau tak senyum pasti rasa rugi"..terus rasa nak senyum-senyum ja lepas tu..Hai perasaan gelisah dan stress..shhhuuuuu!. Hilang sedikit duka dan stress..Perasaan lebih bersemangat! Yes, I can do it!


Apakah itu Senyum? 

Senyum? Macam benda merepekkan bila fikir nak cerita pasal SENYUM ni?..Kenapa kita senyum?
 
Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Penting tak senyum ni? Kalau tak selalu senyum, tak lama lagi kedut-kedutlah muka tu..hehe..Nak awet muda, senyumlah selalu...:)..Jom lihat APAKAH HIKMAHNYA SENYUM ni...:-

:) Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah

:)  Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

:) :) Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

:) Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 


Senyum dan Sains

:)  Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

:)  Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

:)  Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
 
:)  Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

:)  Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. 

 
PM kita pun gallakkan kita senyum..so, no worry ya..:)


 “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
 

SO, dah tahu kelebihan senyum tak? Senyum bukan saja baik untuk kesihatan malah baik untuk menjaga silaturrahim.  Ketegangan dalan kerja selalu memberi impak stress pada diri saya. Apa tak nya, nak urus planning, nak urus pekerja lagi, nak urus dokumen lagi...tp, dah set dalam minda "cabaran hanya datang pada orang yang kuat dan bertuah, dan sayalah orang itu"..mesti senyum, tenang dan rileks saja...Apa yang saya buat bila stress:

1) senyum :)
2) tarik nafas panjang dan hembus (3x)
3) pegi buat air panas (kopi, milo atau teh)..minum...santai..
4) kalau lepas sarapan, saya akan ambik B Complex dan Vitamin C
5) fikir semula strategi dan planning terbaik untuk settlekan kerja
6) berbual-bual cerita lawak dengan kawan sekerja..(p/s: jangan pula bawa bos cerita-cerita kelakar..nanti lain pula jadinya..hehe)

Ok. Setakat ni entri petang ni ya..Jangan lupa nak senyum ok :)

Ernawati Toba
0146907178
SID883367
FB: Ernawati Toba
Page: Healthy Lifestyle with Ernawati Toba


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Follow me

Total Pageviews